Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Baru selesai makan. Tadi ingat rehat satu jam mahu melelapkan mata tetapi tidak kesampaian kerana berbual dengan si Mira Mokhtar. Ada saja cerita kita orang berdua. Dari cerita pasal sketsa Johara sampailah ke macam-macam cerita.
Berbalik kepada tajuk, ini kisah dua minggu lepas. Bawa anak-anak dan anak-anak angkat pergi riadah. Anak-anak angkat ni anak jiran. Memang rajin ikut kita orang.dan juga anak-anak aku pernahlah ikut jiran pergi makan. Jiran aku tu rajin mengajak. Aku risau kut anak-anak aku tak reti dok diam tapi setakat ni masih boleh dikawal.
Jadi cuti empat hari tempoh hari, sebelah petangnya bawa ke hutan rekreasi di Ayer Keroh. Dia orang siap bawa bola nak main bola. Aku pun bawa sesuatu. Novel. Bajet nak baca kat dalam hutan tu dalam suasana tenang sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Usah bermimpilah. Baru baca berapa kerat dia orang terjerit-jerit suruh amik bola. Yang dok merajuk pun ada gak. Siapa lagi kalau bukan anak dara aku. Dia sorang perempuan semedang dok tersentap. Macam!!!!^_______^
Masa ni kita orang baru tiba. Ammar punya semangat seluar pun singkat sebelah.
Panaskan badan dan meregangkan otot.
Bersemangat betul anak-anak ini.
Habis beriadah bawa dia orang lepak kedai mamak makan roti tisu. Terbaik sangatkan.
Memang kelaparan dan kehausan. Macam nak terbalik kedai tu dibuatnya. Baru empat orang ni. Aku dan laki aku dok fefeling anak seramai ini. Cuba bayangkan. Oklah sekian entri petang ni. Wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..