Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Dari pagi cuaca di bumi Melaka mendung saja. Sama mendung dengan diri aku. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Itulah yang sering kita doakan dalam kehidupan kita. Biarlah yang datang baik-baik sahaja. Jadi bila mahu yang baik-baik fikiran kita juga perlulah baik-baik. Berfikir secara baik membuatkan diri kita cenderung ke arah yang lebih positif. Selalu bersangka baik pada Allah.
Entah kenapa emosi aku terganggu saja sejak kebelakangan ni. Penyakit orang pompuan pun iye gak. Itu yang emosi tak stabil. Ini pun cuba dikawal. Tetiba nak berangin aje kerjanya. Bila datang nak marah cepat-cepatlah beristighfar. Semoga hati ini cepat sejuk.
Saja nak bercerita hari rabu. Minggu sudah aku asyik terbaca kisah sedih kawan aku. Tak tahulah kenapa dia asyik tulis yang sedih-sedih aje. Sampailah aku terdengar kisahnya. Rupanya suaminya ada perempuan lain. Alahai...Soal begini memang menyentap hati walaupun bukan pada diri sendiri. Kes kecurangan ni sana sini boleh dengar. Suami curang dan isteri curang pun ada. Yang skandal suami orang dengan isteri orang pun sudah jadi tren masa kini.
Itu kisah sedih yang pertama. Ada lagi kisah yang menyayat hati. Malam tadi terbaca di laman muka buku. Kisah senior aku yang sedang bertarung nyawa. Dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan selepas disahkan kanser tahap empat. Dan kini masih belum sedar lagi. Keadaannya 50/50. Allahuakbar. Sedih lagi. Semoga dipermudahkan urusannya. Kasihan pada anaknya yang masih kecil. Adiknya kawan sekolah aku juga. Pagi tadi aku sempat whatsapp kawan aku tu untuk bertanya khabar tentang kakaknya. Dia maklumkan yang dia dalam perjalanan pulang ke Kedah. Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Hanya kiriman doa sahaja yang mampu dititipkan.
Itu sahaja yang mampu aku kongsikan untuk petang ini. Ada lagi cerita sedih yang lain tapi belum mampu dititipkan di sini. Simpan dulu. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..