Thursday, April 30, 2015

~Mee Kari Santapan Sekeluarga~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Esok sudah mula bercuti sempena cuti Hari Pekerja. Cuti agak panjang selama empat hari memandangkan wesak day jatuh pada hari ahad dan digantikan pada hari isnin. Memang sangat seronok. Pagi ni ke kerja dengan semangat esok cuti. Hahaha...

Esok kami sekeluarga ada agenda. Kali ini ke luar Melaka. Bercadang mahu ke Pesta Buku yang diadakan di PWTC. Jadi untuk cuti ni mungkin dapur tidak berasap. Sabtunya kami ada dua kenduri kawin begitu juga hari ahadnya. Bercadang cuti ni mahu juga mengemas rumah tapi entah kesampaian atau tidak memandangkan jadual agak padat.

Jadi marilah aku kongsikan menu sabtu dua minggu lepas yang aku masak. Manalah tahu dapat memberi idea pada korang yang sedang kebuntuan mahu masak apa untuk cuti-cuti nanti. Tempoh hari teringin benar aku makan mee kari. Tapi nak yang masak sendiri. Jadi aku belilah bahan-bahannya masa balik kerja hari jumaat.

Usai subuh aku sudah menjengah ke dapur. Asben pun pelik aku masak awal begitu. Anak-anak masih lagi lena jadi bolehlah masak dalam keadaan yang tenang.

Ini adalah bahan-bahan untuk dimakan bersama mee kari.


Siap sudah kuahnya.


Sepinggan mee kari untuk aku.

Sup ayam ni aku masakkan untuk nana. Biasalah anak aku tu lidah omputih. Takut makan pedas. Jadi aku masakkan sup ayam untuk dia. Jadi untuk nana jadinya mee sup. Ammar? ammar kan sudah ku bilang tolak kayu dan batu aje. Janji perut dia kenyang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

  1. wow..nampak sedap sgt2..sy xpenah buat mee kari nie..err, xreti sebenarnya..hihi tp wiken nie husband request nasi lemak..=.='

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..