Foto : Sinar Harian
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Entri pertama untuk hari ini. Sedikit perkongsian untuk kita para ibu bapa. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Selamat membaca!
SEBAGAI ibu bapa, sudah
pastinya berharap dikurniakan anak yang baik dan soleh menjadi penyejuk
mata dan penawar hati. Begitu besar keinginan kita untuk memiliki anak
yang soleh dan solehah menjadi aset kekal kepada kita hingga akhirat.
Orang biasa walau pendosa sekalipun menginginkan anak yang baik akhlak
dan budinya.
Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan jika menginginkan zuriat soleh dan
solehah?
Sentiasalah berdoa kepada ALLAH
Jika kita ingin memiliki zuriat yang soleh dan solehah ini, doa adalah
kunci utamanya. Rintihlah pada ALLAH agar Dia kurniakan seorang anak
yang baik, sentiasa mengikuti segala suruhan-Nya. Amalan berdoa ini
(Surah Ali Imran ayat 38) amalan dilakukan nabi dan rasul.
Tanamlah akidah Islam dalam diri
Akidah adalah asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Ini kerana
akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan
hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang
mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng
atau diselewengkan.
Penekanan terhadap ibadah
Penekanan daripada sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat
kepatuhan dan ketaatan kepada ALLAH. Selain itu, dengan melakukan
ibadah kepada ALLAH dapat menyedarkan anak perihal sifat manusia sebagai
hamba disisi-Nya.
Berilah penekanan akhlak
Memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam
sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang
tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, Nabi SAW
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan memiliki akhlak
yang mulia, ia adalah amalan yang paling berat dalam timbangan di hari
akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses
hisab di hadapan ALLAH.
Makanan daripada sumber halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada
anak-anak adalah makanan daripada sumber yang halal serta menjauhi
daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram. Ini kerana makanan
yang bersumberkan rezeki halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi
melahirkan zuriat yang pintar dan sihat akhirnya mendorong seseorang ke
arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat ALLAH di akhirat.
Kelima-lima perkara ini penting dan perlu diberi perhatian kita sebagai
orang tua kepada anak-anak untuk membina mereka menjadi insan yang
sempurna pelaburan kita semasa di dunia dan juga di akhirat.
Tunjukkan akhlak terbaik
Walaupun perkara di atas penting dititik beratkan ibu bapa kepada
anak-anak mereka, sebenarnya yang utamanya sekali adakah kita sebagai
ibu bapa sudah memenuhi tuntutan pertama untuk miliki anak yang soleh
dan solehah ini. Apakah tuntutan pertama itu?
Tuntutannya adalah menjadikan diri kita seorang yang soleh dan solehah
terlebih dahulu. Itu asas dan formula mujarab menghasilkan anak yang
soleh dan solehah. Teliti dan selidiklah diri kita, adakah sudah
memenuhi kriteria sebagai anak soleh atau solehah?
Kisah doa anak soleh
Penulis ingin berkongsi satu kisah mengenai berkat doa anak soleh. Kisah
ini memberi kesan kepada penulis dan rugi jika tidak dikongsi bersama.
Ia adalah kisah Nabi Musa dan jirannya di syurga kelak.
Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan
ALLAH. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke
Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH.
Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada ALLAH: "Ya ALLAH, siapakah orang di
syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". ALLAH menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi
itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering dan dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam
bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula
seekor babi jantan yang lebih besar.
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering
dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya
dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Nabi Musa bertanya:
"Wahai saudara! Apakah agama kamu?". "Agama Tauhid", jawab pemuda itu
iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh
berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa yang besar, ALLAH
menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka
dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai
anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku
berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku." Sambungnya lagi: "Setiap hari aku berdoa kepada
ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah
mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum
memakbulkan lagi," tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa.
Firman-Nya: "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di
syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu
bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti
juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."
Firman-Nya lagi: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh
di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang
Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa
ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga
hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga
ke peringkat rupa bapa dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa
kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada ALLAH supaya kedua ibu bapa
kita diampuni ALLAH.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang
baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa di alam
kubur. Anak yang menjadi aset dan membawa manfaat bukan sekadar di dunia
malah di akhirat.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

SEBAGAI ibu bapa, sudah pastinya berharap dikurniakan anak yang baik dan soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Begitu besar keinginan kita untuk memiliki anak yang soleh dan solehah menjadi aset kekal kepada kita hingga akhirat. Orang biasa walau pendosa sekalipun menginginkan anak yang baik akhlak dan budinya.
Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan jika
menginginkan zuriat soleh dan solehah?
Sentiasalah berdoa kepada ALLAH.
Jika
kita ingin memiliki zuriat yang soleh dan solehah ini, doa adalah kunci utamanya.
Rintihlah pada ALLAH agar Dia kurniakan seorang anak yang baik, sentiasa
mengikuti segala suruhan-Nya. Amalan berdoa ini (Surah Ali Imran ayat 38)
amalan dilakukan nabi dan rasul.
Tanamlah akidah Islam dalam diri
Akidah adalah
asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Ini kerana akidah yang mantap
sahaja mampu menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan
di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap
tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan.
Penekanan terhadap
ibadah
Penekanan daripada sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat
kepatuhan dan ketaatan kepada ALLAH. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada
ALLAH dapat menyedarkan anak perihal sifat manusia sebagai hamba disisi-Nya.
Berilah penekanan akhlak
Memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu
dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki
akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah,
Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan memiliki akhlak
yang mulia, ia adalah amalan yang paling berat dalam timbangan di hari akhirat
berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab di hadapan
ALLAH.
Makanan daripada sumber halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap
makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah makanan daripada sumber yang
halal serta menjauhi daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram. Ini
kerana makanan yang bersumberkan rezeki halal bukan sahaja membawa keberkatan
tetapi melahirkan zuriat yang pintar dan sihat akhirnya mendorong seseorang ke
arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat ALLAH di akhirat.
Kelima-lima perkara ini penting dan perlu diberi perhatian kita sebagai orang
tua kepada anak-anak untuk membina mereka menjadi insan yang sempurna pelaburan
kita semasa di dunia dan juga di akhirat.
Tunjukkan akhlak terbaik
Walaupun
perkara di atas penting dititik beratkan ibu bapa kepada anak-anak mereka,
sebenarnya yang utamanya sekali adakah kita sebagai ibu bapa sudah memenuhi
tuntutan pertama untuk miliki anak yang soleh dan solehah ini. Apakah tuntutan
pertama itu? Tuntutannya adalah menjadikan diri kita seorang yang soleh dan
solehah terlebih dahulu. Itu asas dan formula mujarab menghasilkan anak yang
soleh dan solehah. Teliti dan selidiklah diri kita, adakah sudah memenuhi
kriteria sebagai anak soleh atau solehah?
Kisah doa anak soleh
Penulis ingin
berkongsi satu kisah mengenai berkat doa anak soleh. Kisah ini memberi kesan
kepada penulis dan rugi jika tidak dikongsi bersama. Ia adalah kisah Nabi Musa
dan jirannya di syurga kelak.
Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh
bercakap terus dengan ALLAH. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa
akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan
ALLAH.
Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada ALLAH: "Ya ALLAH, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". ALLAH menjawab
dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa
orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah
memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu
tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di
dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang
besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Babi
itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai
kering dan dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian
dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar
semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
Nabi Musa
bertanya: "Wahai saudara! Apakah agama kamu?". "Agama
Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa yang besar, ALLAH
menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan
ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai anaknya tetap
melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu
bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah
menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." Sambungnya lagi: "Setiap
hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum
memakbulkan lagi," tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga ALLAH
menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. Firman-Nya: "Wahai Musa, inilah orang
yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat
tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi
pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di
sisi Kami."
Firman-Nya lagi: "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya
yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan
syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa bapa
dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik
di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita
itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih
sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita,
urusan kita ialah meminta ampun kepada ALLAH supaya kedua ibu bapa kita
diampuni ALLAH.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat
tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa di alam
kubur. Anak yang menjadi aset dan membawa manfaat bukan sekadar di dunia malah
di akhirat.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..