Friday, April 17, 2015

~Bahagia Di Hari Jumaat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Salam jumaat semua. Pembuka bicara di lewat petang ini. Sudah mahu pulang barulah berkesempatan untuk menitipkan sesuatu di sini. Hanya entri pendek dan ringkas sahaja. Tengahari tadi tidak keluar ke mana pun. Hanya bertapa di pejabat yang serba indah. Ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan. 

Mengejar masa untuk siapkan. Agak serabut juga tetapi apa boleh buat. Sudah kerja kan. Perlulah dilaksanakan sebaik mungkin. Masa yang dihabiskan di pejabat tadi dapatlah berborak dan bergelak tawa bersama sahabat baik, Myra Mokhtar.

Kebahagiaan pasti dirasai...
Ketika kita TULUS dan IKHLAS
Tulus dalam memberi
Dan Ikhlas dalam menerima...

Cukup dulu entri petang ini. Mahu sambung sedikit lagi sebelum waktu pulang tiba. Esok sudah sabtu. Semestinya hari yang ditunggu-tunggu keran hujung minggu masa untuk keluarga. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..