Thursday, April 16, 2015

~Aku Dan Kerja~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari ini sudah bekerja setelah sehari bercuti semalam sempena Melaka Bandaraya Bersejarah. Minggu ini agak sibuk. Rasa tak tentu arah diri ini. Mana satu kerja yang mahu dibuat dulu aku pun tak tahu. Kadang stress dibuatnya.

Meja aku pun dah serabut sama seperti diri aku yang serabut dari dulu hingga kini. Hehehe. Tapi aku cinta dengan kerjaku. Sudah sembilan tahun aku memegang title 'kakak kerani.'


Minggu ni sibuk sebab surat ini sudah pun selamat sampai di atas meja aku. Kena kejar masa nak siapkan semua orang punya kenaikan gaji.


Kemudian kena kemaskini dalam buku hijau ini pulak. Buku perkhidmatan panggilannya.


Berpinar mata astik dok tengok skrin komputer. Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala kerjaku. Sekian sahaja entri petang ini. Wassalam.

Salam pena,



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..