Thursday, January 29, 2015

~Nilai Sebuah Kepercayaan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Holla...Selamat pagi semua. Dah lama tak gunakan perkataan 'holla'. Blogger Mira Mokhtar yang selalu guna perkataan tu. Kesibukan melanda diri sehingga membataskan aku untuk menitipkan di blog ini. Sewaktu melayari internet terjumpa kata-kata ini. Amat tertarik untuk dikongsikan bersama.

Nilai sebuah kepercayaan antara satu sama lain. Nilai sebuah kepercayaan adalah sangat tinggi. Ketika kepercayaan yang diamanahkan kepada kita, janganlah disia-siakan dan tidak dijaga. Jagalah sebaik mungkin kerana saat kepercayaan sudah terpadam maka semuanya tidak bermakna lagi.

Bukan mudah untuk mendapatkan semula kepercayaan orang lain. Andai kemaafan yang diberikan bukan bererti kepercayaan itu telah dikembalikan. Jadi sementara kita dipercayai, jagalah sebaik mungkin. Jika sudah hilang kepercayaan kelak, jangan hidup dalam keadaan kekesalan.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

  1. Sebab itulah Fyda bila dah diberi kepercayaan jaga sebaik-baiknya jgn sampai org hilang percaya habislah sebab nak pulihkan balik tak mudah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..