Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat petang semua. Selesai makan tengahari. Alhamdulillah. Hari ini bawa bekalan dari rumah. Nasi putih, asam pedas ikan cencaru, sayur kacang dan telur masin. Sejak akhir-akhir ni kuat makan. Baiklah, berbalik kepada tajuk.
Entri ini sudah lama dalam draf. Nak cerita perihal anak teruna aku. Kisah hari pertama dia ke sekolah. Dari rumah bersemangat waja. Aku macam yakin dia akan ok bila tiba di sekolah. Selesai hantar kakak masuk tahun satu terus ke tadika untuk hantar ammar pula. Sangkaanku meleset apabila ammar sudah mula buat drama. Dia tak bagi aku mahupun asben berganjak dari sebelahnya. Maksudnya dia duduk kat tempat aku atau asben ada di sebelahnya.
Tengoklah betapa monyoknya wajah si teruna. Wajah susah hati. Ini masih lagi menahan diri daripada mengalir air mata.
Masa ni aku tinjau ammar dari jauh. Itupun mata dia melilau mencari-cari aku.
Muka susah hati sungguh.
Papa yang kena pujuk. Papa dengan ammar memang kamcing. Susah hati papa tengok ammar. Masa nak tinggalkan ammar pun asben kata ammar menangis. Sampai kedai nak makan, laki den suruh whatsapp cikgu ammar tanyakan anak dia. Masa kakak nana, kerisauan kita orang tak meninggi sebegini rupa. Nana nampak lebih berani sikit daripada adik.
Gambar ni cikgu ammar whatsapp. Dia dah mula berkawan. Cuma cikgu ammar cerita sesekali tengah belajar tetiba dia cakap "nak mama." Anak manja mama kan.
Ammar yang terkini. Sudah nampak selesa ke sekolah. Ini sudah pakai uniform sekolah. Alhamdulillah. Nampak lega bila ammar sudah gembira ke sekolah. Itu sahaja kisah anak teruna aku yang manja. Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,
Comel jer..
ReplyDeleteTuh la...mak ngan ayah lebih susah hati waktu mula-mula nak hantar sekolah...
Few years nanti turn Nad pula..
apa la gayanya nanti
ammar dah seronok bila dah ada kawan... belajar rajin2 yea ammar.. semoga berjaya :)
ReplyDeleteboboi papa kena strong ye :)
ReplyDelete