Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. Sudah berada di hari khamis. Sekejap je kan. Pejam celik sahaja sekarang ni. Rasa tak terkejar. Banyak lagi perkara yang belum dapat dilaksanakan. dalm fikiran, semua nak buat dalam satu masa. Mana nak uruskan rumah, di tempat kerja, suami, anak-anak. Sudahnya diri sendiri entah ke mana.
Semalam aku ke kerja seperti biasa. Disebabkan bibir kering aku calitkan sedikit pelembab bibir. Nampaklah bibir aku yang tak berapa mungil ni kemerahan sedikit. Adalah seseorang menegur aku. Siapalah lagi kalo bukan dik non Mira Mokhtar. Nasiblah dia yang menegur. "Eh, hari ni akak pakai lipstick." Lebih kurang macam gitulah dialog dia. Hehehe...Sudahnya aku capai tisu dan lap. Dia marah. Nasiblah kawan sendiri tegur. Kalau orang lain sentap kut. Hehehe...
Modus operandi cerita di atas, sendiri fikirlah. Kalau kita tak pernah buat tiba-tiba je berubah mesti ada orang perasan. Kalau yang memberi sokongan tak apa dapatlah orang sekeliling yang kuat mengutuk. Pekakkan telinga. Itu baru pakai pelembab bibir. Ini contoh ye Mira Mokhtar. Kang si dik non pula yang sentap dengan aku. Hehehe...
Okeylah, itu sahaja entri pagi ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Itu harapan untuk semua orang. Menjadi seorang yang tabah dan insan yang redha dengan ujian daripadaNya. In sha Allah...Sekian.
Wassalam.
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..