Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat tengahari semua. Update blog dari ipad setelah diaktifkan semula internetnya. Malas mahu transfer gambar ke komputer. Dasar pemalas! Kat hp pulak screennya alahai. Kecil. Banyaknya rungutan. Bersyukurlah...
Okeylah, teruskan cerita dengan hari kedua kami di Kuala Lumpur semasa cuti sekolah lepas. Pagi itu kami rancang ke Ikea terlebih dahulu memandangkan tiket masuk ke Kidzania dibeli sesi petang. Kenalah isi masa pagi itu dengan mencuci mata di IKEA. Itu tempat kegemaran aku.
Jomlah tengok gambar. Aku ceritakan melalui gambar satu persatu...
Suasana pagi itu. Bangun pagi jengah ke luar dulu. Ammar yang selalu duduk tepi tingkap tengok keretapi lalu. Katanya 'thomas and friend...tut..tut..'.
Anak-anak dah yang versi jakun.com alangkah bestnya dapat bilik cantik macam ni. Pasang angan-angan sudah.
Selesai di Ikea kami terus jalan ke Kidzania. Park kereta kat Ikea je. Adalah beli barang sikit kat Ikea. Tapi yang barang aku capai dulu adalah benda ni. Tengok...
Warna warni uolls. Serba lengkap aku beli. Pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garpu. Bolehlah bagi anak-anak guna. Itu jelah dulu entri untuk cerita di Ikea. Nanti bersambung dengan cerita di Kidzania. Memang syok. Aku yang tua ni pun teruja apa ntah lagi anak-anak. Lebih-lebih lagi nana. Sekian.
Wassalam...
Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
gambarnya mana dik???
ReplyDeletekak, naper tak keluar gambar?
ReplyDelete