Tuesday, April 1, 2014

~Bulan April Tiba~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Entri pagi ini adalah entri pertama untuk bulan April ini.  Iye, pejam celik kita sudah melangkah masuk bulan keempat untuk tahun ini.  Ada apa dengan bulan April ini? Bulan ini tidak ada apa-apa yang menarik untuk kami sekeluarga.  Untuk aku hanya perlu melangkah terus dengan pekerjaan yang sedang dilakukan.  Apakah itu? Biarlah rahsia.  Hanya orang yang rapat sahaja yang tahu apa yang sedang aku lakukan.  Harapan masih diteruskan walaupun kadang hampir putus asa.

Masih mencari ruang dan peluang.  Suka dengan kata seorang kenalan rezeki memang dah ditentukan, tapi kena jemput.  In sha Allah...Jika ada peluang ke arah itu adalah.

Oh iye, tak lama lagi sudah mahu tiba bulan Ramadhan.  Kena bersiap sedia untuk menanti kedatangan bulan mulia itu.  Kena habiskan puasa ganti yang tinggal beberapa hari je.  Itu sahaja entri pagi ini.  Menyusul nanti kisah jalan-jalan kami ke Kuala Lumpur.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..