Monday, March 31, 2014

~Kembali Ke Sekolah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Bermula kembali rutin harian seperti biasa setelah seminggu anak bercuti.  Sekolah cuti, blog aku juga diberi cuti.  Hahaha.  Entri terakhir adalah pada hari rabu lepas sebelum aku bercuti-cuti Malaysia.  Rabu itu sebenarnya cuti kecemasan sebab pagi itu memang tak larat nak ke kerja akibat menelan dua biji panadol.  Badan rasa semacam, tekak perit, hidung berair.  Macam mana ni? Petang itu sudah rancang mahu bertolak ke Kuala Lumpur.

Destinasi percutian untuk cuti kali ini hanya ke Key El sahaja.  Pakej tiga hari dua malam itu sangat mengujakan kami empat beranak.  Duduk di hotel, menaiki tren, jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, pergi ke Kidzania yang memberi pengalaman buat si daraku dan yang pasti aku dapat membuat lawatan sambil belajar ke IKEA.  Hehehe.  Itulah tempat kegemaran.  Bukanlah membeli perabot bagai.  Cukuplah dapat beli pinggan mangkuk plastik yang berwarna-warni sudah memadai.  Nanti aku tunjukkan.  Masuk pintu IKEA itulah yang menarik perhatianku.

Ceritanya akan menyusul nanti.  Sekadar untuk berkongsi dan buat kenangan kami empat beranak.  Apa-apa pun selamat kembali ke sekolah dan selamat menjalani rutin harian seperti biasa.  Rutin aku sudah bermula pagi tadi iaitu melontarkan vokal soprano mengejutkan tiga 'A'.  Itu perkara paling mencabar setiap pagi.  

Itu sahaja permulaan hari ini.  Semoga permulaan hari ini dimulakan dengan perkara baik-baik sahaja.  Jangan ada yang mencemarkan menjadi tidak baik untuk hari ini.  Wassalam...

Sekian...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..