Friday, January 31, 2014

~Rahmat Di Sebalik Dugaan~

Assalamualaikum....

Salam hari jumaat.  Selamat pagi semua.  Entri awal pagi sebab terjaga jam 5 pagi tadi.  Kononnya nak berjaga malam tadi sebab ada kerja yang nak disiapkan.  Sudahnya tidurkan anak-anak aku pun sekali hanyut.  Hari ini adalah jumaat terakhir untuk bulan Januari dan hari ini adalah cuti umum kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina.  Ging Xi Fa Xai untuk masyarakat tionghua.  Hari ini aku tidak ke mana.  Mahu menyiapkan tugasan yag penting.  Harap-harap berjayalah.  Chaiyok!chaiyok!

Dugaan...Manusia tidak lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan.  Samada kita kuat atau pun kita lemah sewaktu dugaan itu datang.  Aku kongsikan 7 rahmat di sebalik dugaan.  Semoga kita semua akan mejadi lebih kuat jika dugaan itu hadir.  Harap apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat pada semua.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3VJINcycj8CPBpZwyY2moWXu5gnL2nfp-nlb4h_KXB5oUC9Wo8Kg0cv_J4YxAJfqWUSiJhteEtLN9k_sT4l6ZucNajEqi0onFLzqbFs2v-g8jrX1bomMiFx8INzWbLcuAQOIAfHYZ5xz3/s640/blogger-image-931987008.jpg
Sekian dan selamat bercuti untuk tiga hari ini.  Masa bercuti inilah dihabiskan masa untuk bersama keluarga.  Masa yang sangat berkualiti. :D

Wassalam...

credit : nor faezah & mira mokhtar






                                                                                                                       

Tuesday, January 28, 2014

~Scene Yang Ditunggu-Tunggu~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Sudah beberapa hari tidak menulis di blog ini.  Kemalasan tahap yang paling tinggi melanda di dalam diri.  Petang-petang ni melayan mata yang mengantuk marilah aku menulis satu entri.  Uwah, dah kira baiklah dapat keluarkan satu entri.  

Nak cerita pasal drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.  Yang pelakon dia Sharnaz dan Nelydia.  Mereka sangat-sangat sweet like sugar dalam drama ini.  I like!!!Tak sabar nak tunggu dia orang kawin.  Watak Nelydia sebagai Mastura aku suka sangat-sangat.  Gedik-gedik manja gitu.  Hahaha..

Oklah, jom tengok gmabar sweet mereka.




Itu sahajalah entri merepek meraban aku di petang hari ini.  Semoga berjumpa lagi di beberapa hari lagi.  Kalau rajin adalah entri aku ye.  Till then.  Wassalam...

Sumber gambar dari google.






                                                                                                          

Friday, January 24, 2014

~Salam Jumaat Buat Sahabat~

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat buat sahabat sekalian yang singgah di blog picisan aku ini.  Sekarang ni blog banyak terabai.  Kekangan masa di rumah mahupun di pejabat.  Tapi ada juga mengambil kesempatan sedikit di pejabat untuk mencoretkan di sini.  Not nice!!

Okey, di hari yang penuh keberkatan ini aku mahu kongsikan ini bersama kalian semua.  Kata-kata ini yang beri semangat pada kita...

Sekian entri pendek pagi ini dan salam jumaat...Fikir-fikir tengahari ini mahu ke mana...:D

Wassalam...







                                                                                                        

Wednesday, January 22, 2014

~Perkahwinan Itu Indah...~

Assalamualaikum...
Selamat petang semua.  Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Kak Suri ( betul kut namanya) editor majalah Mingguan Wanita di blognya.  Setelah mendapat keizinan daripada tuan empunya blog maka aku kongsikan entrinya di sini buat tatapan semua.  Yang baik boleh kita ambil dan yang tidak baik bolehlah dijadikan sempadan.
 
NURI SUPIAN
Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pasti mempunyai pengalaman tersendiri. Sama ada ia seindah yang dibayangkan ketika belum hidup berumah tangga ataupun jauh daripada apa yang diimpikan. Kebahagiaan dalam perkahwinan bergantung sebanyak mana kita menghargai erti perkahwinan itu sendiri.
Namun ada yang mengeluh selepas beberapa tahun berkahwin, pasangan hidup mereka telah jauh berubah. Pasangan dirasakan sudah tidak semesra dan seromantis dulu. Mereka mula mencari cacat dan cela pada pasangan yang mereka nikahi itu. Cacat cela yang tidak pernah mereka kisahkan ketika zaman bercinta dulu.

Ombak dan pantai, umpama suami dan isteri. Mereka saling memerlukan...


Sekiranya kita melihat perkahwinan akan `merosakkan’ sesebuah percintaan sebenarnya kita tersilap, kerana perkahwinan adalah satu ikatan suci yang membenarkan kita menikmati hidup berkasih sayang tanpa sepadan bersama pasangan. 

Biarpun dalam perkahwinan ada pelbagai ranjau duri, ada liku-liku dan ada pasang surutnya, namun dalam perkahwinanlah kita mampu membina pelbagai perasaan. Di dalamnya tersimpan rasa bahagia, cemburu, sedih, gembira, tangisan dan senyuman. Perkahwinan ada sejuta wajah. Di dalamnyalah kita mengumpul dosa dan pahala. Bersamanya kita belayar dalam lautan madu dan mengharungi ombak menderu.
Pelbagai tantangan dan tanggungjawab dalam perkahwinan sentiasa menghiasi hari-hari kita. Selalu kita tersenyum dan ada juga ketikanya kita berduka dalam membina rumah tangga, terutama ketika menghadapi kerenah pasangan dan anak-anak. Namun kerana rencah inilah kita menjadi akrab bersama ahli keluarga kita terutama suami, isteri dan anak-anak.

Jangan ubah perasaan cinta tetapi ubahlah persepsi tentang cinta dalam rumah tangga...


Semakin lama usia perkahwinan kita semakin banyak yang harus kita selesaikan. Dalam tempoh itu sudah pasti beberapa sikap kita dan pasangan akan berubah. Kita tidak lagi boleh sentiasa hidup dalam kepura-puraan. Tidak boleh lagi sentiasa mahu berkepit dan meliuk-lintuk manja bersama pasangan. Kita harus maju memburu masa depan yang lebih realistik. Kita tidak lagi boleh hidup dalam igauan atau mimpi. Kita mesti bangun dan bergerak pantas. Kita tidak lagi sepatutnya terkongkong oleh sandiwara masa lalu. Kecantikan dan ketampanan yang berubah kerana mengikut edaran masa, pasti digantikan dengan kecantikan dan ketampanan yang lebih murni sifatnya. Kita tidak akan lagi terjebak dengan pesona, sebaliknya kita mahukan kecantikan hakiki.
Sifat penyayang, penyabar dan kebijaksanaan dalam tanggungjawab memajukan rumah tangga mampu menggantikan beberapa perkara yang mungkin pudar dibawa zaman. Tidakkah sifat-sifat ini lebih memberi manfaat kepada kita dan keluarga?  Jadi bersyukurlah jika kita masih mampu mempertahankan sebuah ikatan suci yang bernama perkahwinan, biarpun diancam gelombang dan gelora.
Satu pesan saya untuk semua pasangan yang sudah berumah tangga, sebesar apa pun dugaan yang datang dalam perkahwinan, berikhtiarlah untuk mengatasinya. Jangan lari daripada `medan perang’ selagi perang belum tamat... 
Ramai yang menganggap perkahwinan itu umpama pokok mawar. Cantik tapi berduri. Bagi saya kerana duri itulah mawar ini istimewa. Duri umpama penjaga dan pelindung yang baik. Orang akan berhati-hati untuk memetik dan menciumnya. Kadangkala berterima kasihlah pada perkara yang kita anggap menyusahkan.
Credit : http://nurisupian.blogspot.com







                                                                                                          





~Simple Celebration For Her~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Sudah mahu waktu makan tengahari.  Aku hanya di ofis sahaja.  Mahu menyiapkan sesuatu tugasan.  Mahu mengejar due date.  Termengah-mengah mahu menyiapkannya.  Harap-harap dipermudahkan dan diberi kesempatanlah.

Ok, isnin hari tu kan ulangtahun kelahiran adriana.  Ahadnya aku dan asben bawaklah dia makan.  Tanya nana nak makan apa?Dan pilihannya adalah KFC.  Sebab sambut sehari awal isnin tu asben keje petang.  Memang tak ada masa.  Oleh sebab tahun ni mahu mengamalkan prinsip bersederhana jadi sambutlah kita orang empat beranak.  

Jom layan gambar.

Sinilah tempat kita orang makan malam tu.  KFC Batu Berendam yang banyak nyamuk!:D


Sebelum ke KFC aku singgah beli kek comel ni.  Tahun ni malas nak buat kek sendiri.  Beli ajelah...

Mereka yang sentiasa di hatiku.

Inilah yang dipesan malam tu.  Aku guna baucer kemenangan daripada Majalah Aroma.

Kek untuk nana.  Sorrylah, nak.  Tahun ni mama tak ada mood nak buat kek.

Belikan dia lilin.

Mohlah tiup lilin tu.  Mama, papa dan adik nyanyi kat nana.

Suka tengok gambar ni.  Suka tengok bila dua beradik ni masa baik.  Cubalah time gaduh.  Huh!!Mama pening pala.  Ammar selalu cakap "Kakak, wat mar."  :D  Peace yo!

Itu sahaja cerita mengenai sambutan untuk hari lahir adriana yang keenam tahun.  Doa mama agar adriana membesar dengan bijak dan sihat.  Amin, amin, amin..  Sekian...

Wassalam...






                                                                                                           

Monday, January 20, 2014

~Wahai Suami Mengapa Isterimu Menangis?~


image

Ada banyak sebab yang menjadikan isteri anda mengalirkan air mata dan bersedih. Sebagai teman sekamarnya suamilah yang diharapkan agar memahami situasi sentimental ini dan menjadi tempat untuknya menyandarkan perasaan.

Faktor 1: Hormon dan kesihatan
Hormon isteri tidak stabil terutamanya apabila mereka haid dan sakit. Tekanan biasa menjadi tekanan yang besar dan mampu membuatkan mereka menangis. Cara membantu isteri: Elakkan memberi tekanan kerana mereka lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah kecil menjadi semakin besar.

Faktor 2: Mengurangkan stres dan ekspresi perasaan marah.
Kebiasaannya isteri menghadapi konflik dalaman akibat stres dan marah. Ini berlaku akibat urusan di tempat kerja dan urusan di rumah. Ada ketikanya mereka terlalu penat dan terkejar-kejar. Cara membantu isteri: Tolong isteri menguruskan rumah tangga, mengambil tahu masalahnya di tempat kerja dan bantu dia menyelesaikan masalahnya.

Faktor 3: Luahan emosi
Pemikiran wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka mengekspresikan tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka rasai. Cara membantu isteri: Mendengar luahan perasaan isteri dengan penuh minat kerana dapat mengurangkan tekanan emosinya. Ucapkan kata-kata yang boleh meredakan perasaannya.

Faktor 4: Memori
Wanita pasti ada memori indah dan memeritkan. Dia terkenangkan memori lama yang hanya tinggal kenangan. Cara membantu isteri: Ajaklah isteri beriadah dan melakukan aktiviti bersama-sama supaya dapat melupakan kisah silam yang pahit itu.

Faktor 5: Tanda keinsafan dan penyesalan.
Sebagai seorang manusia wanita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Cara membantu isteri: Membimbing dan memimpin isteri untuk kembali ke jalan yang benar.

Ayuh, lelaki bergelar suami harmonikanlah perhubungan anda dan isteri dengan membuat isterimu ketawa kembali.

Artikel ini diambil dari portal http://ummahbaru.com.






                                                                                                          

~Selamat Hari Lahir Nur Adriana Qistina Mohd Affendy~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Isnin datang lagi.  Isnin ketiga dalam tahun baru.  Apa yang istimewanya hari ini yang bertarikh 20 Januari 2014?Hari ini adalah hari lahir anak daraku ye, Nur Adriana Qistina Mohd Affendy yang ke enam tahun.  Sekejap je sudah melangkah ke enam tahun.  Tahun depan dia akan melangkah ke darjah satu. 

Kebetulan, enam tahun lepas Adriana dilahirkan pada hari isnin juga jam 12.45 tengahari.  Masih segar di ingatan detik-detik mahu melahirkan adriana secara kaedah vakum kerana kehilangan tenaga dan asben pula mundar-mandir di luar bilik bersalin.:D

Ini gambar fresh adriana hari ini.  Asben hantar gambar ni melalui whatsapp sebab hari ini papanya hantar dia ke sekolah.  Sarapan bersama papa sebelum ke sekolah.  Apa-apa pun mama ucapkan selamat hari lahir buat nana mama.  Semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata mama dan papa, menjadi seorang anak yang bijak.  Dalam diri nana ada diri aku.:D

Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Bersambung lagi nanti ye.  Mahu buat kerja yang berlambak-lambak..Chao..

Wassalam...






                                                                                                          

Friday, January 17, 2014

~Renungan Hari Ini~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Salam jumaat.  Hari ini terlewat untuk menulis di sini.  Sangat-sangat busy dengan kerja di ofis dan sibuk urusan diri sendiri.  Urusan diri sendiri tak habis-habis.  Pagi tadi sarapan dengan asben.  Menyelinap keluar sekejap.  Bersarapanlah kami berdua di Ayoob Bistro di Ayer Keroh.  Aku pesan nasi lemak ayam.  Tak agak-agak kan...Hehehe...Gambar non ado.

Hari ini saja mahu berkongsi mengenai kata-kata ini.  Sangat-sangat mendalam buat renungan dan panduan kita.  Biarlah mencari teman hidup yang menggembirakan dan menenangkan kita yang boleh menunjukkan kita jalan yang benar.

Jika kita berpegang kepada prinsip-prinsip ini in sha Allah kita akan mendapat keredhaan Allah.  Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberi kerahmatan dalam kehidupan.  Tidak perlu mencari yang sempurna biarlah kita hidup saling melengkapi antara pasangan kita.  Itu lebih bermakna.  Amin...

Wassalam...








                                                                                                         

Thursday, January 16, 2014

~Beriadah Di Hutan Rekreasi~

Assalamualaikum...

Selamat petang...dah petang baru sempat nak update.  Maklumlah asal petang mata mula layu.  Menguap janganlah cakap rasa dah berpuluh-puluh kali menguap.

Nak cerita aktiviti kami kebelakangan ini kalau asben cuti.  Kami akan pergi berjogging di hutan rekreasi ayer keroh.  Hidup secara sihat.  Aku tak berjogging pun lebih berjalan.  Macam makan angin je..

Jom tengok gambar..

Gaya budak berdua yang lebih teruja.  Tengok ammar duduk dengan penuh gaya.

Peace yo!!

Sorang satu binatang untuk ditunggang.  Hihihi...sekian entri petang ini dan untuk hari ini...

Wassalam

Wednesday, January 15, 2014

~Mencari Yang Sempurna?~

Assalamualaikum...

Selamat petang...Dalam pada masa mata mengantuk sambil melakukan tugas hakiki, terfikir tentang kesempurnaan diri.  Jadi jari pun ligat mencapai tetikus dan mencari maklumat mengenai apa itu kesempurnaan?Mahu menghilangkan mengantuk marilah membaca sesuatu yang mendatangkan faedah dan memberi info kepada kita.

Kesempurnaan itu sebenarnya hanya milik Allah Taala.  Kita sebagai manusia memang tidak sempurna mana.  Jika kita telah dipertemukan dengan seorang insan yang boleh membahagiakan kita, membawa kita ke arah kebaikan, menyayangi kita, mengasihi kita malah sanggup berkorban apa sahaja untuk kita, mengapa kita perlu mensia-siakannya?Mengapa kita perlu membuat perbandingan dengan orang lain?

Jangan dek kerana terlalu mengejar kesempurnaan, kelak membuatkan insan yang selama ini bersama kita menjadi jauh hati dan mencari ruang untuk diri sendiri supaya lebih dihargai.  Jangan ketika itu kita menyesal dengan apa yang telah terjadi kerana waktu itu tiada lagi ruang untuk kita.

Oleh itu, jangan terlalu mencari kesempurnaan sedangkan diri kita sendiri juga tidak sempurna.  itulah hakikatnya, tiada insan di muka bumi ini yang sempurna melainkan Allah Taala.  Ini artikel daripada blog yang sangat-sangat memberi kesan kepada aku.  Untuk renungan diriku sendiri yang tidak sempurna dan punya kekhilafan.  Marilah kita kongsikan...

:::MENCARI YANG SEMPURNA? KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH:::

Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
Itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??
Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya..

Ingatlah...Kesempurnaan Hanya Milik Allah.
 
Sekian..Wassalam.
 







                                                                                                         

~Kenangan Yang Terindah~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Sudah masa untuk berehat dan menenangkan fikiran yang tak berapa nak tenang.  Stress banyak kerja.  Semua nak kejar dateline.  Buntu kepala, buntu fikiran.  Eh segala-galanya buntu.  Sekarang masa berehat adalah masa untuk menulis di sini melepaskan segala kekusutan yang menyelubungi diri.

Oklah, memandangkan hari tu tak sempat nak habiskan cerita percutian di Sabah so hari ini aku mahu coretkan serba sedikit mengenai percutian yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri aku dan anak-anak.  Percutian yang agak lama dan percutian yang setiap hari dihitung.  Siapa yang tidak suka kan kalau pergi bercuti.  

Ada beberapa keping gambar dalam entri ini ketika aku dan keluarga selamat sampai di Kundasang.  Tempat yang menarik.  Marilah tengok gambar.

Perjalanan aku dan anak-anak hanya bertiga menuju ke destinasi di seberang laut.  Ini di tempat penginapan kami hanya semalam.


Hari keempat sudah mahu cek out.


Aku dan anak-anak memang sangat teruja.


Ammar slack  betul kalau bergambar.


Mama and cute little doter.  Dalam dirinya ada diri aku.


Bergambar sebelum meninggalkan tempat penginapan kami.


Ini tempat paling menarik hati aku.


Cantikkan tempat ni?Ala-ala luar negara gitu.


Sebelum meninggalkan Kinabalu Park.  Walaupun renyai-renyai ketika ini tetap turun untuk bergambar.  Itu sahaja cerita yang sudah basi dan sememangnya basi.  Tapi sebab mahu dicoretkan di sini sebagai kenangan gigih jugak upload gambar yang tidak diedit apa-apa.  Sebabnya, MALAS!
Sekian..Jumpa lagi di lain entri...

Wassalam....







                                                                                                          



Tuesday, January 14, 2014

~Salam Maulidur Rasul~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam maulidur rasul.  Semoga hari ini kita beroleh keberkatan sempena hari yang mulia ini.  Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kekasih Allah dan nabi kesayangan kita.  Semoga kita beroleh syafaat daripada-Nya.

Sabda Nabi SAW : 'Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari ia akan beroleh syafaat pada hari kiamat.'  (Riwayat Ath-Thobarani)

Senyum, menangis, gembira suatu perasaan yang tidak dapat dijangka.  Ia ada pasang surutnya dalam kehidupan ini.  Hanya kita sahaja yang mampu mengawal setiap perasaan yang menyelubungi diri kita ini.  Sekian dulu entri pagi ini.  Berjumpa lagi di lain entri...

Wassalam....







                                                                                                                      

Monday, January 13, 2014

~Isnin Datang Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua..Kejap je dah 13 hari di tahun baru ini.  Mood hari ini suam-suam kuku.  Ada ke mood cam gitu?Adalah kut.  Suka hati akulah, mood aku.  Suam-suam kuku bermaksud tidak terlalu happy dan tidak terlalu sedih.  Cam tulah lebih kurang.  Mulakan hari ini dengan senyuman.  Lapangkan dada dan lapangkan fikiran.  Teringat kata seorang ustazah apa yang berlaku menghapuskan dosa-dosa kita.  Terasa diri ini begitu kerdil.

Korang dah makan?Hari ini aku dok bertapa saja kat opis memandangkan kengkawan tiada.  Lagipun hari ini aku bawak bekal.  Sarapan dan makan tengahari.  Bangun pagi tadi goreng nasi untuk adriana sekolah dan bekalan asben kerja.  Tak sempat makan kat rumah so aku bekalkan untuk asben.

Hari ini mahu melapangkan fikiran.  Mahu memikirkan yang baik-baik sahaja.  Bersangka baik maka terjadilah yang baik.  Semoga yang baik-baik sahaja untuk hari-hari yang akan datang...In sha Allah...Oklah sekian dulu entri untuk hari ini. Bersambung lagi...

Wassalam...







                                                                                                        

Thursday, January 9, 2014

~Meredhakan Hati~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Hari ini agak lemah.  Badan sakit-sakit.  Rasanya perlu diurut sebab sudah lama tak berurut.  Alangkah bagusnya kalau dapat berurut.  Entri petang ini aku dapat ilham ketika duduk sendirian.  Tiba-tiba mahu berkongsi dan membincangkan tentang erti REDHA.  Mahu meredhakan hati yang pasrah.

Agak berat bunyinya?Iye, memang berat.  Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.  Dua perkataan yang berbeza sebenarnya walaupun pada dasarnya kita lihat seakan sama.  Ramai yang tidak tahu dan masih keliru tentang perbezaan antara REDHA dan juga PASRAH.

Redha itu didefinisinya menerima dengan rasa senang dan seikhlas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t manakala pasrah pula didefinisikan sebagai menerima sesuatu yang diberikan oleh Allah s.w.t walaupun hati kita terasa pedih dan perit.
Jika ada yang tidak menggembirakan hati janganlah sesekali menyalahkan takdir walaupun kadang-kadang tanpa niat, kerana mengikut emosi kita menyalahkan takdir secara tidak langsung.  Mungkin apa yang diberi pada kita adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita.  Secara tidak langsung mendekatkan kita pada pencipta.  Mungkin kita terlalu leka dan lalai sebelum-sebelum ni.

Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Apa juga yang datang samada baik atau buruk semua datang daripada Allah.  Kita hanya perlu bersabar dan yakin.  Memang agak berat.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dan untuk melihat apa hikmahnya hati kita perlu redha.  Barulah Allah akan tunjukkan mengapa kita diberikan ujian seperti itu.  Jika kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita, in sha Allah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kebahagiaan.  Sesungguhnya redha itu lebih menenangkan hati kita.  

Wallahualam dan Wassalam...