Selamat petang semua. Hari ini agak lemah. Badan sakit-sakit. Rasanya perlu diurut sebab sudah lama tak berurut. Alangkah bagusnya kalau dapat berurut. Entri petang ini aku dapat ilham ketika duduk sendirian. Tiba-tiba mahu berkongsi dan membincangkan tentang erti REDHA. Mahu meredhakan hati yang pasrah.
Agak berat bunyinya?Iye, memang berat. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Dua perkataan yang berbeza sebenarnya walaupun pada dasarnya kita lihat seakan sama. Ramai yang tidak tahu dan masih keliru tentang perbezaan antara REDHA dan juga PASRAH.
Redha itu didefinisinya menerima dengan rasa senang dan seikhlas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t manakala pasrah pula didefinisikan sebagai menerima sesuatu yang diberikan oleh Allah s.w.t walaupun hati kita terasa pedih dan perit.
Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa juga yang datang samada baik atau buruk semua datang daripada Allah. Kita hanya perlu bersabar dan yakin. Memang agak berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dan untuk melihat apa hikmahnya hati kita perlu redha. Barulah Allah akan tunjukkan mengapa kita diberikan ujian seperti itu. Jika kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita, in sha Allah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kebahagiaan. Sesungguhnya redha itu lebih menenangkan hati kita.
Wallahualam dan Wassalam...
menyentuh hati mama, jika tidak redha maknanya kita menolak apa yang telah ditetapkan Allah...
ReplyDeletenice sharing..