Assalamualaikum....
Selamat tengahari semua. Sepatutnya ada entri mengenai hari kedua di Sabah tapi terpaksa di hold dulu entri tu atas sesuatu sebab. Nanti aku cerita kemudian. Sementara nak tunggu entri itu untuk disahkan oleh pihak itu mari aku ceritakan kisah hari kedua jugak. Tapi setelah pulang membeli-belah di bandar.
Selesai membeli di bandar, petang itu asben bawa kita orang ke tepi pantai. Namanya Tanjung Aru. Cantiklah juga tempatnya. Bolehlah merehat-rehatkan minda di sini sambil melihat permandangan yang cantik dengan hamparan laut yang terbentang luas. Tenang sekali...
Jom tengok gambar kami tetapi gambar banyak gambar anak-anak sebab dia orang yang teruja berlari ke sana ke sini. Asben yang snap gambar mereka.
Aku dah tak serupa orang itu. Dah macam mumia dengan muka berminyak-minyak. Macam biasa kalau jalan tak jadi badang memang tak sah bila si hero ni asyik merengek minta didukung. Oh ammar, mama makan muntah han** jap. Hehehe...Kuatlah mama ye. Nasiblah bergilir-gilir dengan asben. Selendang pun dah senget-benget.
Tengok dua beradik ni. Dah rupa orang tak pernah smapai ke tepi laut aje. Anak siapa ini?
Ammar tengok kakak tu kenapa?Mama suruh tengok kamera.
Cubaan kakak memeluk si adik tetapi adik cuba meronta-ronta.
Bengang saja si kakak. Sabar ye kakak. Adik memang macam tu.
Okey, ini mama tahu. Adriana cuba meniru aksi papa melompat dalam gambar bersama kawan-kawannya. Gambar ada di SINI.
Mama cuba enterframe. Gedik je lebih.
Apa ajelah yang dibuatnya. Seronok tengok mereka.
Dik, kejar kakak.
Bebas berlari!!!
Kejar, kejar.
Gigih ammar berlari tu. Okey tengok gambar je.
Terkedek-kedek si adik kejar kakak.
Adik tertinggal di belakang.
Ammar dah tertinggal jauh.
Menyendiri sahaja. Kesian adik.
Suka ammar!!Terasa seperti bebas dia.
Sebelum pulang cubaan bergambar berdua tapi terselit orang ketiga pula dalam gambar ini. Tak bagi peluang langsung mama dan papa nak bergambar berdua. Itulah kisah petang itu. Nanti cerita lain pula. Sekian...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..