Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Harap semua baik-baik aje. Mata sudah tahap mengantuk berpinar pandang kerja-kerja ni. Hari ini tak sedap tekak. Salah makan. Rasa mual dan nak muntah je. Kepala pun pusing. Risaulah penyakit lama datang. Anemia!Janganlah. Ubat tak habis makan pun sebab tengok dah ok. Bukan tak nak makan tapi tak boleh tahan baunya.
Okeylah, nak cerita destinasi seterusnya selepas kami ke Rumah Terbalik. Meneruskan perjalanan yang agak jauhlah jugak. Dalam dua jam lebih dengan jalan yang agak mencabar. Huh pening uolls. Jom tengok gambar.
Sebelum sampai ke destinasi sebenarnya singgah di Jambatan Tamparuli ini. Wah...Gayat aku dan adriana jalan atas jambatan panjang ni. Asben pula naik kereta tunggu aku dan nana hujung jambatan. Pening kepala bergoyang. Dengan sungai bawah tu. Ini asben dengan ammar masa ni dah sampai ke penghujungnya.
Tengok jambatan bawah tu. Inilah laluan yang asben lalu.
Gambar solo aku. Nampak gemok pulak pakai baju dan tudung ni. Salah baju ke salah tudung. Salah diri sendiri. :D
Adriana seorang.
Ini sudah dalam kereta meneruskan jalan ke Simpang Mengayau. Bekalkan anak-anak dengan makanan untuk dia orang tidak boring.
Permandangan sepanjang perjalanan. Jalan yang agak mencabar memang pening kepala. Ammar sampai muntah. Nasiblah sempat tadah dengan plastik.
Sudah sampai ke destinasi. Beli aiskrim.
Tengok mereka berdua. Angin kencang betul. Berterbang-terbangan.
Adriana dengan stylenya.
Suka pulak gambar ni. Aksi spontan. Tudung yang ditiup-tiup angin.
Panggil apa ni?Papan tanda kut. Hehehe...
Ammar ni kalau bergambar mesti statik je. Susah betul nak suruh bergambar.
We are here.
Mama lebih over.
Entah apa yang direnung. Cantik betul hamparan laut di depan.
Hai...Nyaman sekali anginnya.
Adriana kalau bergambar memang macam-macam gaya.
bestnya dapat jalan2 di Sabah,... bila la leh smpi ni....
ReplyDelete