Tuesday, April 30, 2013

~Pendiam Itu Loser~

Assalamualaikum...

Selamat pagi SELASA!!!^____^ Senyum lebar sikit sebab esok cuti!!Ada kaitan tak???Heeee.

Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari hari hari semalam. Aku kembali lagi di sini untuk mencoretkan sesuatu. Coretan yang ditulis sekadar untuk berkongsi atau mungkin bertanyakan pendapat.

Berbalik kepada tajuk di atas, adakah itu benar??Mengenai pendiam dan loser. Aku pernah mengutarakan di sini mengenai pendiam ini. Entrinya ada di SINI. Adakah seseorang yang menjadi pendiam itu dikira sebagai loser?

Orang yang pendiam itu kurang berkeyakinan. Persepsi orang, seseorang yang pendiam itu mungkin dianggap 'zero' dalam apa jua hal. Orang pendiam dikatakan sombong, kera sumbang, tidak tahu berkomunikasi dengan orang dan serba-serbi tidak tahu. Malah ada juga dikatakan orang pendiam ini membosankan, kurang bijak. Bila bab kurang bijak inilah diri terasa seperti 'loser' dan timbul rasa kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Sebenarnya tak kenal maka tak cinta. Betul tak?

Sehinggakan ada masanya orang pendiam ni seringkali dijadikan sebagai bahan ketawa atau gurauan yang melampaui batas. Adakah orang sekeliling menganggap orang pendiam ini tanpa perasaan?Sesuka hati nak dijerkah, dibentak. Ermmmm...Aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku rasa. Benar atau salah mungkin terserah pada pandangan masing-masing.

Sebenarnya kalau kita memberi ruang dan peluang kepada orang yang dianggap pendiam ni, mungkin dia lebih bagus dari kita. Siapa yang tahu?Seperti peribahasa yang berbunyi 'Diam-diam ubi berisi'.

Sekian dulu entri pagi ini. Kalau korang ada pandangan tersendiri bolehlah komen ye.







                                                                                                                    

Monday, April 29, 2013

~Ole-ole Dari Langkawi~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari..Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut harus senang hati. Heeee. Perut sudah pun diisi tapi lauk hari ini tidak kena dengan tekak aku.  Tetiba rasa mual pulak. Atau aku banyak makan ole-ole dari langkawi ni. Heeeee..

Nak tengok apa ole-ole dari langkawi?Alah, mesti korang dah dapat agak. Kalau pi langkawi apa lagi yang nak dibelinya kalau bukan coklat.

Tadaaa..Inilah coklat-coklatan yang dibawa pulang oleh asben. Minggu lepas dia berkursus di Langkawi selama 4 hari.  Tapi bukan semua coklat ni untuk rumah. Ada yang orang kirim.

Ini memang kena beli.  Aku pesan suruh asben beli dan sekali 3 fm dibelinya. Cepatlah penuh peti ais aku dengan fm ni.  Heeeeee...

Okeylah, cukup dulu ceritanya sampai di sini. Sudah, cukup cukup sudah..cukup sampai di sini saja.  Nanti cerita di lain entri.  Tetiba pening kepala.  Tatata...






                                                                                                          

~Dahlia Astro Mustika HD~

Assalamualaikum....

Aku kembali lagi. Ini sebenarnya entri schedule ye. Faham tak apa maksudnya?Bukan ditulis ketika waktu bekerja. Malam tadi aku taip sambil makan yee mee goreng. Hah gitu kekdahnya menulis blog. Heeeee...

Okey, nak cerita mengenai drama bersiri Dahlia di Astro Mustika yang menggantikan drama bersiri Sehangat Asmara. Aku tak tahu pun mengenai kisah kewujudan drama ini. Semalam petang aku ada siri ulangan dari episod satu dan aku pun tertengoklah drama ini. Bila dah tertengok makanya aku akan mengikuti drama ini sampailah ke endingnya. Tengok pun macam menarik je dan yang paling aku nak katakan dah lama tak tengok Hans Isaac berlakon. Atau aku yang tak perasan dia berlakon. Aku suka tengok dia berlakon masa drama Kutub Utara Kutub Selatan. Korang tahu tak drama tu?Lama dah drama tu.

Aku ada google tentang sinopsis drama ini.

SINOPSIS DAHLIA

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.

Marilah sama-sama kita saksikan Dahlia setiap hari Isnin hingga Rabu di Astro Mustika HD sebanyak 40 episod jam 10 malam. :D
 






                                                                                                             

~Outing Bersama Jiran~

Assalamualaikum semua...

Selamat pagi isnin. Mulakan hari ini dengan senyuman supaya boleh menceriakan diri kita di tempat kerja. Harap dapatlah bertahan hingga ke petang. Itu yang sepatutnya supaya berada dalam mood yang baik dalam melakukan kerja kita.

Nak cerita, minggu lepas hari khamis aku dan jiran sebelah rumah aku keluar berjalan-jalan. Aku yang mesej Kak Dila ajak keluar jalan-jalan. Sebenarnya tujuan utama nak ajak keluar makan. Asben masing-masing tak ada. So sebelum makan kami ke jusco dulu bawak anak-anak bermain. Last kita orang keluar bersama tahun 2011. Ceritanya ada di SINI.

Adriana dengan Syah anak jiran.

Berempat naik keretapi. Adriana sorang girl, yang lain boy.

Adriana memang geng dengan Syah.

Ammar bawak diri je. Ni hah dok main kereta. Habis semua dinaiknya.

Gigih budak berdua ni.

Aku tukang pemerhati je.

Leka betul budak berdua ni. Ikutkan aje.

Lepas tu, kami pun mengisi perut di Pizza Hut. Macam biasa my favourite place. Sekarang Kak Dila sedang pregnant anak ketiga dah masuk 7bulan rasanya. Aku belum lagi ye. Ayat penyata terus aku bagi. Heeee...

Okeylah, sekian dulu cerita untuk pagi ini.






                                                                                                                      

Friday, April 26, 2013

~Berakhirlah Sudah Pertandingan eBuku 2013~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Aku tak ke mana hanya duduk di opis dan sedang menikmati sebungkus nasi lemak sambil menail entri ini. Seperti yang sudah sedia maklum, tengahmalam tadi berakhirlah Pertandingan eBuku. Berakhirlah sesi berkempen aku untuk meminta kawan-kawan download hasil aku di e-sentral. Maka, berakhirlah segala-galanya.

Dan sekarang hanya menanti keputusan bagi pertandingan ini. Menanti dengan penuh debaran. Aku tidak suka menanti kerana penantian itu satu penyeksaan. Aku bukanlah jenis orang penyabar. Kena belajar untuk menjadi seorang yang penyabar. Yakin boleh!!

Sesi berkempen yang mengambil masa selama sebulan. Tak habis-habis berkempen memohon jasa baik kawan-kawan untuk download karya aku. Pada sesiapa yang sudah berbuat demikian, hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat aku ucapkan. Doakan aku berjaya. Cewahhh, macam nak ke mana je. Pada yang tak download tu tak mengapa. Aku faham mungkin korang tak sempat.

Pengumuman penting!

Hari ini adalah hari terakhir untuk muat turun PERCUMA semua ebuku yang dipertandingkan (25 April 2013, sehingga 11.59pm).

Pemenang akan diumumkan pada bulan May nanti berdasarkan jumlah muat turun di Maxis Ebuuk dan eSentral.


Aku copy paste dari FB eBook Competition. Pemenang akan diketahui pada bulan Mei nanti. Sama-samalah kita nantikan keputusan. Doakan untuk aku dan juga Mira Mokhtar ye. :D







                                                                                                                       

~Hari Serba Tak Kena~

Assalamualaikum...^_^

Selamat pagi jumaat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hope so!!^___^

Senyum lebar sikit dari kat atas tu. Walau apa pun senyuman tetap dilemparkan meskipun aku rasa tidak mahu senyum. Senyum itu satu sedekah. Memang serba tak kena semalam. Dahlah sedang susah hati tentang satu perkara ditambah pula dengan perkhabaran yang tidak baik kepadaku. Bertambah-tambah serba tak kena. Lebih yang jadi serba tak kena, semalam dua orang kawan aku tak ada kat ofis. Mira mokhtar kursus, kak nisah emergency leave sebab keretanya rosak. Bak kata sil aku, nor faezah semalam adalah hari tak ada 'ong'. Ong mana aku pun tak tau. Aku tau jalan ong kim wee je. Heeee. Lawak tak?Tolong gelak okey.


Tentang perkhabaran itu, biarlah. Aku tidak mahu ambil tahu lagi hal sekeliling. Aku ada misi yang perlu diselesaikan. Semoga dipermudahkan. Tapi yang aku marah bila aku tak kacau orang, tapi orang kacau aku. Bukan semua orang faham kita. Hal semalam biarlah berlalu pergi.

Kata-kata di atas menyedarkan aku serba sedikit. Aku juga manusia punya kekurangan yang perlu diubah. Tidak lari daripada melakukan kesalahan. Yang penting hari ini aku sudah kembali seperti biasa. Persepsi orang terhadap kita bukan boleh kita tahan. Terpulang pada mereka untuk menilai kita. Okeylah, cukuplah sampai di sini dulu sebelum aku merapu lebih panjang. Sekian...







                                                                                                                    

Wednesday, April 24, 2013

~Sedutan Novel Dia, Pilihan Hatiku~

Assalamualaikum..

Selamat tengahari. Korang dah lunch?Alhamdulillah, aku sudah selesai menikmati hidangan untuk tengahari ni. Turun awal jam 12.30 tengahari ke cafe kerana kelaparan. Mata mengantuk bagai digam-gam gara-gara makan ubat batuk. Mengantuk yang teramat sangat.

So, untuk menghilangkan mengantuk marilah mengupdate blog. Menulis sesuatu di sini buat tatapan semua terutamanya pada kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku.

Aku sajikan dengan sedutan daripada novel Dia, Pilihan Hatiku yang sedang dalam Pertandingan Ebuku 2013. Kepada sesiapa yang masih belum lagi download novel ini, diharap dapatlah melakukan sedemikian. Bantuan korang amat diperlukan dan sangat dihargai.

Inilah antara sedutan yang aku print screen. Jika terdapat kekurangan silalah bagi teguran dan komen yang membina yang boleh aku ambil sebagai pengajaran. Sekian dulu entri untuk tengahari ini.







                                                                                                            

Tuesday, April 23, 2013

~Kenapa Mesti Pertikaikan?~

Assalamualaikum sebagai pembuka biacara.

Apa yang dipertikaikan tu?Pelbagai persoalan sering timbul dalam benakku.  Manusia mana yang pernah rasa puas hati?Walau tidak banyak, pasti ada sekelumit perasaan tidak puas hati dalam diri terhadap apa jua dan lebih-lebih lagi tidak rasa puas hati terhadap orang lain.

Sebolehnya aku cuba elakkan diri ini untuk tidak berperasaan sebegitu. Tidak mahu cari pasal kata orang. Tapi selagi bergelar manusia, sedikit sebanyak pasti ada juga.  Tapi bila kita berdiam diri dan suka buat hal sendiri ada juga yang menjadi bualan orang.  Ada juga manusia lain yang tidak puas hati.  Menjadi seorang yang pendiam banyak kelemahannya.  Selalu ditindas dan setiap perbuatan kita akan diperlekehkan.  Sedih kan? Sob..sob..sob..

Diam salah, riuh pun nanti lagi salah.  Kalau banyak cakap dengan benda-benda berfaedah dan berguna untuk orang lain tak apalah juga. Ini jangan banyak cakap dengan benda-benda yang kurang faedahnya.  Jangan nanti orang kata seperti tin kosong pula.  Duduk diam sahaja pun orang pertikaikan, tak banyak cakap pun orang pertikaikan. Pelik kan?Kadang terfikir juga rasa macam menganggu ke kalau duduk diam sahaja?Hakikatnya itulah kehidupan.

Wassalam..







                                                                                                                  

~Ada Apa Dengan Selasa?~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa!Hari ni aku dapat sampai di office awal sedikit kerana aku keluar dari rumah awal daripada biasa. Jadi tidak perlu terburu dan memnadu tidak tentu arah. Kalau terlewat memang mata ni tak habis-habis memandang ke arah jam. Jam kereta dipandang, malah jam tangan juga sempat dipandang.

Tidak ada apa yang menarik hari ni. Cuma melakukan rutin harian seperti biasa. Menguruskan anak-anak di rumah mak walaupun mengalami ketidaksihatan. Lagi dua hari si dia pulang. Dapatlah pulang ke rumah. Homesick sebenarnya. Kahhhh.

Batuk sudah beberapa hari. Sakit tekak, gatal, perit. Semua pun ada. Sampai sakit-sakit dada bila batuk.

Ditambah pula dengan selsema menyerang diri ini. Sangat-sangat tidak selesa. Hidung tersumbat, tisu dah berpaket-paket digunakan. Mohon agar semuanya kembali sihat seperti biasa. Walaupun batuk dan selsema, aku masih dapat melakukan kerja aku dengan biasa.

Cukup dulu entri pagi ni. Bersambung lagi nanti. Mahu buat kerja dulu. Sekian.







                                                                                                        

Monday, April 22, 2013

~Nasi Lemak Bonda~

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Penutup entri untuk malam ni nak cerita mengenai makanan. Hari ni mak aku bekalkan aku nasi lemak untuk dibawa ke pejabat. Untuk dimakan bersama kawan-kawan.So, rezeki jangan ditolak. Pagi-pagi lagi mak aku sudah berada di dapur. Aku?Ermmm,tak sedar pun jam berapa mak aku bangun. Sedar-sedar bila alarm hp berbunyi. Dashyat tol.

Bangun-bangun semerbak bau nasi lemak dari dapur. Dengan mata yang terpisat-pisat ke dapur. Dah siap rupanya. Aku tinggal bawak je. Bertuah. Hahaha.


Inilah bekalan untuk pagi tadi. Nasi lemak, sambal sotpng, timun dan telur rebus. Dapatlah dikongsi bersama kengkawan.

Sekian entri untuk malam ni. Selamat malam!!!

Love, AA

Publish!!

posted from Bloggeroid

~Orang Yang Berduit VS Orang Yang Tidak Berduit~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Diharap semua baik-baik sahaja dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Amin. Korang dah lunch?Harap semuanya dah lunch. Itulah rezeki untuk kita hari ini. Alhamdulillah. Rezeki akan datang kita tak tahu banyak mana dan bagaimana.

Hari ni aku sahaja nak tulis cerita mengenai duit. Tentang orang yang banyak duit. Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa tetapi sekadar untuk berkongsi cerita dan hanya dari pandangan mata kasarku terhadap apa yang aku lihat di sekeliling aku supaya boleh dijadikan pengajaran dan peringatan buat diri sendiri mahupun orang lain. Mungkin...

Siapa yang tak teringin nak berduit?Nak-nak kalau banyak duit. Sentiasa ada duit. Boleh shopping!Heee. Sebab aku suka bershopping. Tapi ada sesetengah orang yang betul-betul berduit tapi orang tak tahu pun dia tu berduit. Tak tahu pun duitnya menimbun-nimbun. Tengok perwatakan pun biasa-biasa je tapi sememangnya dia berduit. Sebabnya dia tidak bercerita atau pukul canang pada orang. Tak menunjuk-nunjuk, sentiasa merendah diri. Orang macam ni yang disukai. Mungkin...

Tapi ada sesetengah orang pula, duit tidaklah banyak mana tapi kecoh satu dunia. Kalau boleh nak semua orang tahu yang dia banyak duit. Pukul canang sana sini yang duit dia banyak walaupun tidaklah banyak mana sebenarnya. Kalau antara kawan atau duduk berjiran, kena dia yang lebih daripada semua. Kena lebih daripada kawan-kawan atau orang lain. Rumah nak kena besar daripada orang lain, kereta kena lagi bagus dan canggih daripada yang lain. Tak boleh kalah. Mesti dia je yang menang. Lepas tu cerita pada semua orang. Serba-serbi kena dia yang lebih daripada orang lain. Macam-macam...

Apa-apa pun hidup kita ni biarlah bersederhana. Biarlah bersederhana dalam apa jua keadaan sekalipun. Seperti yang kita sudah sedia maklum, dalam Islam juga digalakkan untuk hidup bersederhana. Biarlah nampak tidak berduit asalkan jangan berhutang sana sini. Dek kerana keinginan yang melampui daripada kemampuan takut memakan diri sendiri. Sedar-sedar hutang sudah keliling pinggang. Minta dijauhkanlah. Cukuplah memakai sekadar termampu. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kata orang ukur baju di badan sendiri.

Sekian...  






                                                                                                                     

~Zikir Isnin~

Assalamualaikum buat semua yang selalu singgah di blog ini.

Pembuka entri untuk hari ini iaitu hari isnin. Hari bermula untuk minggu baru dan juga bermula untuk menjalankan segala tanggungjawab. Selalunya hari isnin ni dikaitkan dengan Monday Blues je kan. Serba serbi malas. Maklumlah sudah bercuti hujung minggu selama dua hari.

Oleh itu, marilah kita sama-sama ceriakan hari isnin ini dengan zikir di bawah. Semoga kita peroleh manfaat dan keberkatan daripadaNya.

Okeylah, marilah kita mulakan kerja. Kerja juga merupakan satu ibadah. Biarlah hidup kita menjadi lebih berkat. Bersambung lagi. Oh ye, apa khabarlah asben di utara sana?Semoga dia happy saja. Sekian dulu...







                                                                                                                     

Sunday, April 21, 2013

~Santapan Malam Ini~

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Mengambil mood sebelum tidur. Makanya blog ini berupdate di malam hari. Tersangatlah rajin. Kan dah kata kalau ada kerajinan tu memang semua menjadi. Heeee.

Baru habis berWeChat dengan laki den yang jauh nun di sana. Sangat2 jauh. Heee. Malam ni keluar dengan sil aka bff ke Tesco. Balik dari tesco tersinggah di sini untuk beli buat makan malam. Tersinggah ke atau memang sudah plan awal. Heee


Kami beli pizza lagi. Semalam pizza hari ni pizza. Sememangnya aku adalah penggemar pizza. I like!!!Tak puas makan semalam itu yang beli lagi.


Tadaaaa. Sebab ada kupon yang due datenya habis 30hb ni, itu yang aku beli. Sayang pulak kalau tak guna. Set ni aku beli termasuk tax hanya RM27. Ok kot?

Apa2 pun perut sudah pun kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Oklah, mahu beradu. Gudnite uolls!!

Love, AA

Publish!!

posted from Bloggeroid

~Najwa Latif Di Mydin MITC~

Assalamualaikum...

Selamat petang. Wahhhh, hari ni catat rekod update blog di hujung minggu. Kan dah kata, kalau ada kerajinan tu semuanya menjadi. Cuba datang malasnya, satu apa tak jadi. Ini cerita sudah sedikit basi sebab kisah minggu lepas. Tapi sebab semalam tetiba asben tanya "tak ada pun cerita pasal Najwa Latif kat blog?" Apakah?Laki den baca blog aku tulis ni. Heeee...

So dengan ini aku tulislah entri ini. Ada gambar baru bersemangat sikit nak cerita. Najwa Latif di Mydin Mitc ahad lepas iaitu pada 14 April 2013. Sehari selepas aku balik dari audition kotex memberku. Kebetulan ahad tu asben cuti, so tengahari tu dia ajak ke Mydin. Semangat tol laki aku. Nak bawak nana tengok najwa latif.

So dalam pukul 3 lebih kami sampai di Mydin. Ramai dah orang di depan pentas. Aku dengan Adriana dah menyelit sementara asben aku dengan ammar pi cari troli. Persembahan ni sempena program Jelajah Sahabat. Kalau tak silap aku. Najwa keluar last sekali. Sebelum tu artis-artis lain yang aku sendiri tak berapa nak kenal. Yang tahu iamNeeta.

Jom layan gambar Najwa yang aku snap sebanyak 5 keping.

Tudia NL. Comel je. Nana tanya aku "kenapa najwa latif pakai baju kurung?" Heee. Maknya jawab "Okeylah. Kan comel."

Comel je Najwa Latif ni.

Bersiap sedia untuk nyanyi.

Masing-masing sudah berkerumun depan pentas.

Aku dan adriana di belakang je. Tapi masih boleh tengok najwa latif menyanyi. Itu jealah cerita mengenai minggu lepas. Lepas tengok Najwa Latig kita orang masuk ke mydin untuk membeli sedikit barang dapur.

Bersambung lagi di lain entri.






                                                                                                                      

~Sabtu Dengan Aktiviti~

Assalamualaikum...

Kembali lagi. Mood untuk menulis tengah ada. Itu yang muncul beberapa entri mungkin untuk hari ini. Rajinler sesangat. Saat aku menaip entri ini anak-anak masih lagi beradu. Jadinya, aku mengambil kesempatan untuk menaip entri kedua untuk hari ahad ni sementara menunggu nasi yang ditanak di dapur masak.

Okeylah, nak cerita kisah semalam. Penuh aktiviti dari pagi hingga ke malam. Semalam terajin dan aku termasak. Rasanya sudah lama aku tak cerita kisah aku di dapur. Masak tu memang masak tapi masak yang paling simple kalau boleh. Time kerja memang sudah jarang masak sebab banyak sudah perubahan berlaku dengan rutin harian kami. Balik kerja, siap-siap makan kat rumah mak. Balik rumah tidur je. Itulah antara kisahnya.

Breakfast untuk semalam adalah mee goreng. Memula nak masak nasi lemak tapi sebab ada perubahan aktiviti untuk sebelah malam, itu yang masak mee goreng je.

Masak sikit sambal daging. Asben nak makan.

 Lepas solat zohor, kami keluar. Tempat pertama adalah ke sini.

Mahkota Parade. Lama juga tak datang ke sini. Asben nak ke Pameran Hartanah. Kemudiannya kami ke Dataran Pahlawan. Saja jalan-jalan. Tapi boringler. Tak kena dengan jiwa aku. Aku ajak asben balik sebab nak ke Tesco. Dalam perjalanan nak ke Tesco, asben ajak singgah Aeon Bandaraya. Kita orang lepak-lepak kat food court untuk alas perut. Tetiba perut rasa lapar. Belilah roti, sushi dan air milo. Makanlah kami anak-beranak. Lepas tu barulah kami ke Tesco untuk beli pampers. Tengok jam dah pukul 7 lebih, so nak beli makanan untuk di bawa ke rumah kak long. Ada buat makan-makan sikit sesama sendiri.

Kami beli Domino's Pizza. Yummy!!!Aku suka pizza tapi aku prefer lagi pizza dari pizza hut.

Ada KFC juga yang dibeli oleh mil. Tengok anak-anak menanti ayam untuk diagih-agihkan ke dalam pinggan masing-masing.

Selain pizza dan kfc, ada juga sizzling yee mee yang dimasak oleh kakak ipar asben.

Ammar yang suka makan ayam.

Jemput makan semua. Heeee. Dah jadi bahan kumbahan pun.


Ini family adik ipar aku. Baju oren tu adik ipar aku wan, wifenya kathy dan anaknya alya.

Di mana ada alya di situ ada nana. Apa kes pulak adik ipar aku yang duduk kat kerusi tu?Tak mo makan ke?

Yang pakai spec ni abang ipar aku, along nizam. So malam tadi memang happening makan ramai-ramai. Selesai makan, kami minta diri awal sedikit sebab asben nak packing baju. Itu jelah aktiviti kami semalam. Quality time with family members.

Sekian dulu...