Assalamualaikum...
Selamat pagi selasa dan selamat pagi semua!!!Mari kita sambung dari cerita ini. Orang Melaka berjalan dalam Melaka. Rasanya sudah lama tidak berjalan-jalan di area banda hilir. Makan tahun jugak kot. Selalunya lalu jea itu pun kalau hujung minggu memang jarang nak ke Banda Hilir sebab jammed.
Ok, mari bercerita. Lepas settle melihat binatang di zoo kita orang ke Banda Hilir. Asben bercadang nak ajak masuk Muzium Kastam dan naik Bkt. St. Paul. Memang memerlukan banyak tenaga hari itu. Sebab nak banyak berjalan. Anak-anak kami kerah jalan jugak. Heeee...
Jom bercerita sambil layan gambar.
Di hadapan Muzium Kastam. Mentang-mentang laki den keje kastam, beria-ia dia ajak masuk muzium nie. Aku pun tak pernah tahu apa ada dalam nie. Masuk adalah percuma yea.
Ini antara barang yang terdapat dalam muzium kastam. Ini adalah buku gaji kot.
Ini tak tahu kotak apa. Aku dah lupa.
Aku bergambar seorang diri. Dah lama tak bergambar sorang-sorang. Inilah rupa orang yang sudah menjangkau awal 30an. Sedapkan hati letaklah awal 30an. Heeee..
Bergambar dengan adriana. Ini adalah pakaian uniform untuk kastam pada suatu ketika dulu. Next ke mana kami?Gambar dalam muzium tak banyak sebab kamera asben pegang. Aku leka membaca dan melihat barang-barang yang ada. Tak sempat nak snap-snap gambar.
Kemudian kami menggagahkan diri untuk mendaki bukit. Duduk dulu separuh jalan. Mak pancit. Huahuahua..Bergambar dulu..
Mak ai..Banyak lagi anak tangga yang perlu dipanjat.
Yeahhh...Akhirnya kami sudah berada di atas Bkt St. Paul. Permandangan dari atas.
Permandangan di atas Bukit St. Paul yang ramai pengunjungnya.
Ammar nak duduk. Penat naik tangga. Kawan baru ammar tak ditinggalkan.
Mama bergambar bersama anak-anak.
Dari atas boleh nampak Menara Taming Sari.
Kami bertiga lagi. Dah monyet merah nie bergantung kat aku pualk.
Permandangan dari atas lagi. Bercintanya nak turun bawah.
Mama dengan ammar. Ammar, mama suruh tengok kat kamera bukan dekat monyet ini.
Aku yang lambat seperti kura-kura untuk turun bawah. Asben dah jalan ke depan dulu dengan Ammar.
Sudah sampai di bawah. Ammar dan adriana bersama meriam.
Kami bergambar di depan A Famosa.
Memorial Pengisytiharan Merdeka.
Kota A Famosa
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami. Bergambar di keretapi.
Pose aku dengan anak-anak.
Gaya seorang wanita yang sudah menjangkau awal 30 an. Hah gitu. Beg masih digalas yea. Korang cuba bayangkaN aku membawa beg itu dari zoo. Balik rumah kejung bahu.
Anak-anak mahu bergambar dengan kereta lembu. Maknya menyibuk jea. Kereta lembu dari Melaka..La la la..Sambung sendiri.
Dari Banda Hilir kami singgah di AEON Bandaraya untuk uruskan sesuatu di sini dan terus singgah makan di A&W untuk makan malam sekali. Kami tiba di rumah tepat pukul 8 malam. Penat yang tidak terkira. Aku lagilah, sakit kaki, sakit bahu, sakit pinggang. Semua sakit. Itu baru berjalan dalam Melaka tue. Apa-apa pun memang enjoy hari tue. Saat menaip entry nie keting masih terasa sakitnya. Itulah asben kata dah lama tak banyak berjalan itulah sakit kaki. Dah ada kereta buat apa nak jalan kan. Heeee. Sekian entry aku untuk pagi ini yang aku update dalam siituasi sambil menyelam minum air. Faham-fahamlah yea..
wah..gigih berjalan pusing melaka hehe...mmg tak habis berjalan melaka ni klu satu hari jgn kata satu hari...ni dr sejak lahir mmg duduk melaka pun lum habis rayau lagi melaka ni hahahaha...
ReplyDelete