Selamat malam. Ammar sudah pun beradu awal nie sebab satu hari dia tak tidur. Makanya bolehlah aku mengarang di sini untuk cerita malam ini dan karang untuk cerita esok sekali. Si kakak ada baring-baring. Adriana memang susah sikit nak tidur. Kejap lagi lenalah tue sebab dia pun tak tidur siang tadi.
Hari ini aku masak simple jea. Asben keje pagi, kemudian drag shifnya sebab ganti orang. Aku masak untuk makan tengahari. Ingatnya nak hantar nasi pada asben tapi tiba-tiba asben balik makan. Nasib aku dah masak awal. Hari nie bersemangat sikit nak masak awal dan menu untuk hari ini adalah seperti di bawah. Jeng jeng jeng..
Sotong goreng kunyit.
Sayur campur untuk anak-anak.
Ini gambar di instagram. Inilah menu yang simple aku masak tadi. Alhamdulillah kenyang makan untuk hari ini. Kerja aku asyik makan jea dari tadi. Habislah dietku. Heeee...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..