Sunday, December 30, 2012

~Bila Anak-anak Pulang~

Assalamualaikum...^___^

Bertemu kembali.  Entry kedua untuk hari ahad ini.  Ahad terakhir untuk tahun 2012.  Entry ini saja suka-suka ditaip di sini.  Ada gambar memang kena ada entrynya.  Nak cuci setiap gambar memang tidakler.  Itu yang suka update di blog.  Blog sudah seperti diariku.  Heeeee...

Oklah, kelmari iaitu hari jumaat anak-anak aku sudah pulang ke rumah setelah beberapa hari berdikari tanpa mama dan papa.  Mama yang sebenarnya tak boleh berdikari tanpa anak-anak.  Anak-anak mungkin ok jea.  Hari pertama boleh lagi aku nak telefon dia orang kat rumah mil tapi masuk hari kedua tak boleh sebab tak boleh nak dengar suara ammar.  Bila dengar suara ammar memang sayu gilerrrr.  Mama jadi gila ok.  Tak tahu kenapa.  Letak telefon boleh menangis.  Kahhhhh..Kadang terasa macam emosi terlebih jea.

Jumaatnya adik ipar aku hantar adrianammar ke rumah mak aku.  Aku balik kerja dijemput oleh adik aku di opis sebab hari tue kan aku tak drive.  Balik rumah aku then aku terus amik kereta.  Asben ada kat rumah pengsan sebab balik kerja.  Aku pun terus start kete dan bergegas ke rumah mak.  Tunggu anak-anak di sana.  Kebetulan ada sepupu dan makcik datang melawat my mom.  Berborak sampai malam.  Dalam 8.30 malam aku nak balik sebab dok terkenangkan yang kat rumah tak makan lagi.  Lagipun mak aku dah sound suh balik.  Mak aku memang cukup risau aku drive malam-malam.  Kalau balik kerja pukul 6.30 petang udah disuruh balik.  Nanti dialog mak aku "Pegi balik.  Mak bukan halau tapi dah nak malam."  Aku?"Eh, mak nie halau pulak."  Hahaha..

Balik dari rumah mak terus balik rumah.  Orang kat rumah nak makan.  Makan luar jea pun dan yang paling penting mesti MAMAK.  Sebenarnya aku nie dah tak boleh nak telan makanan kat mamak nie tapi dek kerana asben memang suka makan kat the mamaks nie aku turutkan jea.  Mak tak kisah pun.

Si pilot ammar sudah gunting rambutnya.  Mil yang bawak ke kedai.  Pilot erk?Penangan cite AH. :D

Nana makan roti canai.  Serabai betul rambut adriana nie.
 
Asben makan roti telur.

Adriana makan roti canai dan aku makan tosai.  Sedap sekali makan tosai kalau ada kuah kelapanya.  Korang makan tosai tak?Laki den tak makan tosai.  Tak reti katanya.  Nama jea lepak kedai mamak laki den tue.  Heeee..Aku nak order maggi goreng tapi asben tak bagi sebab dia kata dah malam.  Oklah layan jealah.  Janji kenyang dan yang penting balik boleh tidur.  Dan yang lebih penting anak-anak sudah pulang dan tidak akan lagi berjauhan dengan aku.  Yeahhhh..:D

Sekian.






                                                                                                                      

1 comment:

  1. Cam kami bukn penggemar mamak,so tosai mmg ya xpernah rasa langsung...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..