Tapi mak ngan ayah aku bukan boleh makan manis-manis. Dia orang ada penyakit kencing manis. So kalau aku buat kek aku akan kurangkan manis memandangkan aku pun tak suka manis-manis sangat. Sekarang nie aku dah suruh mak aku bersara atau dalam erti kata lain berehat daripada membuat kek. Minat mak aku sudah beralih arah ke anaknya. Cuma satu jea minat mak menjahit yang aku tak dapat nak ikut sebabnya aku tak minat jahit-jahit nie. :D
Inilah rupa dan hasil pertama daripada aku iaitu Butter Cake. Mak aku kata sedap.
Rupa kek aku daripada pandangan sisi. Memang sedap. Masa 1st time buat aku tak letak buttercream pun sebab malas. Makan macam nie jea. Kebetulan masa nie aku buat untuk minum petang dan untuk diberi pada jiran aku. Alhamdulillah kek nie pernah diorder oleh officemate aku sempena besday wifenya dan katanya dia berpuas hati. Harap-harap gitulah.RESIPI BUTTER CAKE
Bahan-bahan :
250 gram mentega
200 gram gula kastor
250 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
4 sudu besar susu cair
1 1/2 sudu teh esen vanila
Kaedah Membuat :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masuk telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian, masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu, mulai dengan tepung akhiri dengan tepung.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas kertas minyak.
6. Letak loyang adunan di atas rak tengah ketuhar dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga kek itu masak.
Sumber : Buku Panduan Asas Menghias Kek
sedapnya..
ReplyDeletenampak gebu sangat.
yang bertaburan tu kismis ke choc chip ye? rajin pulak dia mengekek
ReplyDeletekena cuba ni..nampak gebu je butter cake tu
ReplyDeletetengok blog ko jer lapor...haisshh..hancuss diet haku
ReplyDelete