Sebab apa aku el semalam???Itu yang tak sempat nak update blog. Bukan aku aje yang el tapi termasuklah asben aku jugak el yea. Begini kisahnya....
Budak di dalam gambar inilah sebabnya. Semalam pagi dalam pukul 5 pagi badan ammar panas sangat. Aku dah cuak. Petang masa balik keje khamis tue mak aku dah cakap ammar demam. Balik rumah aku terus bagi ubat demam. Lepas tue tengok dah ok.
Itulah dalam pukul 5 aku rasa badan dia panas balik. Sudahnya dok merengek aje. Aku jeram kepala dia dok mengamuk. Tak nak letak tuala langsung. Aku paksakan jugak. Sudahnya aku amik keputusan untuk amik emergency leave semalam. Kalau aku pi keje susah hati kat opis buat apa. Lebih baik aku cuti jaga ammar.
Sudahnya mama tak keje, papa tak keje, nana pun tak sekolah sebab dia kata nak jaga adik. Iyelah jagalah sangat adik tue. Masa aku bangun pukul 5 pagi tue, adriana pun bangun sekali. Dia terkejut agaknya dengar adik dia nangis. Lama-lama aku pujuk dia suruh tido. Dalam pukul 6 pagi dia tertido balik. Itu yang tak sampai hati nak kejutkan dia pi sekolah. Jom tengok gambar ammar yang sempat aku snap.
Inilah budak demam. Sedang memujuk-mujuk dia nak letak tuala atas kepala.
Ammar sedang main dengan cover kamera.
Bila dia leka aku cubalah letak. Kejap jea..Akhirnya dibaling tuala tue. Sabajelah.
Akhirnya bagi dia susu sebab dah merengek nak tido. Kalau dah tido pun susah nak letak tuala basah. Dia boleh terjaga yea. Kena lap-lap aje badan dia. Itulah kisah semalam aku dan asben terpaksa el. Demi anak kan kita sanggup lakukan apa saje.
Sebelah petang aku keluar kejap dengan asben sebab nak ke kedai beli barang. Ammar aku anto ke rumah mak aku kejap. Keluar pun tak lama sebab nak balik cepat asben aku ada projek di rumah. Dia nak cepat balik. Nanti aku ceritakan yea projek apakah itu?
Anak aku aritu pun sma berulang2 demam..panas sgt smp 39°...mmg takut tol.yang lelaki tu sma cam ammar x suka letak towel..amik darah melalak dua2.kakak je de sket jgkitan kuman, si abg nsb xde ape..yg kck x teruk sgt..bayangkn lps hubby then aku baik sket..smbung tiga2 anak aku..nsb baik skg da ok Alhamdulillah
ReplyDelete