Sunday, April 15, 2012

~Jom Kita Skodeng!!!~

Kesinambungan cerita semalam.  Akhir entry aku ada cerita mengenai asben aku nak balik rumah awal sebab ada projek yang dia nak buat.  Semangat tue.  Aku bab-bab nie memang tak boleh blah.  Nak suruh aku siram pun aku bercinta inikan nak suruh aku buatkan.  Memang tak dapat.  Apakah itu??? 
Inilah projek laki aku.  Nak tanam pokok kat belakang rumah.  Aku memang tak boleh tanam pokok langsung.  Memang matiler pokok-pokok yang aku tanam.  Sebab pernah sekali aku perasan aku kacau ayah aku tanam pokok, tak silap pokok cili.  Aku rasa masa tue elok aje segar bugar pokok tue lepas aku pegang pokok tue tak lama lepas tue pokok tue mati.  Banyak nau tue nya.
Close up sikit gambar asben aku.  Itulah dia sedang gigih menanam pokok-pokonya dan aku telah ditugaskan untuk menyiramnya nanti.  Ada lagi beberapa batang pokok telah ditanam.  Tunggu dan lihat yea.  Nanti akan aku ceritakan pokok-pokok apa yang asben aku tanam.

Kat dalam rumah pulak aku melayan si kecik yang sedang demam.  Tapi masih aktif ke hulu ke hilir naik beskalnya.  Merengek tue memang adalah.

Kemudian jerit pulak panggil si kakak yang sedang bermain beskal di luar rumah menemankan papanya menanam pokok.  Aku kata papa dekat garden.  Gardenlah sangat tue.  Hehehe...Itu jealah kesinambungan dari cerita semalam.  Sekian...







                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..