Salam..
Hari nie sudah hari jumaat. Kejap jea kan. Semoga hari ini kita semua mendapat keberkatan daripadaNYa dan menjadi hari yang lebih baik daripada semalam. Aku baru nak update cerita untuk hari rabu. Cerita yang berkaitan dengan my lil boy, ammar. Update pantas hari nie sebab kejap lagi nak mulakan kerja gotong-royong 5S.
Oklah berbalik kepada tajuk yea. Tak nak panjang lebar mukadimahnya. Hari rabu lepas aku ada bawak pulut kuning ke opis sempena menyambut besday ammar yang ke 1 tahun. Ceritanya di SINI. Oleh kerana tak ada nak buat besday party bagai untuk ammar aku buatlah sikit untuknya pulut kuning dan rendang daging.
Inilah pulut kuning yang aku bawak ke opis. Siap letak di dalam bekas untuk diberi kepada ofismate.
Pulut nie bukan aku yang masak. Mak aku yang masak. Kalau aku yang masak rasa tak jadi pulut kuning. Mana nak handle 2 orang askar aku lagi. Alasan!!!!!
Oklah, kisah pulut sudah habis. Petang rabu tue pulak aku bawak ammar ke klinik untuk checkup 1 tahun dan untuk injection. Asben aku tak ada sebab dia sedang berkursus di AKMAL. So, akulah yang kena menguruskan anak-anak. Hah, macam jauh bebenorlah AKMAL tue. :-) So, adik aku yang hantarkan aku dan ammar ke klinik memandangkan adik ipar aku pun ada checkup hari rabu tue.
Ini selepas checkup. Sedang menunggu giliran untuk injection. Ooohh, bila time anak-anak nak pi klinik checkup aku memangler kecut perut. Boleh jadi sakit perut dan perut memulas-mulas. Lebih-lebih lagi kalau ada injection. Mama yang lebih ok.
Inilah bilik untuk injection. Selalu asben yang akan pegang anak-anak bila time injection. Baik adriana atau ammar aku memang tak pegang. Aku nie memang takut sikit bab cucuk-cucuk jarum nie. So, hari tue adik akulah jadi mangsa. Hikhikhik. Nama jea anak dah 2 orang tapi hakikatnya aku takut bila tengok anak-anak aku nak injection. Korang macam aku tak? :-)
Last picture sebelum ammar masuk untuk injection. Gambar masa dicucuk tidak ada sebab mama menjadi pasukan sorak bersama bibik aka adik ipar aku. Ammar dah meraung tapi nasib kejap aje. Good boy. Lega hati mama bila dah selesai. Pegi klinik macam nak pegi berperang jea gamaknya. Sekian dulu untuk entry kali nie. Bersambung lagi.
nampak sedap la kak pulut kuning tu
ReplyDeletesedapnyer pulut kuning akak suka sesangat... akak dulu nasibler masa budak2 tu nak injection okjer.. kot idak susah sebab husband akak idakler nak pegangpun..
ReplyDelete