Salam..
Nak cerita mengenai besday ammar yang telah lepas. Sabtu lepas ada buat makan-makan sikit. Sebelum aku cerita pasal makan-makan, aku nak cerita dulu pasal kek besday untuk ammar yang aku buat khas untuknya.
Sebelum nie, aku pernah buat entrynya di SINI. Bercadang nak buat kek tema Angry Bird tapi bukanlah bentuk angry bird cuma letak edible image aje. Kang ada pulak aku yang jadi angry bird bila kek tue tak jadi.
Oklah mari kita tengok bentuk kek hasil daripada air tangan aku buat anak aku ammar. Kek ammar nampak meriah sedikit berbanding kek kakaknya adriana. Masa buat kek adriana baru belajar. Jadi deko kek itu tidak berapa menarik. Masih terkial-kial menggunakan perkakas kuih. Sekarang nie taklah arif lagi tapi bolehlah buat untuk makan sendiri kan.
Inilah edible image yang aku pilih. Angry bird nie sebenarnya asben aku yang pilih. Ammar bukan tahu apa pun. Paknya yang lebih-lebih pulak. Ampun ya bang. :-) Aku beli edible image nie di SINI.
Inilah kek besday untuk ammar. Aku buat kek coklat dan toppingnya aku buat whip topping. tapi aku lebih suka topping masa buat kek untuk adriana. Saje try and error.
Dan yang ini pulak kek khas untuk my sis, Suzanah. Aku panggil Kak Wati. Sebenarnya kakak sepupu aku tapi kita orang memang rapat gile. Hehehe. Besdaynya pulak dekat-dekat dengan ammar. Ammar 21 februari, sis aku 24 februari pula. Jadi apa salahnya aku buat 2 biji kek untuk mereka.
Oklah. Sampai sini dulu cerita berkenaan kek besday ammar. Aku bukanlah pakar dalam membuat kek. Masih dalam percubaan dan masih belajar. Nanti aku letakkan resipi kek-kek ini yea. Jumpa lagi di lain entry. Sekian.
ooooh beli ekk edible image tu. aida ingatkan the whole kek beli hi hi...
ReplyDeletenota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~
pandainya wat kek..share la resipi :)
ReplyDeletewah angry bird.kita masa rayyan dulu dok cari kek angry bird x dpt..dptla kek lain..he3
ReplyDelete