Wednesday, October 12, 2011

~Kami Berbowling~

Malam minggu yang lepas kami pergi berbowling di Melaka International Bolwing Centre (MIBC).  Kami just pergi berlima.  Tapi yang berbowling just 4 orang jea.  3 bunga dan 1 kumbang.   Kahhhh.  Kumbang tue laki den lah yea.  Kumbang yang sudah dimiliki.  Hahaha...Ayat tak boleh blah.  Apa pun tak bleh.

Malam sabtu yang lepas, balik dari kenduri rumah pakcik aku kami pergi berjimba-jimba anak-beranak.  Ammar kena tinggal lagi.  Kesian dia.  Adalah lebih baik ammar tinggal dengan neneknya.  Boleh dia tidur.  Kita orang pegi main bowling pun dah lewat.  Dalam pukul 10 malam gaklah.  Amik anak-anak buah aku lagi yang dua ketul tue.  Dia orang yang sebenar-benarnya nak pi main bowling.  Haruslah ajak aku.  Sape lagi yang nak diajaknya kalau bukan aku nie.  Asben aku kalau main bowling dia memang nak join sebab dia pun suka berbowling.

Oh...Aku sudah lama tak berbowling.  Malam itu melepaskan gian setelah sekian lama tidak bermain.  Takler terror mana pun mainnya.  Sesekali ke longkang tue adaler jugak.  Nama pun bukan pro kan.

Jom tengok gambar ketika kami beraksi berbowling.
Inilah tempatnya.
Mereka bertiga.  A semuanya..Adriana, Afiqah dan Amirah.
Ini pun A jugak.  Alfidah dan Amirah.  Hehehe
Balingan pertama daripada cik mira.
Iqa dan Nana
Oh ini pulak aksi daripada jejaka hatiku.  Hahaha
Daripada Iqa pulak.  Gambar aku? Non ado. 
Inilah pulak Affendy dan Alfidah.
Bergambar bersendirian.
Mereka adik-beradik.
Pose daripada aku sorang.  Lama tak bergambar seorang diri.
Mama dan adriana.  Dia yang sulung tapi dia yang manja berbanding adiknya.
Adriana merajuk.  Tengoklah aksinya tue.  Ntah apsal yang tak kena.  Sikit-sikit merajuk.  Ikut perangai sapeler tue.  Papa sibuk berwifi!!!
Mereka bertiga.  Nak jugak tunjuk bola bowling tue. 
Game sudah abis.  Nak tukar kasut dah.  Kaki sapelah ini??Cer teka????
Sebelum pulang, mari kita bergambar.  Papa, mama dan nana.  Kita orang abis tepat jam 12 tengahmalam.  Tempat bowling nie tutup pukul 2 pagi.  Nasiblah sempat dan nasiblah cepat dapat main.  Ramai jugak orang pada malam tue.  Sangat-sangat enjoy.  Nanti boleh pegi lagi kan papa!!

2 comments:

  1. ok la tu tahu gak main kan...ya langsung tak pernah main pun......

    ReplyDelete
  2. ya>>baling-baling dan campak-campak jea...hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..