Tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai untuk entry ini. Oleh sebab adriana excited nak jumpa kawan dia jadi tajuk khas mama buat untuk adriana. Aku pulak dapatlah jumpa cikgu sekolah aku sebab kawan aku, Liesa ibu dia cikgu sekolah aku. Paham tak apa yang aku tulis nie?
Jumaat lepas (7 Oktober 2011), malamnya aku ajak asben pi rumah classmate a.k.a schoolmate aku sebabnya kawan aku nak buat majlis cukur jambul dan aqiqah anak dia hari sabtunya. Tapi sebab aku tak dapat nak datang, asben aku keje jadinya kita orang terjahlah sebelah malamnya. Lagi pun Liesa kata memang ada buat makan-makan jugak malam tue untuk kawan bengkel asben dia yang tak dapat datang sabtu tue. Jadi, tidakler segan aku dan asben aku nak datang malam tue. Itu pun dah lewat kita orang sampai sebab pi Tesco beli barang dulu.
Apa lagi, jom tengok gambar...
Ada masa baik jea berkawan, ada masa bergaduh berebutkan barang.
Gaya mereka berdua..Anak sapelah yang pose lebih tue????
Rania nak bergambar sorang diri...Pas tue cakap kat asben 'ngok' (tengok)
Aku dan Liesa serta anak-anaknya..Tapi anak kedua Liesa, Saiff dah tidur. Apsal aku nampak gemuk??Baju aku pakai yang besar. Tak nak mengaku hokey diri ini sudah gemuks!!!
Sebelum pulang, mari bergambar dengan cikgu pulak. Inilah cikgu sekolah aku. Namanya Puan Rokiah. tapi dulu anak dia, Liesa panggil Madam Rock. Jadinya kita orang pun dah terbiasa. Teringat zaman sekolah kita kan liesa...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..