Salam kepada semua readers yang sudi menyinggah di sini...
Hari ke 24 kita semua berpuasa. Hari nie bukan hari tanpa berkata-kata. Hari nie aku nak berkata-kata dengan panjang lebarnya. Tak sabarnya nak berhari raya. Tahun nie dapatlah kami beraya di rumah baru. Sangat-sangat teruja dan seronok. Tapi persiapan kami ala kadar jea untuk rumah baru.
Tahun pertama kami berpuasa sendiri. Konon nak berdikarilah. Hehehe. Kadang tak berdikari jugak bila penyakit malas datang amik lauk dekat rumah mak. Hahhhh.
Baju raya untuk adrianammar tak beli pun lagi. Kenapalah tahun nie rasa macam malas jea nak membeli. Kalau dah malas sangat aku amik jea baju-baju yang aku jual. Itu pun memang ada yang aku dah ketepikan baju untuk adrianammar. Baju kurung pakai baju kurung yang aku pakai masa adik aku kawin. Ada gak upah 3 helai untuk pakai pi kerja. Tapi sebab belum dipakai entitlelah sebagai baju raya.
Rasa lain bila raya rumah baru. Sebab?Kawasan tue tak ramai orang duduk lagi. Nasib ada jiran sebelah. Orang perak. Katanya dia tak balik perak. Oklah tue. Bunyi mercun pun susah nak dengar, kalau kat umah mak aku dah berdentum-dentum dah bunyi mercun. Macam yang adriana selalu nyanyi 'dam dam dum bunyi mercun' hehehe..nenek dia ajar. Jom tengok aktivi kami di rumah kami. Teman adriana main bunga api yang pada mulanya adriana panggil bunga raya. Sebab kita selalu sebut baju raya. kuih raya. Itu jdi bunga raya. :-)
Memantau adriana yea..
Adriana nak bakar bunga
Aksi adriana bermain bunga api...
Inilah permandangan malam di kawasan perumahan kami iaitu Taman Bukit Katil Damai 2...
Note>>Pagi raya kami akan berada di rumah..Selepas sembahyang raya baru aku balik rumah mak aku sebab asben koje!!!
raya di rumah baru yg paling seronok.. sy pernah mengalami nyer.
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya... :)
tahun depan tgk meriah tak meriah taman tu. huhuuhu
ReplyDeletememang meriah........lagi2 umah baru kan.......hehehehehe
ReplyDelete