Salam Ramadhan...
Hari yang ke 23 kita semua berpuasa. Sekarang mesti semua sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya. Apa yang penting persiapan aku hanya ala kadar. Memandang baru masuk rumah baru 5 bulan yang lepas. Duit banyak guna. Persiapan untuk anak-anak lebih diutamakan.
Berbalik kepada tajuk di atas, jumaat lepas aku sempat buat cornflakes coklat versi campak-campak. Tak ada sukatan. Senang jea. Selalu aku just tuang coklat. Kali nie nak nampak cantik taburlah manik-manik tue kat atas. Berserilah sikit macam aku...Kahhhhh
Inilah hasil cornflakes coklat versi aku. Mudah pun mudah. Tak payah nak bakar-bakar. Lagipun rumah aku non ado oven. Jadi kita menggunakan peti ais jea. Bahan-bahan pun senang. Cornflakes, coklat masak, badan kisar dan manik. Itu jea... Jom tengok hasilnya...
RESEPI :
Cornflakes (bergantung kepada anda)
Coklat Masak (aku guna TULIP Coklat)
Badam Halus
Manik
Paper Cup
Cara-cara:
1) Badam digoreng tanpa minyak.
2) Cornflakes diramas-ramas dahulu.
3) Cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler
4) Kemudian campurkan badam bersama cornflakes
5) Bila coklat telah cair, tuang ke atas cornflakes tadi.
6) Gaul sebati. Kemudian boleh letak di dalam paper cup.
7) Taburkan manik warna-warni. Dan sejukkan dalam peti sejuk.
Close Up sikit...
Ini pembantu aku di dapur yea. Membantu makan untuk mama. Kadang-kadang aku jadi tarzan di dapur. Jadilah cornflakes coklat tarzan. hehehe...
Note>>Lepas nie entry pasal biskut sarang semut pulak...
Sedapnya nengok...nak sikit...hehehehe...
ReplyDeleteSaya klo kuih² yg berperisa coklat nih memang feveret.