Sabtu lepas, aku dan asben saje pi survey-survey rumah. Kami pi survey di taman perumahan yang baru naik rumah tapi kebanyakkannya sudah siap rumahnya. Cadangnya mahu membeli tapi masih berfikir2 untuk membeli atau tak. Kami try tengok rumah contoh di area bukit katil.
Memang menariklah. 1st time nak beli rumah mesti excited kan?tapi ada tak yang berperasaan seperti aku dalam dilema nak beli atau tak?aku dan asben masih berfikir2 lagi. Sebab memikirkan kedudukan kewangan suatu ketika dahulu. tapi since asben baru dapat keje ok kot kalau nak beli rumah buat masa sekarang walaupun dalam hati masih terdetik ok atau tak nak beli.
Rasanya aku pernah menceritakan dilema aku mengenai rumah pada suatu ketika dulu. tapi sekrang lebih ke arah ingin membelilah. So, jom kita tengok rumah contoh yang aku tengok tempoh hari.
Rumah Contoh Taman Bukit Katil Damai 2
Rumah Kedai di hadapan taman
Rumah yang masih dalam pembinaan.
Rumah yang belum siap dekat bahagian belakang
Rumah Contoh Type Teres tapi corner lot
Bahagian dalam rumah
Ini hallnya
Bili tidur utama
Ruang makan
Dapur
Rumah Contoh Jenis Semi D
Kawasan tepi rumah
Living Hall
Ruang Makan
Dapur
Bilik Tidur Utama
Cantik tak??Teruja sangat aku melihatnya.Aku berkenan pada rumah semi d. Apa-apa pun kami kena fikir sebetul2nya tentang nak beli rumah nie tapi kalau tak beli rumah makin lama makin mahal. Harga rumah nie pun sangat berpatutan.
Oh..apakah ada rezeki aku dan asben untuk memiliki rumah ini?Insyallah...kalau ada rezeki tak akan ke mana. Tunggu yelah..Kalau aku jadi beli akan aku ceritakan nanti tapi kalau diam tue tak jadiler..:-)
Note: Yang mana satu rumah akan menjadi rumah idamanku??
kak... rasanya lawa lagi yang semi-D tuee.. kalo dah berkenan, apa salahnya amik kaann.. janji leh wat aset dan sesuai dgn facilities yang ada..
ReplyDelete