Tuesday, March 30, 2010

Tag dari Jue & Alyyani

Tag nie aku terima daripada dua orang rakan bloggers aku iaitu Jue ibu iman dan Alyyani mama nia&adel
Sebelum nie aku pernah buat tag nie daripada Lya mama asya

1. adakah anda rasa HOT?
tak HOT lah..aku dok betul2 bawah air cond nie..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang

nie wallpaper pc kat opis

3. cerita pasal gambar ni
suka gambar nie sebab kami ber3...masa nie gambar nie diambil di dewan UTM Jalan Semarak...my cousin's wedding

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
last week masa dapat gaji

5. lagu terakhir anda dengar?
tgh dengar lagu NOKTAH CINTA..minat sangat lagu nie

6. apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
sedang makan keropok ikan..sebab skrg lunch time..

7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
along, fida, al, mama

8. tag lagi 8 orang?
sape lagi yang aku nak tag nie..
1. Izan
2. Firzara
3. Ieda
4. hanisah
5. Linda
6. Mai
7. Suhida
8. Ibu Ayu

9. siapakah orang no. 1 kepada anda?
kenal masa dia masuk contest SweetLovelyShoppe

10. katakan sesuatu kepada orang no. 5?
updateler blog tue kak oi..sudah bersawang

11. no. 3 ada hubungan kepada siapa?
rakan blogger

12. bagaimana pula dengan no 4?
rakan sepejabat

13. pesanan kepada orang no. 6?
tahniah sudah pregnant dan jaga diri elok2.

14. kata- kata cinta kepada orang no. 6?
take care...

15. adakah no.7 & no. 8 mempunyai persamaan?
seorang ibu

16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
~JUE~
- masih muda
- mempunyai seorang anak lelaki
- ada butik online jugak.
- seorang yang peramah...1st kenal masa beli barang dgn dia..
- rajin mengupdate blognya...hehehe

~ALLYANI~
-masih muda
-sudah mempunyai dua orang anak..kedua2nya puteri
-seorang yang sangat ceria..pdhal tak jumpa lg..
-parentsnya berada di Perak..rindunya dengan Perak...
-nama anaknya bermula dgn R.A...

17. persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
dagingnya boleh dimakan

18. perasaan anda wat tag ni?
buntu jap..sb da pnh bt..tak tahu nak jwb nie...

19. adakah anda tahu si Razman itu sengal?
siapa razman?

20. GAY or LES?
aku seorang yang NORMAL yea...
tq yea sb tag..lambat sikit buat sebab aku nie pemalas nak update blog..hehehe..nantikan tag-tag yang akan aku langsaikan..

Note: Alya..banyaklah pulak awak tag saya...itu tandanya awak ingat saya..hehehe...

Monday, March 29, 2010

~Percubaan Yang Tidak Menjadi~

Minggu lepas kan da gaji..seperti biasa kami akan bershopping barang-barang keperluan...yang paling penting adalah susu adriana..aku bercadang nak selang-selikan adriana dgn susu lain..kalau adriana ok bolehler tukar...



sekarang adriana minum susu Progress Gold...memang dari dulu adriana minum brand Wyeth...setakat nie belum tukar lagi..mak aku bising kalau aku nak tukar susu..hehehe...katanya budak da serasi nak tukar2 susu..lagi pun aku nak cari susu yang murah kosnya..hehehe...adriana nie kuat minum susu...kalau beli 900gram tue boleh abis dalam masa seminggu jea...jenuhler aku nak membelinya...jadi, aku ingat nak selang-selikan adriana dengan Sustagen..
sebab adriana nie susah sikit kalo nak makan..dia banyak main-main kalo nak makan nasi..kalau time mood dia elok abis pulak nasi yang adriana makan...so, cubaan pertama sabtu lepas bangun pagi aku buatkanlah susu SUSTAGEN nie..aku belikan adriana yang perisa vanila..mula-mula adriana hisap..pas tue adriana tengok jea susu tue..pas tue adriana letak kat tepi botolnya then dia hisap air putihnya..

aku pun tanyalah "adriana, kenapa tak minum"

adriana "tak nak"

aku pun biarkanler dulu...mungkin adriana belum nak minum susu lagi...pas tue sampai tengahari susu tue tak diusik pun...tengok adriana tak minum susu aku pun buatkan susu PROGRESS dia tue...aku bagi dekat adriana..aku kata "adriana minum susu nie..mama buat baru"
adriana amik then dia rasa dulu..pas tue baru adriana minum sampai abis...

pas tue aku cite dgn asben malamnya, asben kata try buat pekat2..esoknya aku trylah buat mcm mana yang asben aku ajar..hehehe...macam biasa adriana menolak..pas tue aku trylah minum skit..

aku cakap dgn adriana "adriana sedaplah susu nie"
adriana jwbnya " tak dap"
terkedu jea aku dgr apa yang adriana jawab...

so, kesimpulannya aku tak jadiler nak campur susu adriana tue..aku cite kat mak aku..mak aku kata tak payah tukar2 susu adriana tue..bagi jea dia makan...
nasib ada kwn dekat ofis yang anaknya minum susu SUSTAGEN..jadi aku bagi dekat dia jealah...
adriana...adriana...

SEKIAN!!

Husband Lapor Diri...

Kesinambungan daripada cerita Inilah Yang Ditunggu-tunggu...mengenai asben yang dapat tawaran kerja di Kastam..apa yang merisaukan aku adalah mengenai penempatan asben..tapi asben telah pun mendapat surat penempatannya dua minggu lepas...Penempatannya adalah di

*
*
*
*
*
~Kastam MELAKA~

aku dengan perasaan gumbira yang amat sangat tentang berita penempatan ini..maknanya kami tak payahler berpindah ke mana-mana...

Hari ini 29 Mac 2010 bersamaan hari isnin asben telah pun melaporkan diri...nasiblah dapat dekat Melaka..terfikir gak kalau asben dapat penempatan dekat luar Melaka..apa-apa pun semua telah berjalan dengan lancar..termakbul jugak akhirnya doa aku....

*keluarga kecil kami*

Wednesday, March 24, 2010

Adik nak tanye je......

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb


















Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?














Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?














Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?












Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?













Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



















Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?













Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?














adik cuma nak tanya je bu.....














Note : Post nie berdasarkan kiriman email daripada seorang teman aku..sedih bila bacakan mengenai cerita ini..kesian pada baby yang tidak berdosa ini..kenapa sungguh kejam mereka ini??adakah mereka sudah tidak mempunyai hati perut untuk menyayangi bayi ini??tidak kasihan kah mereka pada anak2 ini??

Jawapan Teka-Teki Part II

Sorry..lambat sangat aku postkan entry nie..sebab terlampau bz sgt lately nie...So aku nak umumkan apa jawapan untuk teka-teki tempoh hari...

Jawapannya adalah :

RM650

dan pemenangnya adalah :

IBU AYU



Note : Ibu Ayu boleh emailkan saya nama, alamat dan num hp...

Tuesday, March 16, 2010

~Inilah Yang Ditunggu-tunggu~

Inilah yang kami nanti-nantikan selama nie..lebih-lebih lagi asben aku..Surat tawaran perlantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)...memang dia sangat menanti-nantikan surat nie..asben aku terima surat nie pada jumaat lepas..memang happy sangat..benda yang kami tunggu2kan selama nie telah menjadi kenyataan.akhirnya, termakbul juga doa kami selama ini...asben aku da lama pi interview nie..asben aku pi interview nie bulan Ogos tahun lepas..rezeki anak2 kelak..tapi dalam calon simpanan.


happy..happy jugak..tapi tuelah debaran untuk menanti surat penempatan pulak..adakah kami kena keluar dari Melaka..gembira untuk asben dapat job baru..tapi aku sedih pulak kalau asben aku dapat penempatan bukan dekat Melaka..sedihnya nak tinggalkan Melaka nie..nak tinggalkan parents aku..oh..tak dapat nak melaluinya..nak kena pindah tempat keje baru..nak kena dapat kawan2 baru..macam serik jea pindah tempat baru..serik dulu masa aku tukar dari Melaka ke Putrajaya..:-(

apa-apa pun tunggu dan lihat jealah..asben kena tunggu surat daripada Kastam pulak untuk penempatannya..bila da dapat surat penempatan baru boleh fikir itu semua..sekarang aku tak nak fikir2..:-) cuma aku berdoa biarlah dapat yang dekat2 jea..jangan jauh2..

Note : Abg, jangan lupa belanja kami makan..da dpt job baru nie..hehehe




~Isteri Degil Tanda Suami Gagal~


"Kiriman ini aku dapat melalui email..just untuk berkongsi bersama-sama.."

Assalamualaikum warahmatullah,

Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. JIka masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke entry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!

Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalka n kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan abarunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.

Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau memukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”

Sentuhan jiwa

Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Renung-renungkan!

Capaian entry berkaitan :

Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai
Prinsip keadilan penentu kebahagiaan rumah tangga
Seks terabai + mata hati berzina = CURANG!
Wahai suami, layanilah isterimu dengan baik
Cemburu senaman hati untuk kesegaran cinta
Mandrem (jampi) takluk suami miang
Resepi buat isteri bahagia
Personaliti, ransangan paling hebat

Note:Sekadar untuk berkongsi sahaja...


Monday, March 15, 2010

~Kami Ke Johor Pulak~

13&14 Mac 2010
Sabtu lepas kami ke Johor pulak..
untuk menghadiri Majlis Perkahwinan rumah abg sepupu aku...kami ke Pasir Gudang, Johor..Majlisnya telah berlangsung pada hari ahad..kami bertolak ke Johor pada hari sabtu..saje bertolak awal..boleh gi jalan-jalan dekat JB


inilah hotel yang kami menginap..
kami smpi di JB dalam pukul 7 malam..
check in hotel..pas tue kami ke rumah makcik aku (adik ayah aku) dulu..
dalam pkl 10.30 mlm, asben ajak pi ke Danga Bay



~AHAD~

adriana di dalam bilik hotel

checkout...
nie masa dekat umah makcik...


adriana dengan moyangnya


masa nie adriana tutup telinganya sebab dekat belakang kita org tengah orang main kompang..memang kuat sangat...
nenek dan makcik aku...(adik ayah yang last)
bergambar bersama pengantin sebelum pulang...

kami bertolak pulang ke Melaka dalam pukul 4 ptg...sebelum pulang kami singgah di Ayer Hitam..then, meneruskan perjalanan kami dan kami singgah di Muar untuk menikmati mee bandung..tapi tak sempat nak snap pic sebab terlampau lapar da aku masa tue..angin sudah masuk dalam perut...kami sampai di rumah tepat pukul 11.00 malam...tapi aku tak cuti yea ari isnin...sebab aku sayangkan cuti aku...


~My Cousin Wedding~

aku lambat nak cite pasal aktiviti aku 2 minggu lepas...aku ke KL untuk menghadiri pernikahan sepupu aku di Masjid Kg. Baru..abg sepupu aku orang JB kawin dengan orang KL..so aku nie kire jadi org sebelahlah...kami bertolak ke KL ari sabtunya sebab abg sepupu aku nikah hari sabtu pas solat zohor..majlis persandingannya pula berlangsung pada hari ahadnya...kami bertolak dari Melaka dalam pukul 9.00 pagi..sebab mak aku nak ajak singgah di Nilai 3 dulu..nak beli barang kawin adik aku sikit2...so kami memulakan perjalanan kami ke Nilai 3...aku tak beli apa2 pun..Mak aku cuma beli barang kawin adik aku...So, layan jealah gambar kami sepanjang dua hari kami stay di Kuala Lumpur...

LAYANNNN....

Kami tibe di Nilai 3 dalam pukul 11 pagi..

sebelum tue, kami ke Keramat dulu sebab sedara aku semua kat sana...dia orang suruh datang sana dulu...sebab nak suruh tolong pegangkan dulang hantaran...masa nak pi ke Keramat punyalah jammed dekat Ampang tue...
nielah keadaan jalan yang sangat sesak...
masa nie aku da salinkan adriana baju sebab kami da menuju ke Masjid Kg. Baru...aku jea yang tak sempat nak tukar baju...




sesampainya kami di Masjid Kg. Baru...inilah gambar-gambar yang adik aku snap..banyak gambar tapi tak larat nak upload...



dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri...
inilah abg sepupu aku...Mohd Alfishahrin




upacara membatalkan air sembahyang

kami pegi ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera...

inilah pelamin di rumah pengantin perempuan


lepas majlis pernikahan kami ke tempat penginapan kami..da letih sangat2..petang tue jugak kami ke Jalan TAR...wah..bestnya..da lama aku tak sampai sana..boleh kata memborong jugaklah..tapi taklah tahap sakan..dapatlah jugak 5 helai kain pasang...tapi sehelai untuk kawan opis aku..ada kakak kat opis kirim...beli tudung...macam nak gi lagi jea sebelum raya..boleh beli baju raya kat sana...


~AHAD~
Nie ari ahad masa kami nak checkout..
adriana dengan nenek...

Majlis persandingan diadakan di Dewan UTM Jalan Semarak..
kami sampai awal..menunggu kedatangan pengantin...sebab sedara-mara yang lain tido di Keramat...Jom Layan gambar kami sepanjang majlis berlangsung...






nie masa da nak balik...adriana+atok+nenek
sebelum balik aku ajak asben singgah lagi Jalan TAR...
macam tak puas jea beli barang..pi beli lagi barang


Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Melaka adalah ke PUtrajaya...
sebab aku nak berjumpa dengan Jue..Jue ada kirim aku belikan Rice Dispenser Tupperware Brand...so da janji da jumpa di Putrajaya


adriana sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuknya...

kami ke ALAMANDA...
da tak banyak snap gambar..sebab da kepenatan...gambar dengan Jue pun tak amik..terlupa ek kita nak amik gambar kan Jue??rasanya da dua kali kite jumpa tapi tak bergambar pun..pas nie jumpa kena amik gambar...


Kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 10.30 malam..memang sangat menyeronokkan jalan ramai2..yelah family aku tak ramai..tapi bile jalan ramai-ramai memang best...
isninnya aku cuti sebab kepenatan mendukung adriana..macam aku yang drive pulak sebab asben aku tak cuti...

Note:Best kalau dapat bercuti bersama family