Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Selamat pagi. Kembali dengan entri pertama hari ini. Gigih malam tadi telan latte farm fresh untuk mendapat kesegaran mata. Terpaksa telan sebab banyak benda yang menunggu untuk disiapkan. Blog ni memang banyak cerita-cerita tertangguh. Nak siapkan cerpen, mana mss yang tertangguh. Ah, banyak sekali perkara yang tertangguh. Kadang termengeluh. Bilalah semuanya dapat disiapkan. Kadang dah susun elok-elok satu-persatu benda yang mahu disiapkan. Tetapi adakalanya tersasar juga. Haha.
Manusia hanya mampu merancang. Kan? Begitulah juga perancangan yang kita buat kalau bukan izin daripadaNya, memang tak jadi. Cuma berdoa agar semuanya berjalan lancar walaupun ada masa-masanya stres sendiri sebab semua benda macam nak hadap.
Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, aku nak buka cerita sehari sebelum menyambut Syawal. Bila tangguh lagi lama, memang momentum untuk kau bercerita akan semakin mengendur. Perlahan-lahanlah kita mengarang ye.
Tahun ni, petang memantai, family aku ada kat rumah aku. Kiranya rumah mak aku tutup. Aku saja ajak mak ayah aku petang raya kat rumah aku untuk tukar angin. Rumah mak dengan rumah aku tidaklah jauh mana. Malam raya mak aku tidur rumah aku. Boleh pulak mak aku nangis masa balik rumah dia kejap ambil barang dan balik rumah aku semula. Katanya sedih sebab pertama kali beraya kat tempat lain.
Alahai mak. Macam jauh benarnya. Esoknya dah balik rumah dia. Mak ayah aku memang perangai datang rumah aku tak duduk lama. Datang kejap kemudian nak balik. Mak aku kira okeylah sebab nak jugak dia tidur semalam. Malam kedua memang dia mintak hantar balik rumah. Kalau ayah aku jangan haraplah. Kau pujuklah macam mana pun tak adalah dia naknya.
Pagi-pagi tu kita orang dah siapkan ketupat untuk direbus. Memang sibuk gila hari tu. Aku anak pompuan tunggal. Anak sulung. Jadi memang tugasan itu memberat.
Kata mak, aku kemas rumah tak habis-habis. Entah apa yang dikemas tak siap-siap. Haha. Siap keluar pergi Aeon beli aalas kaki dan bantal.
Petang pula, aku sambung masak kuah kacang.
Kurma kambing.
Rendang daging.
Paru goreng. Sedap. Laki aku yang goreng. Garing.
Bila berbuka puasa ramai-ramai, kenalah makan di bawah.
Keluarga sebelah aku kecil aje. Adik-beradik berdua aje.
Lepas dengan pengumuman raya, anak-anak bermain bunga api. Aku sambung buat kerja lagi. Ni pun gambar ni aje yang sempat diambil. Lainnya dah terlupa. Raya tahun ni tidaklah terasa huru-hara sangat sebab aku tidak terkejar ke sana-sini. Tahun lepas raya paling hectic. Mana yang paip bocor. Air tak ada. Masa tu tengah masak nasi tomato. Boleh bayangkan tahap kestresan aku? Hehe. Kenangan semuanya. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Sunday, July 16, 2017
Thursday, July 13, 2017
Cerpen Khilaf Di Utusan Malaysia
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Selamat pagi. Kembali bekerja dengan semangat dan aura yang positif. Tugas hakiki masih lagi berjalan seperti biasa. Mudah-mudahan aura positifnya membawa sampai ke petang. Kejap dah hari khamis. InsyaAllah, hari ini aku berpuasa. Masuk hari ketiga. Mudah-mudahan tidak ada yang melunturkan semangat.
Nak tulis entri raya, gambar belum habis pilih dan transfer. Kalau dah banyak sangat gambarnya dan kameranya memang jenuh nak memilih. Gambar dalam telefon bimbit aku, mana dalam telefon suami, DSLR lagi. Memang ambil masa nak membelek. Sudahlah sekarang ni, masa amat mencemburui aku. Banyak benda yang perlu aku kejarkan.
Entri ini, sekali lagi mahu berkongsi kegembiraan tentang penulisan. Bagi penulis baharu merangkap penulis picisan, bila cerpennya tersiar perasaan teruja itu diibaratkan macam nak lompat bintang atau terbang ke awan. Begitulah perasaan yang dirasakan.
Bukan senang nak menulis sebenarnya. Nak dapatkan sebuah cerpen, adakalanya berhari juga nak habiskan. Bila momentumnya menghilang, adakalanya berminggu atau berbulan diperamkan. Haha. Jangan ikut perangai aku yang sebegitu.
Cerpen bertajuk Khilaf, adalah cerpen kedua aku yang tersiar di Utusan Malaysia. Dua minggu berturut-turut tersiar cerpen aku. Bulan Jun begitu manis untuk aku selain menyambut ulangtahun kelahiran aku pada bulan yang sama.

Sekurang-kurangnya aku dapat momentum menulis dari sini. Masih lagi menulis. Kadang tulis blog, kadang beralih ke cerpen. Ikut mood. Cuma sekarang berharap angin monsun tiup balik mood aku yang sudah ke laut. Moga target aku untuk tahun ini tercapai. InsyaAllah. Ini semua hasil sokongan teman-teman Geng TSJD aku. Mereka sangat membantu dan memberi sandaran bila salah seorang daripada kami dihimpit rasa kecewa atau yang berputus asa.
Nanti aku kongsikan cerpen sepenuhnya di sini buat tatapan pembaca-pembaca blog aku. Semoga momentum itu terus ada. Doakan untuk aku agar terus menulis ye kawan-kawan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Wednesday, July 12, 2017
Puisi Sahabat Datang Dan Pergi
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Semalam ketika aku sendiri di pejabat, aku titipkan puisi ini. Entah kenapa aku tulis sambil menyeka air mata. Sedih datang menerpa. Maka terciptalah hasil puisi yang tidak seberapa ini. Mungkin kerinduan yang menyelinap dalam diri membuatkan aku sebegitu.
Sebenarnya, rindu dengan kawan-kawan. Rindu pada kawan-kawan yang jauh mahu pun yang dekat. Namun semuanya sudah berubah. Ada yang sudah jauh dengan komitmen sendiri. Tapi ada juga sahabat yang walaupun jauh terasa dia dekat di hati.
Marilah hayati puisi ini.
SAHABAT DATANG DAN PERGI
Sahabat
Masa mengubah segalanya
Antara kita
Sudah ada jurang di antaranya
Hati kecil dapat merasa
Kita tidak lagi berkongsi hal yang sama.
Dulunya kita sering bersama
Ke mana-mana
Tidak kira masa
Betapa akrabnya kita
Namun itu hanya sebuah cerita lama.
Kini kita jauh berbeza
Jarak memisahkan kita
Tiada lagi bercanda tawa
Apa lagi berkongsi cerita
Sahabat
Hati ini cuma memendam rasa
Bila rindu datang menerpa
Hanya kenangan yang cuma ada
Biar rindu tidak terus menyala-nyala
Berpijaklah di bumi yang nyata
Manusia seringkali terlupa
Janji yang pernah dikota
Hingga ada hati yang terluka
Bila rindu menggangu jiwa
Sandarkan pada kenangan kita
Hanya mampu berdoa
Supaya tidak terus kecewa.
Fyda Adim
Melaka Bandaraya Bersejarah
12/07/2017

Sumber Google
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Bila Terganggunya Emosi
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Selamat petang semua. Momentum menulis ke laut. Tunggu angin monsun tiup. Jenuh menunggu. Hari ini aku emergency leave. Tak sihat. Badan sakit-sakit macam nak demam. Ditambah dengan emosi yang juga tidak sihat. Jauhkan. Aku tak suka bila berperang dengan perasaan sendiri yang sebegini rupa.
Beberapa kali cuba memujuk diri. Abaikan. Biarkan. Memujuk diri sendiri adakalanya tidak mudah. Allahu. Sejak semalam emosi ini datang menghantui diri. Mendengar apa yang disampaikan, melihat apa yang tidak sepatutnya memang perkara yang menyakitkan.
Perangai aku kalau down memang aku suka menyendiri. Hibernasi kaedahnya. Adakalanya perlu melarikan diri daripada suasana yang tidak memberangsangkan mood kita. Persekitaran yang negatif akan mendatangkan kesan pada diri kita. Elok dibawa diri ini dulu.
Tipulah kalau cakap hati ini tidak sedih. Namun aku cuba menyembunyikan. Bila ditanya hanya jawab tak ada apa. Tak perlu nak panjangkan cerita. Biar sendiri yang simpan. Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang, jadi biar kita saja yang menjaga mulut kita. Agar tidak berbicara sesuka hati hingga melukakan hati orang.
Adakalanya, kita mengundur dan menjauhkan diri bersebab. Walaupun bila tindak-tanduk itu akan dilihat seolah-olah kita yang bersalah. Semalam ada seseorang menasihatkan aku, hati manusia mudah berubah. Kenapa kita perlu bersedih sebab dia? Kawan datang dan pergi. Hati manusia berbolak-balik. Sepanjang malam aku cuba menghadamkan segala kata-kata itu.
Bila bersedih tataplah gambar kesayangan anda. Gambar ini bersama anak buah aku. Salah seorang anak buah kesayangan. Bakal menjadi mama tidak lama lagi. Tunggu masa saja sekarang ni. Dah banyak benda merepek aku tulis kat sini. Tiba-tiba beremosi. Jangan sedih-sedih. Kita buat apa yang kita suka, sibukkan diri jadi kita takkan sempat fikir masalah pun.
Pakcik WP, suka sangat saya baca komen pakcik. Pada kawan-kawan blog, maaf belum sempat menerjah blog kalian. Akan diterjah dan meninggalkan jejak. Kekangan masa dengan tugas hakiki dan juga menyiapkan beberapa projek yang sedang menunggu giliran.
Doakan urusan saya dipermudahkan ya rakan-rakan alam maya. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan. Amin. Hilangkan rasa sedih yang membelenggu diri. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Hai semua.
Selamat petang semua. Momentum menulis ke laut. Tunggu angin monsun tiup. Jenuh menunggu. Hari ini aku emergency leave. Tak sihat. Badan sakit-sakit macam nak demam. Ditambah dengan emosi yang juga tidak sihat. Jauhkan. Aku tak suka bila berperang dengan perasaan sendiri yang sebegini rupa.
Beberapa kali cuba memujuk diri. Abaikan. Biarkan. Memujuk diri sendiri adakalanya tidak mudah. Allahu. Sejak semalam emosi ini datang menghantui diri. Mendengar apa yang disampaikan, melihat apa yang tidak sepatutnya memang perkara yang menyakitkan.
Perangai aku kalau down memang aku suka menyendiri. Hibernasi kaedahnya. Adakalanya perlu melarikan diri daripada suasana yang tidak memberangsangkan mood kita. Persekitaran yang negatif akan mendatangkan kesan pada diri kita. Elok dibawa diri ini dulu.
Tipulah kalau cakap hati ini tidak sedih. Namun aku cuba menyembunyikan. Bila ditanya hanya jawab tak ada apa. Tak perlu nak panjangkan cerita. Biar sendiri yang simpan. Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang, jadi biar kita saja yang menjaga mulut kita. Agar tidak berbicara sesuka hati hingga melukakan hati orang.
Adakalanya, kita mengundur dan menjauhkan diri bersebab. Walaupun bila tindak-tanduk itu akan dilihat seolah-olah kita yang bersalah. Semalam ada seseorang menasihatkan aku, hati manusia mudah berubah. Kenapa kita perlu bersedih sebab dia? Kawan datang dan pergi. Hati manusia berbolak-balik. Sepanjang malam aku cuba menghadamkan segala kata-kata itu.

Pakcik WP, suka sangat saya baca komen pakcik. Pada kawan-kawan blog, maaf belum sempat menerjah blog kalian. Akan diterjah dan meninggalkan jejak. Kekangan masa dengan tugas hakiki dan juga menyiapkan beberapa projek yang sedang menunggu giliran.
Doakan urusan saya dipermudahkan ya rakan-rakan alam maya. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan. Amin. Hilangkan rasa sedih yang membelenggu diri. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Wednesday, July 5, 2017
Seminggu Sebelum Raya
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Kembali lagi di sini mencari ruang-ruang untuk menitipkan sesuatu di sini. Masa amat mencemburui aku. Keterbatasan waktu membataskan aku untuk terus menulis di sini. Ada perkara lain yang perlu aku siapkan. Masih mengisahkan perihal menulis. Tak lari mana pun.
Cumanya, rindu jugak dengan blog. Blog inilah permulaan semuanya. Di sinilah aku mula menulis. Baiklah, seminggu sebelum raya memang diri lagi sibuk. Aku anak perempuan tunggal. Ditambah hari biasa aku ibu tinggal. Ada ke istilah itu? Jadi bila ketiadaan suami di sisi haruslah aku yang memikul tanggung dan jawab.
Begitulah lebih kurang kesibukan aku yang sempat dikenang seminggu sebelum raya. Tinggal kenangan dalam ingatan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Tuesday, July 4, 2017
Salam Syawal
Assalamualaikum dan Salam Syawal. Bismillah.
Hai semua.
Hari ini baru berkesempatan mahu menulis di blog ini. Masih di bulan Syawal dan masih tidak terlambat untuk aku ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Tak perasan sudah masuk bulan Julai. Maknanya ini entri pertama untuk bulan baru. Dua hari sebelum Syawal, aku pulun menulis entri-entri.
Kemudian terus menyepi dek kerana keterbatasan masa untuk menulis. Sibuk nak kejar penghujung Ramadan walhal masih terkejar hal dunia. Dalam pada yang sama cuba juga mengejar hal akhirat. Semoga ibadah kita diterima. Semoga masih ada ruang dan pelung untuk kita berjumpa Ramadan lagi. Walluallam.
Sehari sebelum Syawal, aku terima berita gembira. Cerpen aku tersiar lagi. Nanti akan aku kongsikan di sini. Semoga dapat mengekalkan momentum untuk terus menulis. Semuanya hanya pinjaman. Semoga pinjaman ini dapat dipinjamkan lagi.
Aku letak sekeping dulu gambar kami sekeluarga. Ini gambar di pagi raya semasa di rumah mak. Gambar lain akan menyusul nanti.
Ini sekadar memanaskan diri dan untuk mendapatkan momentum untuk kembali menulis.
Akhir kata, aku menyusun sepuluh jari andai ada penulisan aku yang mengguris hati mahu pun membuatkan terasa hati. Ampun maaf dipinta. Adakalanya menulis dari hati hingga membuatkan tidak perasan atas keterlanjuran kata. Maaf zahir dan batin. Terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan untuk aku terus menulis. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Subscribe to:
Posts (Atom)