Sunday, January 10, 2016

Sabtu Di Batu Pahat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Enti kedua untuk hari ini. Tengah rajin baiklah aku tulis entri auto published. Senang kan. Sekurang-kurangnya aku tak biarkan blog ini tidak dikemaskini. Blogger tegar katakan. Tegarlah sangat. Terpaksa buat sheduled entri sebabnya aku tak ada masa nak mengadap blog setiap masa. Ada projek lain yang perlu aku selesaikan dalam tempoh beberapa bulan ini. Tak terkejar rasanya tapi dek kerana minat apa je mesti kita buat jugakkan.

Semalam, dalam jam 10.00 pagi kami empat beranak bertolak ke Batu Pahat. Asben ajak pergi kenduri kawin di sana. Dekat kuarters dia tinggal. Tak sedap pulak katanya tak pergi. Lagi pun bolehlah aku dan anak-anak tengok tempat tinggal dan tempat kerjanya. Sepanjang tiga bulan lebih dia di sana, aku belum pernah menjejakkan kaki ke Batu Pahat.

 Kami sampai dalam jam 12.00 tengahari.

 Ini pinggan aku yang sudah berisi dengan nasi dan lauk-pauk.

 Pelamin sekarang memang style gini kan. Cantik.

Ini kawasan perumahan kastam.

Persekitaran kuarters. Ini bahagian depan kuarters asben aku.

Kemudian kita orang ke pejabat asben.

Dari Batu Pahat, kami singgah Muar. Macam biasalah singgah Muar sebab nak beli mee bandung untuk di bawa balik. Beli lebih untuk mak ayah aku. Dalam jam 5.00 petang kita orang sampai rumah mak. Lepak kejap rumah mak kemudian kita orang balik rumah. Banyak kerja tengah menunggu kat rumah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Kembali Berhujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

10.1.2016

Selamat pagi semua. Ahad kembali lagi. Barulah berkesempatan mahu menulis di blog ini. Kekangan masa makin menjadi-jadi dengan penambahan kerja. Sedang menguruskan sesuatu projek baru untuk tahun ini. Moga dipermudahkan segala urusanku dan dilancarkan segalanya.

Rutin aku kembali seperti sediakala. Tak best! Roomate sudah kembali bekerja setelah seminggu berlibur. Aku kembali berdikari menguruskan anak-anak. Jadi marilah isi ruang-ruang kosong itu dengan pelbagai aktiviti. Hari ini macam-macam kerja sebenarnya yang sedang menunggu. Mahu sambung menulis, mahu melipat kain baju yang menimbun, mahu vakum rumah, mahu mop rumah, mahu gosok baju sekolah dan baju kerja aku. Macam-macam yang mahu aku lakukan dengan tulang empat kerat ini.

Pagi-pagi ini menulis adalah masa yang sangat sesuai. Otak tengah segar belum lagi berserabut. Belum kacau-bilau. Hehehe...Kena pandai bahagikan masa walaupun kadangkala tersasar, Kerja yang paling tak suka adalah melipat kain baju. Itu kena cari feel betul-betul. Tengah serba-salah sebab berbakul-bakul baju tak lipat. Kadang aku jeling, kadang buat-buat tak nampak. Ahakkkssss...Bibik!!!!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Friday, January 8, 2016

Hari Pertama Persekolahan 2016

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

8.1.2016

Sesi persekolahan bagi 2016 telah pun masuk hari kelima. Anak-anak sudah selamat melangkah ke sekolah masing-masing. Aku dan suami ambil cuti. Anak-anak kan. Aku cuti selama dua hari manakala suami pula cuti seminggu ye. Dia memang dah lama tak ambil cuti. Pekerja dedikasi tu. Aku memang dah lama terkeluar dari istilah dedikasi tu. Uhukkkk...

Jadi hari pertama anak-anak memulakan sekolah, kami dalam emosi yang terkawal. Tak kelam-kabut, sebab mak tak payah nak kejar punch card. Santailah kiranya. Tunggulah minggu depan bila aku sorang yang menguruskan mereka. Mak ko ijau! Hahaha...

Kakak sudah melangkah ke darjah 2 adik pula ke tadika 5 tahun. Kejap aje besar anak-anak mama. Mama rasa diri sudah semakin tua.

Awal pagi kenderaan sudah berdedai-dedai di atas jalan raya. Bermulalah episod kesesakan lalu lintas.

Mamat ni punya bersemangat. Tak sabar-sabar nak ke sekolah. Bangun pagi tu asyik dok bertanya bila nak pergi sekolah. Hari pertama aje yang dia elok, rupanya hari kedua dia buat hal. Sebabnya hari pertama daftar, bayar yuran dan kemudian boleh balik.

Aku tinjau pula kat dewan. Nampaklah si kakak sudah berada di dalam barisannya. Kakak sudah pandai bawa diri.

Yuran untuk Tadika Keh Seng. Apak menggigil mahu bayar. Lepas selesai semuanya boleh balik. Jadi Ammar macam frustlah. Mungkin dia dah set dalam mind kan. Tak apa, nanti tengok aksi hari keduanya.

Kemudian kami bertiga pergi sarapan di Pulau Kelapa. Aku makan nasi ayam, suami makan mee kari dan Ammar pula nak kuih aje.

Usai makan, kita orang pergi hunting. Hehehe...Hunting basikal. Letih dibuatnya. Hari pertama tak dapat lagi apa yang kami mahukan.

Tengahari makan nasi ayam berempah dekat sebelah pejabat pos. Kemudian jemput adriana. Settlekan urusan adriana hari tu. Hantar adriana tuisyen dan mengaji.

Makan malam pula kami singgah di Aeon Ayer Keroh. balik dah lambat, memang tak sempat nak memasak. Makanya kita makan luar ajelah. Aku pulak sekarang tengah kemaruk dengan teppanyaki. Makanya malam tu berteppanyakilah gamaknya. Itu ajelah kisahnya untuk hari pertama sekolah. Menyusul lagi entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Thursday, January 7, 2016

AUSTRALIA'S SOUVENIRS GIVEAWAY BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

7.1.2016

Setelah sekian lama juga tidak join mana-mana contest di blog. Kekangan masa yang melampau-lampau membataskan segalanya. Tapi oleh sebab aku terima tag dari rakan blogger Aida maka aku gigihkan juga diri ini untuk melakukan tugasan daripada dia. Tq Aida!

Lagi pun mudja syarat penyertaannya yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk entri ini. Maka dengan ini aku sudah laksanakan. Moga ada rezeki untuk dapat souvenirs dari Australia.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :


  1. Follow blog SITI YANG MENAIP & SALBIAH M
  2. Buat satu entri bertajuk 'Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM'.
  3. Tampal banner pernyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
  4. Tag seorang rakan blogger.
  5. Publish entri dan JANGAN LUPA untuk tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.
  6. Selesai.

1 / 1 /  2016 - 8 / 1 / 2016







Wednesday, January 6, 2016

Hari Pertama Bekerja

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

6.1.2016

Hari ini, Pertama kali melangkah ke pejabat untuk tahun baru ini. Melangkah dengan penuh semangat. Kekononnya. Itu semangat baru keluar pintu rumah pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di muka pintu pejabat semangat itu pun bertebaran pergi. Aduhai rasanya perlu mencari suasana baru pula memandangkan tahun ini masuk tahun kesepuluh aku di sini.

Hari ini bawa bekal pagi dan tengahari. Jadi tak perlulah aku keluar kan. Dari pagi tadi menyiapkan kerja-kerja di atas meja. Cuti dua hari menimbun kerjanya. Dengan yang macam-macam arahan sampai tak tahu yang mana satu mahu dihadamkan dulu. Tapi dek kerana tidak mahu mengulangi peristiwa tempoh hari aku telan jugak.

Itu sahaja dulu entri untuk hari ini. Nanti aku ceritakan kisah hari pertama anak-anak memulakan persekolahan mereka. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Sunday, January 3, 2016

Hello 2016!

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.  Bismillah...

3.1.2016

Selamat pagi buat semua pembaca blog ini. 2016 telah membuka tirainya. Hari ini sudah masuk hari ketiga kita melangkah ke tahun baru. Selamat tahun baru untuk semua.

Permulaan untuk kita menelusuri tahun 2016 pula. 2015 sudah pun meninggalkan dengan segala rasa. Semoga tahun ini akan memberi sinar. Biarlah menanti dengan sejuta harapan. Biarlah datang dengan azam baru dan semangat yang baru.

Melangkah sahaja ke tahun baru, makanya umur pun bertambah lagi. Semakin menginjak tua. Kalau diikutkan tahunnya, tahun ini aku double 3. Uhukkkkk...Batuk tersedak. Itu hanya sekadar angka. Hahaha...

Azam tahun baru untuk diri sendiri, mahu belajar tuang minyak kereta sendiri. Hahaha...Moga berjayalah. Selalu semangatnya ada tapi bila sampai masa mulalah datang imaginasi yang bukan-bukan. Ini kes pernah mimpi stesen mintak meletup. Penangannya sampai ke hari ini.

Esok bermulalah kembali rutin harian hakiki. Kembali ke pangkal jalan. Mari bertugas semula setelah dua bulan bercuti. Kembali dengan pagi-pagi yang kelam-kabut. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan aku serta anak-anak.

Semoga tahun 2016 memberi kita kebahagiaan, ketenangan, kesenangan, kesejahteraa, kemudahan, kelapangan, ketabahan, kekuatan serta kejayaan. Segala episod duka dan lara jadikan kenangan dan iktibar. Semoga kita sukses selalu. Itu sahaja entri pertama untuk tahun baru ini. Akan menyusul entri-entri lain. Sekian dan wassalam...

Salam pena,