Tuesday, September 2, 2014

~Kami Pada Hari Merdeka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & Kamera

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Sudah selesai perhimpunan bulanan yang berlangsung pagi tadi. Pengalaman baru buat diriku memandangkan pertama kali diberi peluang mengendalikan tugasan sebegini. Okeylah tidak mahu berceritakan kisah perhimpunan tadi. Nanti di lain entri ye akan diceritakan.

Ahad lepas sempena hari merdeka aku berpeluang untuk membawa anak-anak aku untuk melihat perbarisan kemerdekaan. Tahun lepas dia orang tidak berkesempatan untuk melihat sebab aku menyertai perbarisan. Asben pun tak ada di Melaka masa itu. Jadi tahun ini dapatlah bawak Adriana dan Ammar. Tahun ini aku tidak menyertai perbarisan yang pada awalnya memang aku nak serta tapi sebab ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan maka aku membatalkan hasrat itu. Walaupun aku mendengar spekulasi tentang itu tapi biarlah. Ingatkan dalam masa kita sudah menyambut merdeka 57 tahun ini manusia akan turut merdeka tetapi sangkaanku meleset bilamana aku dengar mereka memikirkan sesuatu yang bukan benda sebenarnya. Fikiran mereka masih belum merdeka rupanya.

Perbarisan sudah bermula. Masa itu aku, asben dan anak-anak sedang bersarapan di kedai mamak.

Ini kontijen Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tahun ni aku tak dapat menyertai.

Ini daripada salah sebuah jabatan di Alor Gajah.

Ini daripada AKMAL. Kalau tak silap.

Ini pula Kontijen JPAM.

Ini pula kontijen Jabatan Kastam.

Ini sudah lupa dari kontijen mana. Banyak sebenarnya asben snap gambar-gambar. tak larat nak upload. Tak perlulah.

Budak berdua ini sudah merengek kepanasan dan kepenatan akibat berdiri. Akhirnya mama kena jadi badang dukung si anak teruna.

Ini sudah selesai perbarisan, menyusuri Sungai Melaka menikmati permandangan indah.

Balik kemudian masak tengahari pula. Itu pun tidur dulu lepas zohor baru bangun masak. Kepenatannya mengalahkan orang yang berbaris. Aku masak patin masak lemak cili padi, sayur campur.

Petang tu, anak-anak diisikan dengan aktiviti mandi kolam di porch rumah. Hehehe...Sudah lama tidak mandi kolam jadi hari itu bagi peluang kat dia orang. Itu sahaja kisahnya. Nanti entri lain pula ye. Bersambung. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                       

~Resepi Pizza Roti~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam pagi selasa. Hari ini sudah mula bekerja. Kembali kepada rutin harian seperti biasa. Pagi ini aku terus ke Seri Negeri menjadi urusetia untuk perhimpunan bulanan pagi ini. Selesai mungkin dalam pukul 1100 pagi. Mungkinlah sebab aku tidak pernah lagi menjadi urusetia. Tugasan pagi ini menjadi urusetia pendaftaran. Nantilah aku kongsikan pengalaman pertama menjadi urusetia.

Entri pagi ini aku mahu berkongsi resepi. Jumaat lepas aku cuba buat pizza roti. Pizza menggunakan roti gardenia. Memandangkan abang jebat nak makan ala-ala western untuk makan malam, aku buat keputusan untuk masak pizza. Sekali dapat idea bila mana aku pernah ternampak dekat laman sosial mukabuku, ada seseorang yang berkongsi resepi pizza roti ini. Tengok stok roti pun masih banyak. Apa lagi aku mulakan projek membuat pizza. Mudah dan cepat! Mari tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahannya :-
Roti Gardenia - ikut pada saiz loyang
Sos pasta
Daging kisar - masak seketika bersama lada sulah dan oregano
Sosej - direbus terlebih dahulu
Sayur campur
Lof Daging Ayam
Jejari ketam
Keju mozarela
Chesdale
Parmesan
Mayonaise

Cara-cara membuatnya :


Sapu loyang dengan mentega. Kemudian susun kepingan roti menutupi permukaan loyang. Sapukan roti dengan sos pasta.

Kemudian letakkan bahan-bahannya seperti daging kisar, sosej,  lof daging ayam, sayur campur dan jejari ketam. Selepas itu koyakkan kepingan keju chesdale dan letakkan atas permukaan pizza. Kemudian taburkan mozarella dan parmesan. Tabur ikut banyak mana korang suka. Lagi banyak lagi sedap. Kemudian letakkan mayonaise di atas pizza. Selesai meletakkan segalanya, bolehlah dibakarnya dengan suhu 150 darjah celcius selama 5-10 minit atau sehingga keju cair.

Inilah rupa pizza roti setelah siap dibakar. Semerbak baunya. Sedap dinikmati ketika ia masih panas. Kami makan empat beranak sehingga licin. Selamat mencuba pada sesiapa yang belum mencubanya. Memang disarankan korang mencubanya. Boleh dijadikan sebagai sarapan mahupun makan malam. Mudah, ringkas dan cepat. Selamat mencuba! Sekian dan wasssalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                   


Monday, September 1, 2014

~Sabtu Dengan Pelbagai Program~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Selamat petang semua. Hari ini tidak kemana-mana. Bersantai-santai sahaja di rumah. Kerja rumah ada sahaja yang tidak habis buat. Seperti biasa hari ini melakukan kerja rumah seperti memasak, melipat baju. Adalah saki-baki kerja yang tidak dapat dilakukan dua hari lepas. Nasiblah hari ini cuti. Bolehlah selesaikan kerja yang bertangguh.


Hari sabtu memang seharian penuh jadual aku dan asben. Padat! Bangun pagi aku sudah siapkan sarapan. Pagi itu masak cekodok sahaja sebab tengahari nak ke kenduri kahwin. Kemudian sebelah petang nak balik rumah mak mertua. Jadi memang masak yang paling simple untuk mengisi perut pagi itu.



Sementara aku siapkan sarapan, abang jebat aku mesin rumput.

Kemudian sambil siapkan sarapan, aku siapkan cheesetart untuk adik ipar. Ikutkan malas tapi sudah ditempah kenalah siapkan dengan sepenuh hati. Sekarang kena banyak ikut mood. Kadang letih itu yang malas nak terima tempahan.


Selesai semuanya, dalam pukul 1.00 tengahari kami ke kenduri kahwin di Duyong.

 Adriana yang beratur untuk ambil makanan.


Banner pengantin di luar rumah yang sempat aku snap gambarnya. Kemudian balik rumah bersiap untuk balik ke rumah mak mertua pula. Lepak di rumah mak mertua hingga ke malam. Mengikut perancangan balik dari rumah mak mertua nak ke bandar tapi dibatalkan sebab masing-masing sudah mengantuk. Itu sahaja kisah sabtu yang banyak program mengisi hari kami. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                                       


~Raptai Perhimpunan Bulanan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Selamat petang. Entri ketiga untuk hari ini memandangkan malam tadi berjaga untuk menulis entri-entri yang akan muncul akan-akan datang. Dapatlah ditaip beberapa entri malam tadi. Jadi entri yang keluar semuanya autopublished ye. Hari jumaat sebelah petang aku ke Seri Negeri untuk sesi raptai perhimpunan bulanan yang akan diadakan keesokkan hari.


Perhimpunan bulanan kali ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka menjadi tuan rumah. Jadi jabatan kena uruskan pelbagai perkara dari urusan pendaftaran, goodies, koir dan bermacam-macam. Aku dilantik menjadi urusetia pendaftaran. Okeylah kan. Nak masuk koir memang tidaklah. Jangan bermimpi di siang hari. Huhuhu...



Suasana di dalam dewan yang bakal menjadi tempat perhimpunan bulanan esok.


Mereka sedang berlatih koir. Guna telefon cikai gambar kabur.


Waktu ini aku sedang mengisi barang-barang dalam beg goodies. Ada air mineral, buku nota, aturcara majlis dan pamplet. Itu sahajalah. Goodies yang disediakan sebanyak 1000 beg. Bila sudah diisi beg-beg itu terus diletakkan di kerusi-kerusi yang sudah disusun. Dalam 4.40 petang aku balik. Tak boleh lambat sebab nak jemput Adriana di tuisyen. Tak sabar nak nantikan hari esok. Nanti aku ceritakan sepanjang majlis perhimpunan bulanan berlangsung. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                      


~Cerita Hari Rabu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari. Selamat tengahari isnin. Hari ini cuti sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada hari ahad. Syok tak syok kan kalau dapat cuti umum. Bagi yang bekerja memang heaven. Tersangatlah! Duduk rumah macam-macam kerja yang dibuatnya. Semalam dapatlah vakum dan mop satu rumah. Biasalah bila hari hujung minggu aku dah rupa bibik! Eh memang dalam keluarga pun aku dipanggil bibik oleh anak-anak buah.

Okey, berbalik kepada tajuk di atas. Aku nak menceritakan kisah rabu lepas. Aku cuti tanpa rekod sebab ada peperiksaan KPSL. Erm, peperiksaan untuk kenaikan pangkat. Harapan itu tidaklah setinggi mana cuma mahu mencari ruang menambah kemajuan dalam diri. Ada tiga kertas dalam peperiksaan tersebut.Dua kertas sudah lulus tinggal satu kertas lagi iaitu kertas undang-undang. Dah masuk tiga kali tak juga lulus. Apa ke payah benor! Tak cukup masa nak menyalin walhal aku sudah bersungguh-sungguh menulis. Fikir yang baik-baik. Belum rezeki aku untuk lulus.

Sehari sebelum sempat membelek buku-buku di atas. Belek je sambil tengok contoh soalan peperiksaan.

Hari itu juga, memandangkan peperiksaan aku sebelah petang aku kena jemput Adriana di sekolah. Kebetulan juga hari tu ayah aku masuk hospital sebab nak masuk kanta.

Si anak teruna ini yang menemani aku pagi itu di rumah dan menjemput kakaknya di sekolah. Tiba-tiba terfikir alangkah bagusnya kalau aku menjadi surirumah. Boleh urus anak-anak. Hari itu sebelum keluar jemput Adriana di sekolah aku sudah siap masak untuk tengahari. Hebat tak? Hahahaha...

Kemudian sebelah petang selepas selesai peperiksaan, kami ke Family Store untuk beli barang dapur. Baru gajikan jadi kenalah beli barang dapur yang sudah banyak habis.

Kemudian ke Giant pula sebab nak beli barang. Anak-anak singgah main benda alah ni. Adriana dengan pink tidak dapat dipisahkan. Itu sahaja cerita rabu yang pelbagai program mengisi seharian itu. Penat tak usah cakap tapi sudah menjadi rutin kehidupan. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,



~Selamat Datang September! Fasa Bulan Yang Tidak Menarik!~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi isnin. Selamat bercuti. Pagi ini tidak perlu rasa kelam-kabut atau acara lari di dalam rumah. Tenang sahaja. Esok baru dimulakan segalanya. Hari ini hari pertama bulan september. Selamat datang bulan kesembilan dalam tahun ini. Pejam celik kita sudah berada di bulan September.

Apa yang ada pada September? Pada aku tidak ada apa yang menarik. Aku telah memasuki fasa-fasa bulan yang tidak menarik bagiku. Bulan-bulan hebat yang meninggalkan kesan-kesan hebat dan mendalam padaku. Tidak mahu mengenangkannya tetapi sesekali perkara itu datang menerpa. Siapalah aku untuk menahan perkara itu daripada berlaku?Apakah itu? Biarlah menjadi rahsia.

Terkadang aku sedaya upaya untuk meloloskan diri daripada perkara itu daripada terus menyelubungi diri ini. Sesekali gagal! Namun kekuatan diri harus ada. Jika tidak ada pasti tidak ada ketenangan di dalam diri. Semuanya seakan tidak bersekongkol. Fasa bulan-bulan yang tidak aku sukai akan melangkaui ke beberapa bulan akan datang. Harap bertabahlah! Kebencian itu harus dipadamkan dengan sebuah kemaafan. Ya, kemaafan. Mampukah?

Aku Penulisnya,