Tuesday, April 2, 2013

~Holiday To Cameron Highlands - Part 2~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari!!Sedang menunggu kawan saya sedang menapaukan makanan untuk saya.  Tq fren!!Hari ni hari bermalas-malasan untuk keluar.  Tapi saya masih melaksanakan kerja-kerja saya walaupun dalam keadaan yang lemah gemalai.  Heee.  Mari bersambung dengan perjalanan percutian saya ke Cameron Highlands bersama suami, anak-anak saya yang begitu teruja serta mak ayah saya.  Walaupun pada mulanya mak menolak pelawaan saya tapi atas desakan saya, mak menurut juga.  Eh, kenapa tiba-tiba membahasakan diri SAYA?Confuse kejap aku. Heeee.  Confuse dengan diri sendiri.

Okey, aku paksa juga mak ikut sebab mak ayah aku tak pernah sampai Cameron.  Itu yang aku beria-ia nak bawak mereka. So untuk hari kedua kami di Cameron.  Cuacanya sangat sejuk.  Memang bestlah dapatlah hilangkan stress sekejap.

Hari kedua di Cameron iaitu hari rabu.  Seawal pagi kami dah keluar untuk bersarapan dan untuk berjalan-jalan sekitar Cameron.  Mari kita lihat gambar yang telah aku pilih-pilih.

Kita orang beli peta ni yang berharga RM4.  Senang skit.

Aku sarapan mee sup yang sangat sedap.  Hirup sup tak ingat.

Masing-masing sedang menikmati sarapan.

Tempat pertama kami.  Mesti bergambar dulu.

Inilah nama tempatnya Cameron Lavender.

Mama dan nana.

Aku bergambar dengan mak ayah serta anak-anak.  Mr apen jadi photoG.

Kami lagi disuruh bergambar.

Aksi dua beradik ni.

Barulah mr apen pun bergambar bersama anak-anak.

Cantik kan??Tenang je tengok bunga-bungaan ini.

Permandangan dari atas.  Nampak tak kereta comelku.

Peace!!!Memang trend kami bila bergambar.  Heee..

Sayur-sayuran yang menghijau.

Ammar dengan aksinya.

Ammar lagi.

Tempat kedua kami lawati adalah Bee Farm.

Belilah madu ni.  Sedap gak.

Ini luar Bee farm.

Kemudian kita orang ke Strawberry Farm.  Makan strawberry celup coklat.

Nampak ayah aku tengah tunggu mak aku mendaki tanggan.

Kemudian makan aiskrim dengan buah strawberry.

Sedang menikmati.

Kemudian kita orang ke Mardi.  Tengok adriana sudah memulakan posingnya.

Senyuman dari mereka.

Peace dari aku.  Kan aku sudah katakan itu sudah menjadi trend.

Suruh adriana buat-buat cium bunga sebenarnya.

Kemudian tengok mesin-mesin proses teh.

Itu memang style ammar bergambar.  Tak tahu mana dia belajar.  Heee

Kan dah kata style dia bergambar memang cam gitu.

Tiap kali memang gambar aku dengan anak-anak yang banyak.

Permandangan yang sangat indah.  Aku memang suka tapi yang tak suka perjalanan nak ke CH yang begitu mencabar untuk diriku.

Aku turun ke bawah.  Ayah aku dok atas je.  Mak aku lagiler dah siap cari meja.  Katanya pening tengok bawah.

 
Ini jealah satu-satunya gambar kami berempat.  Tetiba pulak aku teringan mulut mintak seseorang amikkan gambar kami.

Kita orang order teh masala.  Kek rasa sorang sikit sebab aku je yang makan.

Itu pun totalnya bukan main.  Heeeee

Order scone ni harganya RM12 satu set.

 Kat sinilah tempat kami minum petang.

Lepas dari minum petang kita orang terus balik apartment untuk berehat sebab malamnya kita orang nak ke pasar malam.  Kumpul tenaga.

Sebelah malam lepas maghrib terus ke pasar malam.  Mak dengan ammar tak ikut.  Memang tak digalakkan sebab aku risau kaki mak aku sakit.  Waduhhh!!!Sangat rambang mata.  Bermacam-macam benda.  Park kereta bukan main jauh.  Gigih memikul barang.

Ini adalah salah satu barang yang aku beli di pasar malam.  Ini untuk ammar.  Kakaknya yang pilih warna.  Nana punya warna pink.

Aku bawak jambu-jambu tu dari pasar malam sampai ke parking kereta yang jauh.  Memang jauh bebenor.  Sakit tangan aku tapi aku wanita yang kental!!!Heeee...

Okeylah, itulah perjalanan cerita aku di Cameron bersama family.  Last day entry akan menyusul nanti ye jika ada kerajinan dalam diri.  Ok bersambung nanti.  Mahu makan sebab makanan yang dikirim sudah sampai.







                                                                                                                    

Monday, April 1, 2013

~Nak Mintak Tolong Korang Download-eBook Competition 2013~


Assalamualaikum....

Selamat tengahari korang!!!Dah lunch belum??Aku mestilah dah lunch.  Mana boleh makan lewat dari waktu yang sepatutnya.  Nanti menggigil satu badan.  Heeee.  Selalu over!!Alhamdulillah kenyang untuk tengahari ini.

Okeylah, nak cerita serba sedikit mengenai eBook Competition ni.  Ini sebenarnya adalah sesuatu yang tidak dijangka.  Saat-saat akhir aku join competition ni atas semangat dari seorang kawan aku masa darjah 1 kemudian aku ceritakan pada seorang sahabat mengenai competition dan dia yang memberi semangat untuk join competition ini.  Akhirnya aku dan sahabatku hantar juga manuskrip kami setelah berminggu-minggu berhempas pulas menyiapkan manuskrip itu.  Tak pernah-pernah bersemangat waja sebegini rupa.  Bak kata sahabat aku hantar je.  Kalah belakang cerita.  Ermmm,  okey!!Aku kuatkan semangat juga untuk menulis hingga ke penghujung.

Dan alhamdulillah, ebook yang aku pertaruhkan bertajuk Dia, Pilihan Hatiku telah tercalon sebagai finalis pertandingan eBook 2013 yang dianjurkan oleh Maxis ebuuk dan juga e-Sentral.  Aku saja mencuba untuk menulis dan tidak semua apa yang aku tulis itu akan disukai oleh orang lain.  Itu hanya khayalanku.  Apa yang aku tulis datang dari imaginasiku. :D  Pada mulanya memang segan nak war-warkan di sini atau di mana-mana tapi memandangkan eBook Competition ini, pemenangnya berdasarkan download tertinggi maka aku terpaksa menebalkan mukaku berbelas-belas inci untuk meminta jasa baik kalian untuk download eBook aku.  Jikalau korang punya kelapangan dan kesudian bacalah eBook percuma khas daripadaku.  Tapi jika tak download mungkin korang sibuk.  Aku faham.  Tapi diingatkan tiada paksaan.  Kalau download pun aku sangat-sangat berterima kasih kerana korang sudi menyokong aku.

Oleh itu, untuk readers yang datang singgah di blog aku ini secara sengaja ataupun tidak sengaja nak mintak jasa baik korang untuk download eBook aku di SINI.  Oh ye, ebook ini boleh didownload sehingga 25 April 2013 ini.  Download adalah secara PERCUMA!!Jangan risau ye.

Inilah tajuk ebook yang aku tulis.  Dia, Pilihan Hatiku.  Semoga dipermudahkan olehNya.  Amin.

Dan di sini aku tunjukkan sedikit langkah-langkah untuk mendaftar di e-Sentral.  Sangat mudah!!Korang gunakan Mozilla atau Chrome.

Langkah Pertama.

Korang ke laman web e-Sentral.  Tekan SINI.  Kemudian korang register dekat aku tandakan petak warna merah tu.

Langkag Kedua

Selepas tekan Register, akan terpapar kotak ini.  Korang isikan segala maklumat dan bila selesai tekan register itu.

Langkah Ketiga

Selesai register, baru korang boleh login.  Tekan login tu dan korang masukkan username dan password korang.  Then baru login.

Langkah Keempat

Korang akan berada di portal e-Sentral.  Klik more pada petak merah tu.

Dan inilah senarai finalis bagi pertandingan eBook 2013.  Cari eBook aku yang bertajuk Dia, Pilihan Hatiku yang aku tandakan petak merah tu.  Kemudian klik Add To Library.

Bila sudah klik Add To Library, akan tertera seperti ini.  So korang tekan Reader yang aku tandakan petak merah tu.

Akan keluar ini dan korang tekan OK.

Langkah Kelima

Selepas tekan OK akan keluar sebegini.

Langkah Keenam

Korang masukkan username dan password yang sama then tekan LOGIN itu.

Kemudian akan keluar sebegini.  Maknanya korang sudah di bawa ke reader.e-sentral.com.  Klik saja cover eBook tersebut untuk didownload.  Tunggu sebentar.  Kalau tak keluar cover eBook pun korang tekan je.

At last, eBook aku sudah pun boleh dibaca!Kalau korang sudi nak membaca cerita aku, bacalah.  Kalau tak nak baca pun tak apa.  Janji korang dah download.  Boleh gitu?Heeee..

Selesai!!!Terima kasihlah pada korang yang sudi download eBook aku ini.  Jasa korang amat dihargai.  Doakan semoga aku berjaya.  Kalau korang ada apa-apa masalah untuk download eBook aku bolehlah email kepada aku di alfidah83@gmail.com.

Semoga terhibur membaca eBook aku yang tidak seberapa itu.  Sangat mencabar untuk aku menulis novel versi pendek itu.  Jika korang ada sebarang komen yang membina bolehlah tinggalkan komen.  Aku memang mengalu-alukan.  Aku hanya budak baru belajar.

Sekian terima kasih.

Oh ye.  Terlupa pulak.  Ini khas buat sahabat aku yang bersengkang mata bersama-sama menyiapkan manuskrip walaupun tempat kami berlainan.  Yelah, dok rumah lain kan.  Itulah detik-detik yang tidak boleh dilupakan.

Sebagai penutup entry ini, kalau korang nak baca eBook lain selain eBook aku yang tak seberapa itu yang menjadi finalis pertandingan eBook 2013, sudilah kiranya korang download juga eBook sahabatku yang bertajuk Kisah Cinta Kita.  Cara-cara untuk download adalah sama seperti yang aku tunjukkan di atas.  Dia juga sahabat saya dan kami bersaing secara sihat!!Betulkan kawanku??Heeee..Tolong ye kawan-kawan.  Jasa korang amat kami kenang.  Terima kasih atas sokongan anda semua.  Apa yang terkurang dalam penulisan kami itu datangnya dari kami yang hanya manusia biasa.

Thanks again!!





                                                                                                               

~Holiday To Cameron Highlands-Part 1~

Assalamualaikum...

Muncul kembali bersama entry kedua untuk hari ini dan juga untuk bulan April ini.  Mengambil kesempatan untuk mengupdate blog ini dengan kisah percutian aku dan juga keluarga ke Cameron Highlands.  Jangan salah faham ye.  Entry ini adalah autopublished sebab tak nak orang ingat aku dok mengadap blog masa waktu kerja je.  Mulut orang ni kita tak boleh nak tutup. Tapi tak apa, kalau dia penat nanti dia berhentilah bercakap.

Oklah, tengok aku dah melalut ke lain.  Aku memang cukup emosi kalau bercakap bab-bab tu.  Memang cukup tertekan.  Baiklah mari aku ceritakan perjalanan kami pada hari pertama ke CH.  Holiday kali ni aku bawak parents aku.  Terlaksana juga nak bawak parents aku ke CH.  Al-maklumlah dia orang tak pernah sampai sana.  Mulanya mak aku tak nak pegi sebab mak aku risau kalau kakinya sakit tapi aku paksa juga.

Kita orang bertolak ke CH hari selasa lepas dengan menaiki kereta comelku.  Memang sempit tapi apa nak buat.  Nanti memang kena beli kereta beso sikit baru selesa nak berjalan jauh.  Kita orang bertolak dalam pukul 12.00 tengahari seperti yang dirancangkan.  Kenapa bertolak lambat?Sebab asben aku balik kerja malam.  Dia tidur dulu sebelum bertolak.  Perjalanan sangat lancar.

Aku yang menjadi co-pilot.  Ini kerjanya mengangkat gambar je.  Bila rasa boring whatsapp dengan SIL dan Mira Mokhtar.  Hp kak nisah rosak tak dapat nak berwhatsapp dengan dia.  Just bagi mesej je sebab hari yang aku bertolak ke CH, kak nisah pula baru balik dari Penang tengok maknya.

Hijau permandangan.  Sedap mata memandang.

Trafik pun lancar.  Nasiblah ada encik twitter yang dijadikan sebagai panduan.

Bila sampai dekat Perak nampaklah gunung ganang.

Masa pergi kita orang naik dari Simpang Pulai.  Cameron, here we come!!

Ipoh.  Mana pulak aku snap picture ni.

Perjalanan sudah bermula mendaki ke CH.

Kabus-kabus sudah nampak.

Aku tinjau-tinjau je dari jauh.  Takut nak tengok.

Yeahhh!!!Sudah sampai CH.

Budak yang pertama kali ke CH.

Begitu juga dengan nana dan atok.  Excited dia orang.

Sampai je kita orang check in apartment setelah kita orang buat keputusan untuk duduk di apartment.  Lepas tu terus pergi mengisi perut sebab masing-masing kelaparan.

Inilah suasana kedai makan yang tidak jauh dari apartment yang kita orang duduk.  Apartment kita orang terletak di Tanah Rata.  Lepas makan balik apartment dan terus tidur untuk merehatkan diri.  Anak-anak aku je malam tu yang tak nak tidur.  Dok ke hulu ke hilir.

Okeylah, nanti bersambung cerita hari kedua kami.  Hari untuk berjalan-jalan sekitar CH.  Memang seronok.  Tengok parents dan anak-anak seronok aku juga turut seronok.  Okey jumpa next entry untuk part 2.  Till then.





                                                                                                                      

~Back To Work!~

Assalamualaikum...

Selamat hari isnin!!!Isnin kembali menjengah dengan permulaan bulan yang baru.  Hari ini, anak aku Adriana kembali ke sekolah dan aku pula kembali semula untuk bekerja di ofis yang ohsem ini setelah tujuh hari bercuti termasuk sabtu dan ahad.  Mulakan hari ini dengan perasaan yang indah-indah sahaja untuk melaksanakan kerja-kerja yang ada setelah beberapa hari ditinggalkan.  Bercuti bersama keluarga dan untuk mencari ketenangan diri.  Tenanglah sangat kot!!Heeee..

So, ini adalah entry pertama aku untuk bulan baru ini.  Marilah kita memulakan kerja-kerja yang tertangguh dan tertinggal sepanjang bercuti minggu lepas.  Nanti aku story pasal short vacation aku bersama family di CH.