Wednesday, September 5, 2012

~Wordless Wednesday - View Sama Tapi Berbeza~

Tempat yang sama dalam gambar nie tapi ada perbezaan. ;D







                                                                                                                        

Monday, September 3, 2012

~Schoolmates Aku Bertandang Ke Rumah~

Ada di antara mereka yang pernah jadi classmates aku jugak.  Yang ini dah lupa raya keberapa dia orang datang rumah aku tapi yang ingat hujung minggu.  Mula-mula salah sorang kawan aku sms aku kata nak datang rumah tapi kebetulan masa tue aku keluar beraya.  So aku suruh datang esok hari.  Dapatlah aku prepare something untuk kawan-kawan aku.

Malam tue aku telefon kawan aku dan dia orang nak lunch kat rumah aku.  So dalam kepala dah terfikir nak masak apa.  Kena bertindak pantas yea.  Aku decide nak masak nasi tomato dan 2,3 jenis lauk.  Tapi memang tak menang tanganler nak buat sorang-sorang.  Aku telefon adik ipar aku mintak tolong dengan dia.  Memang tak cukup masa sebab malam kan aku pi berjalan raya.  Nak buat sebelah malam memang badan dah letih.  Kalau buat sorang-sorang esoknya aku dengan kids lagi.  Memang tak jadi keje.  Sekurang-kurangnya kalau adik ipar aku ada boleh adik aku tengok-tengokkan anak-anak aku.  :D

Oklah jom kita tengok beberapa keping gambar semasa hari kejadian.  Ini baru beberapa orang kawan sekolah yang aku jumpa sudah heboh.  Kalau dapat jumpa ramai-ramai lagi happening kan.  Jumpa kawan lama.  Ada yang tak jumpa bertahun.  Berhubung melalui sms, fb atau whatsapp.  Bila nak jumpa ramai-ramai memang ada jea halangan.  Sorang tak baliklah, sorang ginilah, sorang gitulah.  Macam-macam dan sudahnya nielah beberapa orang yang ada.  Jom tengok gambar.
Inilah kawan-kawan sekolah aku.  Yang lelaki berbaju biru tue adik kawan aku.  Member aku semua perempuan.  Almaklumlah sekolah convent mana campur kan.
Inilah kawan-kawan aku.  Yang datang nie sorang jea yang kawin.  Lain masih lagi single tapi tak tahulah available atau tidak. :D

Seronok tengok kawan-kawan aku makan.  Hilang penat.  Kalau ada yang terkurang mintak maaflah.  Aku amatur lagi dalam semua hal.  Hehehe..

Sebelum balik haruslah bergambar berama-ramai.  Muat sekali duduk kat sofa.  Nasib panjang sofa aku tue.  Macam nak amik gambar kelas pulak macam dulu-dulu.  Aku sempat tukar baju yea.  Nak bergambarlah katakan.  Kenalah pakai senonoh sikit. :D

Sekian dulu cerita daripada aku yang menyambut kedatangan kawan-kawan sekolah aku ke rumah aku yang tak seberapa itu.  Panjang umur tahun depan kita berjumpa lagi. 

Note>>Aku update yea kawan-kawan.  Kang ada pulak yang kata aku peram gambar sampai sepuluh tahun.  Hehehe..Nie ada digital kamera senangler..







                                                                                                                         

~Malam Merdeka~

Tahun nie terajin pulak nak tengok bunga api.  Selalu memang malasler nak temgok dengan ramai-ramai orang.  Malam merdeka tue saje keluar nak pusing-pusing sekali asben terus ajak pi Dataran Pahlawan.  Saje keluar nak pusing-pusing sebab budak 2 orang nie tak nak tidur.  Bawakler dia orang keluar.

Senang pulak dapat parking jadinya kita orang teruslah ke dataran.  Berjalan kaki jauh jugak.  Sampai lenguh kaki.  Ammar masa pergi tue bersemangat jugak dia berjalan, dah nak balik tue dia tak larat.  Mana takut tengok bunga api.  Oklah jom kita tengok gambar seperti biasa.  Tanpa gambar tidak bererti blog ini.  ;D

Kami otw ke pusat bandar.

Aku dan adriana.  Masa nie kereta banyak.

Ini dah dapat parking.  Berjalan menyusur sungai Melaka.  Anak-anak aku pakai baju tidur jea.  Ingat tak nak turun.  Malas nak salinkan dia orang baju lain.

Entah apa yang disorak-sorakkan.  Tak paham aku.

Nasib dapat port baik.  Duduk kepenatan setelah jauh berjalan.

Pentas utama.  Tak nampak pun persembahan apa.  Dengar dari jauh jea.  Motif nak tengok bunga api jea.

Kehausan ammar.  Jauh berjalan budak kecik nie.  Balik memang terbongkang dia.

Adriana dengan topi merdekanya.  Beli RM25 masa kita orang tengah berjalan nak ke dataran.

Detik 12 tengahmalam bunga api pun dilepaskan.  Cantik sungguh.  Tengok atas kepala jea.  Macam nak jatuh jea.

Ammar yang ketakutan.

Kami bergambar berlatar belakangkan bunga api.  Tapi gambar gelaplah.

Ammar dah takut baru dia duduk diam.  Kalau tak ke hulu ke hilir dia berjalan.  Semput nak kejar.

Baiknya anak teruna mama nie. :D

Masa nie dah nak ke kereta.  Asben aku yang amik permandangan malam sungai Melaka.  Cantik kan??

Gambar last untuk malam itu, aku dan ammar.  Ammar nak berdukung jea.  Takut punya pasal.  Macam biasa mama jadi mangsa.  Adik dah berat lenguh tangan mama tapi bergambar tetap bergambar. :D

Itulah cerita kami malam merdeka.  Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!Malam merdeka korang kat mana??Esoknya nak tengok perarakan merdeka tapi aku tak larat sebab balik dari tengok bunga api aku bersilat di dapur siapkan tempahan kek.  Sebiji kek jea tapi berposakler jugak.  Minat punya pasal.  So tak adalah kami tengok perarakan sebab mata aku bagai digam-gam.  Hehehe..







                                                                                                                      

~Lazy Day & Happy Merdeka Day~

Helloooooo...Sopan sikit pagi nie.  Assalamualaikum dan morning semua.  Mencari mood.  Entah kenapalah sejak akhir-akhir nie perasaan malas untuk ke kerja sejak mendengar cerita yang kurang enak itu.  Ermmm, mulut orangkan.   Biar jealah.  Malas nak layan.  Saya tak kacau kamu, so kamu jangan kacau saya.  Dari situ kita tahu siapa kawan kita dan siapa lawan kita.

Apa yang aku mengarut pagi-pagi nie.  Biasalah kalau hari isnin memangggg hari malas sedunia untuk aku.  Tak tahulah korang pulak macam mana.  Nak tak nak kena kerja untuk menyara keluarga.

Oklah hari tue tak sempat nak buat entry merdeka, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Happy Merdeka Day untuk semua.  Gambar di atas baru berkaitan yea.  Itu gambar adriana masa kita orang pi tengok bunga api malam merdeka.  Next entry untuk malam merdeka kami yea.  Oklah sekian dulu entry ini.  Lunch nanti sambung entry lain pulak.

Note>>>Entry ini diauto published yea.  Aku update dari rumah.  Kang ada pulak yang cakap aku tak buat keje dok update blog aje.






                                                                                                                       

Sunday, September 2, 2012

~Beraya Rumah Along & Makan Ikan Bakar~

Satu entry untuk 2 cerita.  Malas punya pasal.  Dasar pemalaslah ko nie.  Hah...Ada aku kisah??Hehehe.  Mood nak berblogging memang merundum.  Entah kenapa tapi masih jugak mencari kekuatan untuk menulis di sini sebab blog ini telah aku jadikan sebagai diari aku.

Kalau tak update maka terlepaslah aku untuk meletakkan satu kenangan di sini untuk dikongsikan bersama yang lain.  Oklah berbalik kepada tajuk di atas.  Untuk raya ke 6 aku dan asben telah pegi beraya ke rumah abangnya di Durian Tunggal.  Sebenarnya kami dapat jemputan makan-makan untuk adik-beradik.  Jadi kami tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri.  Ayat skema jea.

Gambar masa menjamu selera di rumah along memang tak beramik sebab aku malas.  Datang-datang jea aku terus terjah makanan.  Bila dah nampak makanan lupalah segalanya.  Buruk perangai sungguh minah nie sorang.  Hehehe.  Oklah jom tengok gambar dia orang bermain bunga api selepas perut masing-masing kenyang diisi.  Masa nie baru semangat aku nak pegang kamera. :D

Ammar bermain bunga api dengan busunya.  Adik asben yang last sekali.

Tengoklah kanak-kanak ribena nie.  Busunya memang tukang memantau dan tukang melayan anak-anak buahnya.

Anak along yang 1st.  Yang baju merah adik asben yang 2nd last.  Aku dok dalam rumah takut nak tengok orang main bunga api.  Mercun lagiler.  So baik dok dalam rumah. 

Beranilah nak pegang-pegang.  Mainlah korang yea.

Ok, beralih kepada tajuk kedua iaitu makan ikan bakar.  Raya ketujuh bukan langit ketujuh yea mil aku ajak anak-beranaknya makan ikan bakar.  Sudah lama tak makan ikan bakar katanya.  Sebelum tue kita orang pi jalan raya dulu.  Sebelum balik kampung aku pegi rumah datuk saudara aku dengan mak dan adik aku.  Then baru balik kampung asben pegi rumah pak andak asben.  Ini semua non ado gambar.  Malamnya lepas maghrib baru kami ke Ikan Bakar gerai Ala Kasim.  Tempat biasalah mana lagi.  Situ jea pun yang murah.

Mithalinya achik ammar nie.  Dia dah habis makan tolong aku jaga ammar.  Sebab mak ammar nak menikmati makanan.  Hehehe.. 

Tengok tue.  Bersungguh-sungguh ammar makan dengan achiknya.

Biras aku bersama anaknya dan anakku.  Hehehe..Biras aku a.k.a mak uda adriana.

Kami iaitu anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.

Inilah meja yang kami duduk.  Kalau sebelah asben memang ramai.  Ini pun tak cukup korum sebab along tak dapat nak datang.  Anak dia yang kecil demam.  Along hantar wakil 2 orang anaknya.
Adriana sibuk jea main game.  Sekarang tak boleh tinggal Ipad atau tab aku. 

Last picture from us, gambar my lovely family.  Kali nie aku kena jadi photoG sebab asben nak bergambar pulak.  Love them so much!!!








                                                                                                                     

~Sepupu Aku Beraya Ke Rumah~

Sape aje sepupu aku kan.  Kalau sebelah mak aku sepupu aku sorang jealah.  Sepupu tunggal.  Tapi bila kakak sepupu aku datang anak-beranak memang gamatlah suasana.  Nasib dia beranak ramai meriah sikit.  Aku kena beranak ramai jugak macam dia.  Hehehe..

Dia orang datang rumah kami untuk beraya masa raya ketiga.  Bagitahu last minit so aku dapat prepare simple menu untuk dia anak beranak iaitu keow teow goreng.  Simple dan short entry sebab malas nak karang panjang-panjang.  Jom layan gambar aje.  Ikutkan gambar memang banyak bila masing-masing gila bergambar tapi belum sampai gilalah.
Mereka sekeluarga sedang menjamu selera.
Adibah and adriana.

Makan yea anak-anak.

Ini bergambar masa nak balik dah.  Bergambar di luar rumah.

Apa yang laki aku bagi tue.  Bunga api kot.

Ammar yang berani nak pegang bunga api.  Nak pegang sendiri.

Papa melayan anak-anaknya.  Mama malas yea.

Setakat nak suruh pose pegang bunga api bolehlah. :D

Ok..That's all.  Entry malas nie yea.  Harap maklum.