Monday, August 6, 2012

~Pulangnya Nenek Ke Rahmatullah..Al-Fatihah~


Khamis malam jumaat yang lepas, bertarikh 2 Ogos 2012 bersamaan 13 Ramadhan 1433H nenek asben telah pulang ke rahmatullah.  Selepas berbuka kami mendapat panggilan telefon daripada mil aku mengatakan nenek sudah tiada.  Nasib kami dah jumpa nenek masa awal puasa hari tue.  Ceritanya di sini.  Masa nie nenek dah terlantar.  Gambar di atas adalah gambar masa hari ibu yang lalu.  Ceritanya di sini.

Apa-apa pun jenazah nenek telah selamat dikebumikan pada hari jumaat pagi.  Aku dapat mencium jenazah nenek buat kali terakhir.  Sesungguhnya kami akan sentiasa merindui nenek.  Semoga roh nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Al-Fatihah buat nenek.

 









                                                                                                                         

Friday, August 3, 2012

~Episod Akhir Dejavu Di Kinabalu~

Semalam episod akhir drama Dejavu Di Kinabalu.  Ending yang sedih bagi aku.  Korang tengok tak endingnya.  Kedua-duanya aku kesian tapi kenapalah tak pilih Ammar???:D


Kalau Nadira pilih Ammar kesian pulak kat Bazli.  Dan untuk last episod semalam Nadira akhirnya kawin dengan Bazli.  Kesiannya Ammar.  Berlinanglah jugak air mata..Over ler aku nie.  Aku memang kalau tengok drama betul-betul menghayati.  Hah...Sudah tutup cerita mengenai drama ini.


Jom hayati lagu ini pulak...





Lirik lagu Langit Menangis

Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
dikau bak cahaya
penyuluh jalan gelita

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa
 







                                                                                              

Thursday, August 2, 2012

~Aktiviti Aku Siang Tadi~

Dah lewat malam baru dapat update blog.  Sebenarnya mengantuk yang amat tapi tak boleh nak lelap sebab baru mendapat khabar berita dari kampung mengatakan nenek asben aku meninggal lepas berbuka tadi.  Mil aku yang telefon maklumkan pada kita orang.  Aku balik pagi esok sebab jenazah akan dikebumikan esok pagi.  Malam nie asben yang balik sorang dulu.

Berbalik kepada tajuk di atas, tadi aku cuti sebab nak jaga anak-anak aku.  Mak aku pi checkup di Poliklinik.  Aku amik keputusan untuk cuti.  Bila tak kerja macam-macamlah aktiviti dan kerja rumah yang harus diselesaikan.  Bangun awal pagi siapkan adriana nak ke sekolah.  Asben yang hantar adriana ke sekolah.  Lepas tue kemas dapur, basuh baju tapi bukan akulah yang basuh.  Mesin yang basuh aku cuma jalankan mesin itu.  Tak buat kerja sangat sebab pukul 11 pagi dah nak kuar amik adriana.  Bulan puasa tadika balik awal.  Lepas tue nak kejar balik rumah sebab nak tunggu orang pasang lampu.

Lepas amik adriana aku balik rumah mak aku kejap hantar dulang then aku ajak ayah aku ikut sebab kang orang nak pasang lampu datang tak ada siapa kat rumah.  Aku ajak ayah aku teman.  Bergegas pulang bila dapat call orang tue dah nak ke rumah.

Time nie nak kuar amik adriana.  Terpaksalah bagi ipad kat ammar supaya dia duduk diam.  Bekas makanan dia tertinggal.  Kalau tak bagi dia apa-apa yang melekakan dia ada ammar kacau mama dia yang amatur nak drive.  Papa nampak nie memang marah gamaknya.  Bagi ammar ipad nanti rosak.  Ipad mama ok.  Hehehe..

Sesudah amik nana di sekolah.  Bila kakak dah ada si adik memang tak ada chance ler nak pegang Ipad nie.  Kesian ammar.  Nanti mama belikan Ipad yang murah tue. 

Settle semua terus balik rumah sambil orang pasang lampu aku pulak sambil dengan gigihnya melipat baju yang bergunung-ganang sambil tengok Live Chat Artis Dejavu Di Kinabalu.  Semata-mata nak tengok Aqasha.  Tangan gerak mata tengok kat sini.

Berjalan jugak kerja aku walau lambat sebab sambil-sambil kan.  Banyak sangat sambilnya. 

Sambil lipat baju dan sambil layan live chat tue aku ditemani dengan budak kecik ini yang tak henti-henti nak mengunyah.  Ada jea benda yang nak dimakannya.  Kalau dapat makanan dok diamlah.  Mak ko nie tak habis-habis dengan gambar.  Maklumlah kamera diusung ke sana ke mari.  Hehehe...






                                                                                                                       

~Resipi Kek Coklat~

Salam...

Selamat pagi.  Hari ini aku nak postkan entry resepi kek coklat.  Oleh sebab ada kawan-kawan aku yang nakkan resepi maka hari aku postkan entry yang berzaman telah aku draft tanpa post.  Tak ada masa dan selalu nak post entry lain jea dulu.  Heheheh..

Oklah kepada sesiapa yang berminat nak mencuba bolehlah amik resepi dan mencubanya.  Aku pun bukanlah profesional hanyalah amatur dalam membuat kek nie.  Aku pun tengok buku resepi yang mak aku beli dan aku yang jadikan koleksi untuk aku.  Bising mak aku semua buku resepinya aku amik.  Hehehe...Buat Puan Mardiana yang beria-ia suruh aku letakkan resepi di blog katanya senang nak salin, ini yea resepinya.  Nanti buat jangan lupa amik gambar.

Kalau ikutkan resepi kek coklat banyak yang aku ada.  Dari koleksi dalam buku sampailah yang aku salin dari internet.  Tapi aku letakkan resepi yang pernah aku cuba.  Lain orang lain rasanya.  Sedap atau tidak terpulang kepada korang yea.


RESEPI KEK COKLAT
Sumber rujukan : Panduan Asas Menghias Kek

Bahan-Bahan:
100gm coklat masakan
220gm susu cair
100gm gula perang
2 biji telur
125 marjerin
100gm gula perang

Diayak bersama:
125gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
300gm serbuk koko

Cara-Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius
2. Coklat masakan, susu cair, gula perang disatukan dan dipanaskan.  Kacau hingga cair.  Tutup api, angkat dan biarkan sejuk.
3. Putar gula perang bersama mentega sehingga kembang.
4. Masuk telur sebiji demi sebiji.
5. Masukkan tepung berselang-seli dengan coklat cair.
6. Tuang ke dalam loyang berukuran tujuh inci dan bakar sehingga masak.

Ini kek untuk ammar yang aku bake untuknya masa hari ulangtahunnya yang pertama.  Kek coklat bersama edible image angry bird.  Oklah selamat mencuba!!!Boleh cuba untuk hari raya ini.









                                                                                                                        

                                                                                                                        

Wednesday, August 1, 2012

~Ammar Atau Bazli?~

Siapa yang mengikuti drama Dejavu Di Kinabalu??Aku dah banyak tinggal episodnya sejak pegi Penang hari tue.  Tapi semalam aku dah ikuti semula mana-mana episod yang aku tertinggal.  Dalam drama nie disuruh penonton membuat undian samada nak pilih Ammar atau Bazli.

Aku tak sempatler nak undi pun.  Korang rasa Nadirah pilih siapa?Ammar atau Bazli?Aku pilih sape??Dah tentu-tentulah aku pilih Ammar. :D

Aku pilih dia!!Sebab utama memang aku minat dia.  Itu sebab aku pilih Ammar.  Hehehe.  Aci tak??

Tapi kesian pulak dengan si Bazli nie.  Dia sudah banyak berkorban demi Nadirah.  So sekarang Ammar vs Bazli. 

Aku dan kawan aku dok bergaduh nak pilih mana.  Aku pilih Ammar dia pilih Bazli.  Tidakkkkk...

 Aku!!!Pilih Ammar.

Amira!!!Pilih Bazli.

Sekarang kita tengok siapa menang.  Alfidah vs Amira!!!Kalah belanja erk.  Hehehe...Motif entry saje suka-suka.  Tidak ada kaitan dengan sesiapa pun.  Entry untuk hilangkan mengantuk. 


Note>>Mira, akak curi gambar ko dekat blog ko.  Jangan marah.











                                                                                                                       

~Kakak Jadi Cikgu Kepada Adik~

Semalam aku tak update blog sebab tiada mood.  Pagi nie tak ada cerita makanan.  Sejak 1st Ramadhan asyik gambar makanan jea.  Gambar nie aku amik minggu lepas.  Masa nie aku sedang sibuk di dapur sekali dengarlah perbualan si kakak dengan adiknya.  Aku pun meninjauler dia orang.  Dia orang dalam bilik.  Kalau tinggal berdua ada jea kejaan budak 2 orang nie.  Memang bersepah bilik.  Aku pun tinjaulah.  Rupanya tengah duduk baca buku budak berdua nie.  Sejuk perut ibu mengandung.  Hihihi...Yang kakak jadi cikgu mengajar adiknya.  Kelakar pulak aku tengok.  Aku panggil asben suruh tengok.  Aku macam biasalah harus amik kamera untuk capture moment-moment menarik yang anak-anak buat.

Jom tengok gambar yang sempat aku amik tapi ada yang blur.  Kamera aku nie sejak aku menanam azam nak beli DSLR gambarnya asyik nak blur aje.  Merajuk ke apa wahai kamera.

Abaikan bilik yang bersepah dan bantal yang tidak bersarung itu..  Biasalah kalau dia orang yang duduk kat sini.  Kerusi pulak yang dijadikan meja.  Apa yang aku dengar nana tanya ammar 'Ammar, mana kaki?'Si ammar pun dengan confident angkat kaki dia.  Part nie yang paling aku geli hati.

Bila si adik betul yang kakak seronok.

Part badan kalau kakak tanya ammar kebanyakkan ammar dah tahu.  Comel jea ammar duduk.

Masa nie budak-budak nie tak perasan lagi yang aku amik gambar.

Itu dia.  Ammar yang perasan dulu mama amik gambar.  Belajar rajin-rajin yea anak-anak.  Kakak kena ajar adik.  Ini time mood kakak elok cuba datang mood ke laut dia adik nak dekat pun tak boleh.  Kalau time elok macam nielah gayanya.