Thursday, June 10, 2010

~Mengapa Wanita Menangis?~


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.

Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)


Mengurangkan stress.


Tanda keinsafan/penyesalan.


Sebagai ugutan emosi.


Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

Dapat perhatian
Suasana rumah tangga tergugat.


Lelaki jadi bingung.


Orang lain dapat mesej.


Mata bersih dan sihat.


The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.


2. Selalu berdoa kepada Allah.


3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)


4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.


Dipetik daripada : http://feryco.com/mengapa-wanita-menangis

Adakah anda juga wanita yang mudah menangis??Aku nie mudah menangis jugak.  Very sensitif.  Biasalah wanita mesti dikaitkan dengan air mata.  Lebih-lebih bagi wanita jika sudah berumahtangga jika rumahtangganya dilanda dugaan pasti wanita akan menangis.




~Lagu Adamaya~

Rindunya pada cite Adamaya..dengar lagunya pun jadilah..
Dengar banyak2 kali pun tak apa...Tak bosan pun
Mei kawan-kawan kita dengar lagu Adamaya..
Hayatilah...




Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Note>>Jiwang karat pulok...


~My Birthday Present From Mr.Hubby~

Salam semua..Rasanya da lambat nak postkan entry nie tapi oleh kerana sudah terlalu lama tidak mengupdate blog sudah bersawang rasanya aku citekanlah jugak hadiah yang aku dapat daripada my asben iaitu Mr Mohd Affendy Bidin.  Seperti tidak percaya pulok.  Pandai pulak beli hadiah sendiri.  Memang asben ada tanya aku nak hadiah apa??aku kata entahlah.  hehehe.  Dalam hati tue macam-macam nak sebenanya.

Layan jealah pic adriana yang tukang memberikan hadiah kepada aku.
thanks to my hubby n my daughter..
luv u all...

keterujaan adriana nak bagi kat aku

sebelum bagi amik gambar dulu

inilah rupa hadiah yang masih berbalut.
sayang nak bukak..hehehe

Inilah hadiah yang aku terima...

*
*
*
*
*
*
HANDBAG


Note>>Oklah tue..handbag aku pun tak nak koyak rabak tue..

Thursday, June 3, 2010

US Pizza

Ahad lepas, bawak MIL dan adik2 ipar pi makan pulak.  Try makan dekat US Pizza sebab MIL nie bukan selalu makan kat tempat2 macam nie.  Jadi aku ngan asben bawaklah makan kat sini.  Aku ngan asben pun 1st time try makan dekat sini.  Selalunya memang makan dekat Pizza Hut jea.  Memang tak pernah makan pizza di tempat lain.  Boleh tahanlah pizzanya cuma environment jea tak berapa menarik. Aku nie suka tempat yang crowded.  Pelik kan?Orang suka tempat tak ramai orang aku pulak suka. :-)

Jom tengok gambar.  Entry kali nie non ado gambar aku yea sebab aku menjadi jurugambar profesional.

 US Pizza

 
 Adriana yang baru bangun dari tido

 
 Papa+Adriana

Inilah makanan yang telah kami order. 
Tak tahu apa nama nak sebut.  Tengok jealah gambar.


  




Adriana nak makan sendiri.  Kita makan dengan pisau pun nak diikutnya.
Abis terkuar2 makanannya.

Memang makanan feveret asben

Inilah gambar family aku yang sedang menjamu selera



Bolehlah tahan pizzanya.  Tapi aku lebih suka makan di Pizza Hut.

SEKIAN...


Wednesday, June 2, 2010

~27 Tahun Sudah~



Hari ini hari Rabu,

2 Jun 2010

Aku sudah genap 27 tahun.

Happy Birthday to Me!!!

Tuesday, June 1, 2010

~Makan Ikan Bakar~

Kesinambungan cerita daripada aku balik seminar...Malamnya aku dan family aku pi makan Ikan Bakar di Crsystal Bay.  Memang kita orang kalau nak makan seafood memang akan datang ke sini sebab harganya pun tersangat-sangatlah murah dan boleh sikit lebih kuranglah orang kata.  Ini bagi meraikan gaji pertama asben aku.  So kenalah belanja kami. :-)

Sampai rumah awal sebab ada seminar, so aku tel kedai makan nie untuk order makan.  Orderlah apa yang kami nak makan.  Kita orang selalu makan dekat kedai Ala Kassim..  Kalau tak order surelah kita orang lambat dapat makanan.  Sebab tue malam ari cuti mesti ramai orang punya.  Kita orang sampai dalam pukul 8.45 malam.  Terus duduk di meja yang telah disediakan untuk kami.  Memang ramai oranglah.

So, jom layan gambar-gambar..

Adriana memang suka bergambar

Kami masih sabar menanti makanan

Makanan telah pun sampai

Ikan Siakap Bakar Masak Rempah

Apalah yang mak ngan ayah aku tengok tue??

Adik aku n tunangnya

Papa+Adriana

Selesai makan

Ayah+Adik

My mom+Adriana

Selesai makan..
Mari kita pulang.

Note: Suka time jalan-jalan cari makan...