Assalamualaikum.
Hai.
Selamat petang. Baru selesai bekerja dari rumah. Tak seronok mana pun bekerja dari rumah. Lagi bertambah pening sebenarnya. Sedang fokus buat kerja, aku dok memekik. Dua dalam satu. Tangan gerak. Mulut pun sama gerak. Kalau kat pejabat mulut gerak juga tapi buat kerja sambil mengunyah. Hahaha.
Apabila kat rumah, sambil buat kerja ko pekikkan si anak suruh buat kerja sekolahlah, minta sidaikan bajulah, suruh solatlah. Eh, macam-macam tau.
Untuk Syawal kali ini, aku bersyukur kerana boleh beraya di tempat sendiri. Asbab aku bercuti panjang, aku boleh beraya di rumah sendiri. Aku boleh berada dekat dengan orang tua walaupun beberapa hari sebelum Syawal tiba, PM umumkan kita tak boleh beraya tapi aku bersyukur aku ada di sana.
Kebetulan sekolah pula PdPR, suami hantar anak-anak pulang. Jadi cuma suami saja yang perlu ulang-alik. Tiada pilihan. Masa tu, hanya itu saja jalan yang kami boleh buat. Duduk jauh lain pula cabarannya. Setelah berfikir-fikir, mengira apa yang patut, keputusan untuk Cuti Separuh Gaji diambil.
Tak nak fikir apa-apa waktu tu. Duit atau semualah sewaktu dengannya walau sesekali terfikir cukukah duit? Alhamdulillah, dua bulan masih menikmati kehidupan seperti biasa. Cukup makan cuma aku perlu menahan nafsu daripada membeli benda yang tidak sepatutnya.
Syawal disambut dengan sederhana saja. Cuma sofa-sofa yang datang itu aku beli sebelum aku bercuti. Wingchair dan sofa sampan aku sampai sedang elok nak raya. Dapatlah merasanya.
Inilah senyuman pagi raya. Hati berbunga-bunga di rumah sendiri kerana tahun lepas tak merasakan.
Mudah2an raya tahun depan dah kembali seperti sediakala
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir batin. Raya tahun ni memang paling hambar tapi kita cuba jugaklah happykan diri demi ahli keluarga yang tinggal sebumbung
ReplyDelete