Assalamualaikum.
Hai semua.
Pejam celik hari ini sudah pengakhiran Syawal. Terasa Syawal kali ini sendu dan hambar. Harap kita dapat bertemu Ramadan dan Syawal lagi tahun hadapan. Marilah kita sama-sama berdoa. Sudahlah menahan rindu pada keluarga, pada saudara-mara, pada kawan-kawan. Rindu yang sering bertandang membuatkan diri tidak keruan menahan rasa.
Memandangkan hari ini 30 Syawal, kira penutuplah kan. Aku memilih untuk memasak sedikit juadah ala-ala Syawal. Rendang ayam dan ketupat segera sahaja. Kemudian aku masak sedikit nasi limau purut sebab makan ketupat saja ada yang tak kenyang.
Masaklah sikit-sikit buat rasa. Aku masak sekali harung sampai ke malam. Tak kuasalah nak masuk dapur dua kali. Ada kerjaan lain yang nak dibuat.
Mana nak baca buku.
Mana nak tulis resensi buku.
Mana nak buat video.
Mana nak buat photographer.
Mana nak menulis blog.
Mana nak siapkan manuskrip.
Betapa sibuknya walau di rumah. Dalam suasana sekarang, masing-masing terganggu emosi. Jadi kita kenalah sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti berfaedah agar diri tidak berada dalam keadaan kemurungan.
Nampaknya PKP bersambung lagi. Sudah setahun lebih pergerakan kita terbatas. Maknanya, lama lagilah nak balik Melaka. Semuanya serba tak kena. Sekarang, salah sikit memang jadi bahan kecaman. Memang manusia sekarang suka cari salah orang. Tengoklah beberapa cerita yang viral sepanjang PKP. Aku tak ambil port. Banyak benda lain yang perlu difikirkan.
Inilah pilihan menu aku sekeluarga. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk menikmati makanan. Ada yang terpaksa ikat perut. Mana yang kita boleh bantu orang sekeliling kita cubalah bantu.
Aku kongsikan resipi Nasi Limau Purut.
RESIPI NASI LIMAU PURUT
Bahan-bahan:
- Beras basmathi (ikut sukatan sendiri) - Rendam setengah jam
- Bawang besar ( hiris)
- Bawang putih ( hiris)
- Halia (Hiris)
- Kayu manis
- Bunga cengkih
- Bunga lawang
- Buah pelaga
- Minyak sapi
- Minyak masak
- Daun limau purut
- Susu cair
- Kiub ayam
- Serai
- Pewarna hijau
Cara-caranya:
1) Panaskan sedikit minyak sapi dan juga sedikit minyak masak.
2) Tumiskan bawang-bawang yang telah dihiris bersama rempah-ratus.
3) Masukkan serai yang telah diketuk dan juga beberapa helai daun limau purut. Lagi banyak lagi bau wangi.
4) Kemudian tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk yang telah dimasukkan beras dan disukat airnya. Boleh letakkan limau purut sedikit lagi untuk menaikkan aromanya.
5) Tuangkan sedikit susu cair. Jangan terlebih susu. Sukat dengan air agar tidak lembik nasinya.
6) Kemudian masukkan seketul kiub ayam bergantung pada beras.
7) Tanak nasi sehingga masak dan letakkan sedikit pewarna hijau.
8) Apabila sudah masak nasinya boleh digaul dengan garfu.
Itu sahaja perkongsian untuk malam ini. Selamat mencuba!
Mencari-cari juga gambar nasinya. Oh, rupanya di tengah itu.. :))
ReplyDeletesalams jumaat, kak mieja siggah sini... menarik resepi ni....
ReplyDelete