Tuesday, August 18, 2020

Kejutan Sempena Hari Lahir Mak Mentua

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Sekali lagi muncul dalam blog ini. Sekarang sibuk sangat. Memang tersangat sibuk. Mana nak menyiapkan manuskrip. Mana menguruskan hal rumah tangga. Mana menguruskan hal meniaga. Dengan Young Livingnya, dengan Tupperwarenya, dengan Nurraysanya. Sibuk kan?

Meniaga sambil-sambil aje sambil tak ada idea yang datang. Alhamdulillah, adalah juga sedikit rezeki daripada benda-benda yang aku usahakan. Nak fokus sangat pun aku bekerja. Ada masa balik sudah terbongkang. Aku nak kejar manuskrip yang nak siapkan. Semua pun nak kena siapkan.

Baiklah, kembali pada kisah merentas negeri tempoh hari. Aku balik cuti selama dua minggu. Itulah cuti paling lama aku mohon sepanjang 14 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. Dia punya nikmat cuti balik ke rumah sendiri itu sukar diungkapkan.

Heaven gila!

Beberapa hari di Melaka, aku dan biras-biras merancang untuk mengadakan kejutan buat mak mentua yang menyambut hari lahirnya pada 14 Jun. Bincang-bincang dan akhirnya kata putus buat kat rumah aku. Yelah, rumah aku sudah lama bersunyi sepi jadi aku nak biar meriah.

Aku ditugaskan untuk memasak nasi dan lauk-pauk. Sudahnya aku masak nasi limau purut, ayam masak merah, jelatah, makaroni cheese bakar. Kemudian yang lain order.

Sebahagian menu hari itu.

Kami jurufoto pada hari itu.

Budak Emma tu penjaga makanan.

Ayam masak merah.

Makaroni cheese.

Nasi limau purut.

Jelatah.

Kek buat mak mentua.

Kek pandan gula melaka order dengan kawan yang tinggal setaman.

Inilah mak.

Kek tu ada kejutan lain. Hehehe. Kek disponsor oleh biras nombor 4.

Inilah kami bersantai di belakang rumah.

Aku dan anak buah, Aina Sumayyah namanya. Baju kurung pemberian kawan-kawan di JKM sempena hari lahir aku.

Kami biras-biras bersama anak-anak.


Apalah laki bini ni berposing.




Itulah kisahnya kami anak-beranak di belakang rumah aku meraikan mak mentua. Keluarga along saja yang tak ada sebab dia orang balik Johor. Biras aku orang Johor. Jadi bila dapat merentas negeri dia pun nak balik kampung.

Begitulah kisahnya. Sekian dan wassalam. Nanti aku sambung cerita lain pula ya. Kalau nak order Young Living ke, produk Nurraysa ke atau Tupperware bolehlah roger aku di talian 017-6741270. Terima kasih semua pembaca.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, August 6, 2020

Apabila Boleh Merentas Negeri

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Malam ini baru dapat menulis sebab esok cuti. Johor kan. Entri ini sudah ada dalam draf jadi aku tuliskan juga sedikit coretannya. Kisah kami merentas negeri setelah 3 bulan lebih tidak dapat balik ke Melaka. Teruja? Sudah tentu. Tak tahu nak diungkapkan macam mana masa tu.

Semasa PM umum kebenaran merentas negeri, berjujuk masuk mesej kat aplikasi Whatsapp. Macam-macam kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan di Melaka.

"Sis, dah boleh merentas negeri. Bila nak balik Melaka?"

"Kafida, boleh balik dah. Yeah!"

"Kafida, bila PM umum terus teringat Kafida."

Eh, macam-macamlah mesej yang masuk. Aku jadi terharu juga dan bertambah-tambah teruja. Nak balik rumah sendiri. Nak jumpa mak ayah. Nak jumpa keluarga. Nak jumpa kawan-kawan. Ramai yang nak ditemui.

Kebenaran merentas negeri bermula 10 Jun 2020 tapi kita orang balik 11 Jun 2020. Khamis tu pula aku tak kerja. Aku dah siap mohon cuti sebaik sahaja PM umum. Dua minggu terus aku mohon sampai 28 Jun 2020.

Gigih kan?

Teruja kut!

Antara beg yang belum masuk kereta. Punya banyak barang yang diangkut macam nak pindah terus tengoknya.

Sewaktu kami sampai rumah Melaka, jiran sudah siap pasang lampu warna-warni. Terharu lagi aku dibuatnya. Sepanjang kita orang tak balik memang jiran yang jagakan rumah.

Tengok sepenuh-penuh bonet. Ada barang orang kirim kat IKEA juga. Berkotak juga masa ni termasuk barang sendiri.

Hari pertama di rumah. Misinya adalah untuk mengemas rumah. Satu rumah aku kemas. Buang benda yang dah tak pakai. Aku susun balik buku-buku dalam bilik. 4 bilik aku kemaskan.

Anak-anak buah aku pun tidur kat rumah. Riuh sikit rumah.

Kembali kepada asal ruang ini.

Anak-anak buah datang masa aku sibuk berkemas. Tak dapat nak masak apa-apa. Aku dah siap order roti jala.

Kawan hantarkan set ini. Mula-mula suruh dia pos ke JB tapi sebab nak balik Melaka aku kata tak payah pos. Kalau nak cuba Essential Oil ni boleh roger aku ya.

Lampu tu aku beli kat IKEA. Dapat juga wishlist.

Rak buku ni pun beli kat IKEA.

Nayli, anak buah aku. Dia antara yang membantu aku mengemas rumah.

Laksa ni aku order dengan kawan aku kat JKM.

Anak-anak buah datang bawa kek sempena hari lahir aku. Selagi bulan Jun tak habis aku diraikan saja. Terharu lagi aku dibuatnya.

Roti jala aku order dengan kawan setaman yang aku kenal mula-mula daripada blog.

Aku dan anak adik, Naura.

Sekali lagi kami bergambar lagi.

Itulah fasa pertama cerita aku balik ke Melaka sepanjang tiga bulan lebih tidak pulang. Seronok. Bersyukur sangat-sangat masih diberikan peluang untuk bertemu dengan mereka. Nanti aku sambung lagi. Sepanjang dua minggu banyak benda yang dapat aku lakukan walaupun tidak semuanya. Paling puas hati apabila dapat mengemas rumah.

Nantikan cerita kejutan untuk mak mentua, hari lahir ayah, makan-makan di rumah sepupu, jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan JKM dan banyak lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, August 4, 2020

Sudah Ogos!

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Ogos sudah membuka tirainya. Dua bulan juga aku tidak menulis di blog ini. Aku ada aje cumanya sibuk dengan medium yang lain. Biasalah bila banyak sangat benda yang nak dilakukannya dalam satu masa. Jadi perlu dikurangkan untuk benda yang lain sebab nak tumpukan benda yang lain. Aku bukan superwoman yang mampu buat semua benda.

Tak bolehlah nak serba-serbi sempurna. Aku buat semuanya seorang diri. Maksud aku selain kerja rumah. Untuk kerja rumah, kalau aku tak terbuat ada suami yang membantu. Jadi aku dapat buat kerja-kerja menulis aku.

Sebenarnya, banyak benda yang nak diceritakan di sini. Daripada kisah hari raya, kisah setelah dapat merentas negeri; aku balik Melaka dua minggu. Balas dendam gitu.

Dan kisah terbaharu adalah kisah raya haji; walau tak adalah sambut sangat pun tapi aku seronok sebab dapat beraya di Melaka.

Dapat beraya di rumah sendiri.
Dapat beraya di rumah emak.
Dapat beraya di rumah emak mentua.


Perkara Yang Tidak Terduga.


Sebenarnya kebelakangan ini banyak cerita tidak enak mengelilingi diri ini. Aku tersangat-sangat kecewa. Entahlah tak tahu nak diceritakan. Biarlah tersimpan sahaja jauh di lubuk hati. Cerita ini yang sedikit sebanyak mengganggu emosi dan menghantui diri aku. Sampai satu tahap aku jadi malas nak buat semua benda.


Minat Sendiri.

Benda yang aku malas nak buat adalah benda yang selama ini aku minat nak buat. Tahap kemurungan dia sampai tahap begitu. Fikiran bercelaru. Memang serabut yang amat.

Aku jadi malas menulis.
Aku jadi malas membaca.
Aku jadi malas menonton drama.

Rasanya ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk diri aku. Aura negatif itu tersangat memberi kesan pada aku sampai satu tahap setiap hari aku memang malas untuk melangkah ke tempat itu namun aku kena lawan juga.


Doa.

Aku cuma berharap agar Allah dengar dan perkenankan doa aku. Hari-hari aku terasa sangat tidak menarik serta membosankan. Aku nak kembali kepada satu suasana yang ceria seperti dulu. Ada gelak-tawa. Ada perkongsian cerita; dramalah, novellah, menulislah dan macam-macam lagi.


Pengharapan.

Pengharapan aku tersangatlah tinggi. Jika tidak elok untuk diri aku biarlah aku dapat melepaskan diri. Biarlah aku dapat melalui tempoh-tempoh bertenang tanpa aura-aura negatif. Begitulah seringkali doa yang aku titipkan.

Kita hanya manusia yang tidak sempurna. Baik aku atau pun engkau. Jadi janganlah kita meletakkan satu hukuman pada manusia yang lain. Memilih darjat dan memperkotak-katikkan kelemahan orang lain sedangkan kita sendiri punya kelemahan yang mungkin kita tidak tahu.

Satu jari menuding pada orang lain, empat jari pada diri kita sebenarnya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim