Sunday, April 12, 2020

PKP Hari ke-25: Nasi Hujan Panas di Rumah

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Semalam sibuk menulis manuskrip tapi aku tulis di Whatsapp saja. Malas nak duduk depan komputer. Jadi dapatlah beberapa bab yang aku tulis di Whatsapp. Grup Whatsapp yang ada aku seorang saja. Hahaha.

Menu semalam aku masak nasi hujan panas. Sebenarnya tak rancang pun. Keluarkan ayam nak masak ayam goreng kunyit kemudian nak buat sambal telur. Bila datang rajin terus saja masak nasi. Saja buat nasi lain.

Lauknya kita masak apa saja yang ada. Janji kenyang perut kan. Waktu-waktu begini kena makan dan masak apa seadanya. Bahan ada kita masak. Bahan tak ada masaklah benda lain.

Inilah menu kami semalam. Alhamdulillah kenyang. Makan sampai malam. Dalam bekas tu lebihan sambal nasi arab. Sedap juga dimakan dengan nasi hujan panas.

Inilah rupa nasi hujan panas cara aku.

Ayam goreng kunyit.

Sambal telur hancur.

Malamnya adik ipar video call. Dia nak tanya cara masak sagu. Beginilah kami melepaskan rindu. Baju Nana sama pula dengan Nayli.

Semalam, kawan kat JKM nak video call. Rindu katanya. Sorang tu (tudung pink) bertugas. Sorang lagi yang gigih bershawl kat dalam rumah ada kelas online. Aku pula disuruh sarung tudung. Memang malaslah. Aku kata tudung tak iron pun. Jadi tunggulah lepas-lepas solat. Aku siap bertekelung. Nampak beriman sikit.

Semoga wabak ini cepat berakhir. Doalah jangan berhenti. Rindu dah dengan semuanya. Ramadan kita bakal di rumah saja. Adakah Syawal juga begitu?

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




2 comments:

  1. Boleh pula taip di whatsapps. Ingat tulis tangan.
    Harap cepatlah berakhir. Kalau raya di luar, memang raya meraikan kemenangan lawan Covid-19.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..