Thursday, April 9, 2020

PKP Hari ke-19: Sangkaya Untuk Minum Petang

Assalamualaikum.

Entri keberapa entahlah untuk hari ini. Gigih menulis semua entri dan schedule kan supaya senang. Aku nak sambung tulis manuskrip. Kalau nak baca sebahagian ceritanya boleh ke blog Ini Ceritera Aku. Blog itu lebih kepada dunia penulisan aku. Sebahagian cerita Insan Kau Cinta, bab awalan memang ada diletakkan di blog.

Kemudian ada cerita yang terbaharu. UKBC yang sedang aku taip manuskripnya. Semoga dapat habislah hingga ke perkataan Tamat. Separuh pun belum sebenarnya. Semoga dipermudahkan semuanya.

Baiklah, tiga hari lepas (kalau tak silap) aku buat sangkaya untuk minum petang. Bahan-bahan ada apa lagi. Kita buatlah untuk perut isi rumah. Semua asyik menanyakan tak ada minum petang ke?

Jadi aku terus ke dapur untuk buat sangkaya. Ada orang kongsikan resipinya di Instagram kemudian aku cari juga di Youtube.

RESIPI SANGKAYA

5 helai daun pandan
1 cawan air
1 kotak santan
1 biji telur
2 sudu gula pasir
2 sudu gula melaka
2 sudu tepung jagung
Pewarna hijau

Cara-caranya:

Kisar daun pandan dengan air. Kemudian toskan. Ambil airnya masuk dalam kuali. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul sebati. Kemudian buka api perlahan kacau sampai pekat. Roti bolehlah disteamkan supaya lembut. Siap! Sedia untuk dimakan.

 Daun pandan yang sedia untuk dikisar.

 Kacau hingga pekat.

Siap. Beginilah rupanya. Aku curahkan lagi santan atasnya.

Roti yang sudah dipotong kecil. Aku tak buang tepinya sebab sayang.

Siap untuk minum petang. Bolehlah cuba ya!

Hari itu juga aku masak nasi lemak.

Nasi lemak cara aku. Campak-campak aje siap.

Sekian coretan ringkas untuk hari ini yang tak berapa nak ringkas sebab banyak entri yang hari ini aku tulis buat kenangan sendiri.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..