Thursday, April 9, 2020

PKP Hari ke-17: Pressure Cooker Tiba

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Sewaktu dalam PKP, sempatlah memesan Pressure Cooker. Sebenarnya hadiah untuk diri sendiri dan seisi rumah. Aku beli guna royalti menulis novel. Rezeki kami sekeluarga. Dapatlah hadiahkan sesuatu sebagai kenangan buat diri sendiri.

Buat mak dan mak mentua aku hadiahkan juga untuk mereka. Mak aku sama dengan aku sebab mak belum ada lagi pressure cooker. Mak mentua aku belikan benda lain. Buat kenangan untuk mereka.

Jadi jumaat lepas, aku terima pressure cooker yang dibeli dari Lazada. Alhamdulillah. Selamat sampai dan puas hati. Sudah pun menggunakannya.

Masakan pertama adalah sup tulang tapi gambar makanannya tiada. Aku sempat ambil gambar pressure cooker saja.

Hasil novel pertama, dapatlah membeli ini. Dapat juga aku langsaikan hutang. Misi untuk zero hutang. Semoga dipermudahkan segalanya.

Ini untuk mak mentua. Baru sampai semalam. Bread Maker yang aku beli dari Lazada juga. Royalti yang dikongsi bersama.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..