Thursday, April 30, 2020

Drama Korban Kasih

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Korban Kasih sebuah drama yang ditayangkan di TV1 jam 7.00 malam. Mulanya aku tak sempat nak menonton tetapi bila ada yang review tentang drama ini aku pun terjebak. Cumanya aku menonton di Youtube saja. Tak sempat nak melayan televisyen waktu-waktu begitu.

Jadi aku pun melayan di Youtube saja. Baru menonton sehingga episod 3. Sekarang sudah episod 6 kalau tidak silaplah. Ceritanya mengisahkan ibu yang pilih kasih terhadap anaknya. Menonton episod 1 saja sudah terasa sedih.

Ada sesiapa yang mengikuti drama ini?

Drama ini sebenarnya adaptasi daripada novel karya Fatimah Saidin. Novel lama tapi aku baru saja membelinya. Aku suka menonton kisah kekeluargaan.

Ini antara pelakon-pelakonnya. Dalam novel ada lima orang adik-beradik. Dalam drama cuma empat orang saja. Adik-beradiknya, Kaklong lakonan Ezaty Abdullah, kemudian si kembar lelaki Jamal lakonan Azrel Ismal, Jalil lakonan Saharul Ridzwan dan si bongsu Fatimah lakonan Zara Zya. Ayahnya Hasnul Rahmat dan emaknya Dynas Mokhtar.

Novel Korban Kasih yang aku beli dari Shopee. Mujur ada lagi waktu aku beli. Semalam ramai yang mencari di Shopee tapi sudah habis. Aku memesan kelmarin dan semalam sampai. Cepat betul penghantarannya. Bolehlah baca novel ini sebab kata orang novelnya lagi sedih.

Itu saja coretan ringkas malam ini.
Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, April 29, 2020

Ramadan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Salam 6 Ramadan 1441. Sekejap saja sudah nak seminggu kita berpuasa. Tahun kedua kami berpuasa di perantauan. Aku baru ada berkesempatan nak menulis di sini. Memandangkan Ramadan kali ini kita sambut dalam PKP dan duduk di rumah, jadi segala kerja-kerja di rumah agak tersusun dan tidaklah huru-hara.

Ada banyak masa nak solat, nak mengaji, nak membaca, nak memasak. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita kena berlapang dada dan berfikiran secara positif. Jangan wujudkan suasana negatif kerana cukuplah yang kita lalui ini sudah memberi kesan pada diri kita.

Hari ini sudah 43 hari kiranya aku duduk di rumah. Kalau beranak esok hari terakhir pantang. Aku ada masa untuk melihat anak-anak aku. Dulu sibukkan nak uruskan anak-anaklah, nak cuti tanpa gajilah, ini sudah Allah berikan waktunya. Jadi tak perlu merungut walaupun dalam hati terselit rasa sedih sebab tak dapat balik Melaka, tak dapat tengok rumah, tak dapat jumpa mak ayah dan keluarga.

Selama enam hari berpuasa, cuma sehari aje aku tak memasak sebab tak sihat. Kami memesan di PH Delivery. Hari yang lain aku masih memasak seperti biasa.

Menu untuk puasa hari pertama. Nasi limau purut. Ulang masak atas permintaan Dak Nana. Tauhu begedil aku beli frozen aje.

Nasi ayam untuk hari kedua berpuasa.

Aku buat sagu gula melaka.

Aku beli susu Nilofa dengan kawan aku secara pos. Menyokong kawan-kawan meniaga.

Hari ketiga aku tak memasak. Beli pizza saja. Pertama kali beli delivery sejak duduk di JB ni.

Hari keempat aku cuma masak bihun Singapore.

Buat tepung pelita untuk Dak Nana.

Kebetulan boba yang dibeli dari Shopee pun sampai jadi suami buatlah teh boba.

Hari kelima aku masak nasi lemak. Bubur lambuk ada orang beri.

Kemudian masak ayam goreng pedas ala Korea.

 Aku buat kacang goreng sambal dengan ikan bilis dan kentang.

Menu untuk 6 Ramadan 1441, aku rebus ketupat segera, rendang daging dan lontong. Kemudian aku buat onde-onde.

Inilah rupa onde-onde aku. Pertama kali membuatnya. Sungguh berposak sebab nervous. Aku memang cuak sikit kalau bab buat kuih-kuih tradisional ni.

Itu saja serba-sedikit coretan sepanjang Ramadan dalam tempoh PKP ini. Harapnya kita dapat kembali dengan kehidupan asal kita. Rindu sangat-sangat.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadan Buat Semua

Assalamualaikum.

Salam Ramadan Al-Mubarak buat sahabat semuanya.

Mohon ampunkan salah dan silap saya andai ada yang mengguris hati tidak kiralah secara lisan mahu pun tulisan.

Semoga kita beroleh Rahmat, Keberkatan dan KeampunanNya dalam bulan ini.

Aamiin.


Salam pena,
Fyda Adim


PKP Hari ke-36&37: Pelbagai Kisah Dua Hari

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Hari ini baru ada kelapangan mahu menulis di sini. Cerita yang random untuk dua hari ini. Asalkan ada simpannya untuk kenangan di sini. Nak kejar masa menulis. Hari ini kita sudah tahu bahawasanya PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Berlapang dada dan bertabah. Sememangnya sudah boleh dijangka.

Percayalah semuanya ada hikmah walau terselit sedikit kesedihan tidak dapat pulang ke rumah sendiri. Yelah, rumah sendiri lebih selesa kan tapi bila sudah ditentukan aku sekeluarga perlu duduk di sini siapa kita mahu menolaknya.

Pasti ada hikmah juga.


Gambar ini jiran aku hantar. Banyak gambar rumah aku yang dia hantar. Dari garaj, ruang tamu sampai sekeliling rumah dia hantar. Katanya, tengoklah mana tahu ko rindu rumah kau nanti. Memang dah rindu pun.

 Ini sebelah malam melayan Running Man.

Aku masak spageti aglio olio.

Ini baju kurung kedah aku order online untuk mak. Mak yang beritahu katanya sudah diterima.

Ini pula kerepek mak. Semalam terimanya.

Aku masak asam pedas ikan pari dengan terung.

Ini kurma kiriman daripada kami di perantauan buat mak-mak di Melaka. Cikgu taska anak-anak yang jual. Orang menjual kita membelilah. Siapa lagi yang nak menyokong kalau bukan kita.

Program Jom Membaca yang telah kami jayakan tadi.

Barang dari Shopee lagi yang sampai. Aku beli bekas-bekas makanan. Senang kalau nak isi makanan untuk bagi pada orang sebelah ke orang depan rumah. Kat sini barang rumah tak berapa nak ada banyak kat Melaka itu yang membeli.

Berdebar-debar bila tahu ada perutusan khas.

Dengar juga yang ini.

Ini juga yang ditunggu-tunggu.

Ramadan telah diumumkan. Ramadan tahun ini agak berbeza dari tahun sebelumnya.

Suka mendengar setiap kali PM menyampaikan perutusan.

Sempat bervideo call dengan kawan-kawan sekolah.

Adik ipar di Melaka masak lasagna. Dia dok cakap biarlah rasa lasagna tu sedap macam aku buat selalu. Kasihan. Aku tak ada kenalah buat sendiri.

Ini pun adik ipar hantar gambar. Dia gigih beratur depan kedai barang kuih. Lepas tu terus video call dengan aku. Itu sahaja coretan untuk malam ini. Semoga kita dapat beraya bersama ahli keluarga. Semoga ada keajaibannya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, April 22, 2020

Pesanan Khidmat Masyarakat Bersama Sahabat

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Entri pagi ini pula aktiviti bersama teman-teman di JKM. Hanya dua orang saja yang ex-JKM. Cuba mengisi ruang bersama mereka dengan aktiviti. Seharian berbincang dan kami pun mulalah dengan bergambar. Menunggu sorang-sorang hantar gambar dan aku gabungkan.

Sebelum itu, aku sudah melakukan aktiviti ini bersama keluarga yang terdiri daaripada anak-anak buah, adik ipar dan sepupu. Kali ini aku bersama teman-teman pula.

Aku sudah update di Instagram dan juga di laman muka buku. Sebelum itu aku sempatlah menulis pantun untuk dijadikan caption gambar. Aku salin di sini semula pantun-pantun tersebut.

Dari Johor Bahru ke Melaka,
Terpisah kerana wabak corona;
Dapat berkumpul di alam maya,
Persahabatan yang terjalin masih terjaga.

Dari Johor Bahru ke Melaka,
Masing-masing duduk di rumah;
Teknologi canggih mengeratkan kita,
Kekal berhubung walau terpisah.

Dari Johor Bahru ke Melaka,
Doa kita tetap sama;
Bertabahlah kita menahan duga,
Melawan covid yang durjana.







Nota kaki: Simpan sini sebagai kenangan dunia dilanda pandemik Covid19.

Kami yang bergabung antara JKM dan ex-JKM. Ingatlah, kita masih belum menang tapi kita mesti menang. Walaupun ada penurunan kes tetapi jangan terlalu selesa. Kita mesti kekal duduk di rumah bagi memastikan wabak ini betul-betul telah tiada.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

#pkp
#perintahkawalanpergerakan
#2020
#covid19
#stayathome
#kitajagakita
#staysafe

Tuesday, April 21, 2020

PKP Hari ke-35: Bahagia Cara Kita

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Sudah sebulan lebih kita duduk di rumah. Macam aku memang sungguh-sungguh duduk di rumah. Sudahlah duduk di tingkat 4. Lagilah memang terperuk. Keluar rumah hanya suami saja. Dia beli barang dan pergi kerja.

Hari ini tiada gambar masakan sebab memang tidak memasak pun. Panaskan lauk semalam. Masih ada lagi jadi habiskanlah. Jangan membazir. Aktiviti di rumah masih sama. Selagi duduk di rumah biarlah kita gembira-gembira sambil menanti kedatangan Ramadan.

Biar pun perancangan untuk menyambut Ramadan bersama keluarga di Melaka tidak dapat dilaksanakan, Ramadan tetap juga akan disambut.

Hari ini apa yang aku lakukan bersama anak-anak?

Ini aktiviti sendiri. Akhirnya dapat jejak ke angka 40k.

Kemudian memantau anak-anak buat kerja sekolah. Ada latihan di google classroom.

Walau duduk di rumah, anak-anak masih diberi kerja sekolah dan latihan yang perlu dilakukan.

Akhirnya acuan donat aku sampai. Perkara yang aku belajar sepanjang PKP ini aku semakin pandai membeli di Shopee. Sebelum ini tak pernah heran pun.

 Minum petang aku order saja. Ada mak kawan Dak Ammar menjual. Jadi kita membelilah.

 Congo bar dari Mamasab Bakery.

Sebelah petang, lepas suami balik kerja buat senaman ringkas. Aku rasa macam dah mendugong dan membadak sejak duduk di rumah. Terlompat-lompat. Marah agaknya orang bawah. Orang atas bising.

Lepas Maghrib memang video call dengan mak.

Ini hasil rekaan Dak Nana dan Dak Ammar. Sudah macam-macam rekaan. Kali ini rumah besar.

Inilah aktiviti anak-anak di dalam rumah. Nak keluar kita ada laman. Jadi pusing-pusinglah dalam rumah kecil kita ini. Walau bukan rumah sendiri, buat masa ini kita perlu menggembirakan hati masing-masing agar tidak tertekan. Kata orang, bahagia cara kita.

Semoga semuanya bahagia dan gembira walau duduk di rumah. Wabak durjana ini perlu dihapuskan. Kita belum menang tapi kita mesti menang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim