Assalamualaikum.
Selamat malam.
Hai semua.
Minggu ini kami empat beranak bergentayangan di bumi JB. Tidak balik ke Melaka. InsyaAllah dalam 11 hari lagi kami akan pulang. Menghitung detik. Menghitung hari. Kalau dikira memang mereput menunggu.
Biasalah. Benda kalau ditunggu memang lambat. Baiklah, jangan kira. Mak pesan, "Along jangan kira nanti lagi lambat."
Masalahnya, tangan gatal juga nak membelek kalendar. Macamkan sudah tak ada aktiviti lain selain membelek kalendar. Walau sibuk macam mana pun kalendar tetap dicari. Begitulah aku sejak duduk di perantauan ini.
Hari khamis malam jumaat, lepas Isyak kami keluar. Maklumlah jumaat cuti. Jadi malamnya memang tak duduk rumahlah. Suami ajak ke Sogo. Sebenarnya nak ke tempat lain tapi sudahnya ke tempat lain.
Aku berposing dengan pokok krismas.
Budak-budak berdua ini pun nak jugak.
Gambar aku lagi.
Macam biasalah, tempat ini mesti nak masuk kalau ke shopping mall tapi aku sedang menahan diri daripada membeli buku. Harap bertahan.
Ini pula cerita jumaat. Sebelah pagi suami ada hal dengan kawan-kawannya. Jadi aku dan anak-anak melepak di rumah saja. Maka terhasil nasi lemak sebab aku mengidam bila mak beritahu dia masak nasi lemak khamis hari itu.
Sebelah petang kami ke AEON Tebrau pula. Begitulah kalau tak balik ke Melaka. Mengukur jalan aje kami empat beranak.
Masuk lagi kedai buku. Alhamdulillah masih berjaya mengawal nafsu. Oh ya, novel Hingga Nafas Yang Terakhir itu adalah novel kawan aku.
Sebelum balik kita orang singgah makan di kedai mamak. Macam biasalah. Lagi pun nasi lemak yang aku masak sudah habis.
Dan hari sabtu, kami tidak ke mana. Aku memang malas nak keluar. Sesekali mahu bersantai di rumah. Susun-susun baju, susun-susun buku. Lepas masak aku melepak membaca buku. Buku travelog ke bumi India. Menarik tau. Menu hari ini adalah kari ayam, sambal ikan bilis dan telur dadar. Begitulah hinggu minggu di bumi JB.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Paling seronok bila kerja semua siap dan dpt mengadap buku dgn aman kan...hehe
ReplyDeleteSelamat bercuti Fyda :-)
ReplyDelete