Friday, November 29, 2019

Bercuti Di Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum.

Hai.

Salam jumaat buat semua.

Masa cuti umum sempena perayaan Deepavali kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson. Percutian dua hari satu malam yang dirancang saat-sat akhir. Lima hari sebelum hari kejadian. Sebenarnya aku sudah lama teringin nak bercuti ke sini tetapi belum kesampaian sehinggalah aku membuka mulut pada suami.

Lagi pun sudah lama tidak membawa mak ayah aku berjalan-jalan. Sejak ayah tidak sihat, memang sudah agak lama kami tidak berjalan bersama. Setakat jalan dalam Melaka itu pun hanya keluar makan. Kadang ayah tak nak ikut pun.

Jadi hari Isnin aku whatsapp adik. Beritahu tentang plan kami laki bini. Berbekalkan wang simpanan yang memang disimpan untuk percutian, aku gunakanlah. Bukan selalu. Jadi apa salahnya aku bawa semua. Lagi pun kami bukanlah ramai. Aku dua beradik saja.

Kami bertolak ahad selepas Zuhur. Tiba di Port Dickson dalam pukul 5.00 petang.

Inilah tempat penginapan kami. Grand Lexis yang menjadi impian aku.

Bahagian lobinya.

Kami check-in.

Inilah bilik kami.

Ada dua katil bersaiz king. Aku pilih Sky Pool Villa. Berkeluasan dalam 112.97 sqm. Untuk bilik yang aku pilih ini lokasinya stu bangunan dengan tempat kita check-in. Jadi untuk yang bawa kanak-kanak atau warga emas lebih baik pilih di sini. Senang terus naik lif.

Bersusun bantalnya.


Ini di bahagian dapurnya.

Sempat lagi Nana bergambar.

Lepas dah bawa barang masuk bilik, kami turun untuk bawa budak-budak mandi di pool bawah.

Aku meninjau kawasan.

Ini pool di bahagian bawah.

Lima orang semuanya kanak-kanak. Sorang sebab takut nak turun.

Nampak itu yang berbaju coklat. Dia duduk kat situ saja. Muaz...Muaz.

Mereka seronok sekali berendam.

Aku dan adik ipar.

Budak kecik tu setakat celop-celop kaki saja.

Mak-mak nak bergambar saja.

Pose kedua.

Masa ini sudah habis mandi nak naik ke bilik. Bergambar dulu.

Dalam lif untuk ke bilik.


Permandangan senja hari itu.

Aktiviti bersambung di dalam bilik pula. Usai solat, anak-anak sambung mandi di kolam dalam bilik.

Tak ingat nak makan.

Seronok nampaknya.

Ayam yang sudah diperap dari Melaka.

Sebelah malam kami keluar untuk melihat permandangan malam.

Kami saja yang keluar.

Permandangan dari tingkat 8.

Permandangan di luar.


Kami lagi bergambarnya.

Melepak sini kejap.

Cantiknya.

Dalam lif pun jadilah.

Sebelah pagi isnin. Cantiknya.

Ini lagi.

Semua sudah sedia untuk mandi lagi.

Bangun saja semua terjun kolam.

Aku dan suami turun bawah.

Ruang makan hari itu.

Ramai juga umat manusia.

Pelbagai pilihan makanan.

Jadilah bergambar di tangga.

Sebelum check out semua mandi puas-puas.

Nayli dengan gaya peace.

 Adik aku dan anak bongsunya.

 Kami.

Semangat Nayli berenang.

Jam 11.00 pagi semua dah bersiap untuk check out.

Keluarga kecil kami.

Seramai 11 orang semuanya.

Mak dan ayah aku.

Kami sempat naik tren pusing kawasan hotel.

Nana dan Nayli.

Bergambar depan tren pula.

Suka tengok gambar ini.

Kami lagi.

Permandangan siang.

Gambar ini di gantung di dinding.

Aku dan Nayli.

Aku sorang pula.

Bagi peluang dia bergambar seorang.

Akhir sekali kami bergambr empat beranak. Masa ini lepas hantar mereka di parkir. Kita orang berpisah di hotel sebab jalan balik kami sudah tidak sehaluan. Dari PD kami terus balik ke JB manakala adik pula terus balik Melaka.

Begitulah kisah percutian singkat yang berjaya dengan sempurna. Walaupun masanya singkat namun tetap menjadi sebuah kenangan yang indah dan pasti akan dikenang-kenang nanti. Semoga ada rezeki lain di masa akan datang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..