Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Kisah aku lapor diri 26 Mac 2019 tempoh hari masih belum dicoretkan di sini. Aku ke Putrajaya pagi 26 Mac itu dalam jam 7.00 pagi aku bertolak dari Melaka. Memandangkan waktu itu cuti sekolah, anak-anak ikut sekali aku lapor diri.
Tak tahulah nak rasa apa waktu itu. Serius. Aku macam ikut saja alirannya. Perjalanan hidup ini adakalanya tidak seperti yang kita harapkan dan selalu tidak berpihak kepada kita. Ada masanya kita perlu mengalah dengan takdir hidup yang kita tidak suka.
Apa yang dirancang pada awalannya semuanya tidak dapat diteruskan.
Ya.
Perasaan kecewa itu membelenggu diri.
Percaya kepada qada dan qadar. Namun kalau kita melaluinya sesiapa pun akan pasti kecewa. Kemanisannya bila bersatu. Kepahitannya adalah perpisahan (baca: berjauhan).
Ada masa apa yang kita mahukan tidak semua yang kita dapat. Allah lebihkan benda lain, Allah tarik nikmat yang lain. Macam yang sedang aku lalui. Kalau dulu aku dekat dengan mak ayah tetapi aku berjauhan dengan suami. Kini, aku dekat dengan suami namun aku berjauhan dengan mak ayah.
Aku percaya ada sebabnya.
Aku percaya ada hikmahnya.
Cuma hikmahnya belum dapat dirasai.
Marilah cari hikmahnya.
Aku lapor diri di Kementerian Sumber Manusia.
Kemudian lapor diri di JPK pula.
Ini di KSM.
Inilah keadaan aku masa hari lapor diri.
Aku dan Nana.
Aku berlatar belakangkan keretaku sendiri yang kelabu itu.
Begitulah coretan aku lapor diri di kementerian baru. Selamat tinggal KPWKM dan JKM! JKM akan tetap di dalam hati. 12 tahun melakar kenangan di JKM bukanlah masa yang singkat. Banyak benda yang berlaku sepanjang di JKM. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..