Assalamualaikum.
Selamat malam.
Sudah selesai 6 Ramadan. Sekejap sahaja. Aku ini sudah menghitung hari nak balik Melaka khamis ini. Hati sudah menggeletis. Terbayang-bayangkan rumah. Terbayangkan mak ayah. Semualah kesayangan di Melaka sedang bermain-main di ruang mata.
Allah.
Terasa Ramadan tahun ini kuat sungguh dugaannya. Entahlah. Aku berdoa hari-hari agar apa yang sedang menghantui diri akan berakhir secepat mungkin. Kata orang, ikut sahaja alirannya. Ya. Memang ikut alirannya namun sesekali tewas.
Baiklah, tak nak cerita panjang. Menu hari ini mee basah. Hari ini sudah tidak lalu nak makan nasi jadi aku masaklah mee basah.
Mee basah. Murtabak suami aku beli.
Kemudian pencuci mulut aku buat sagu gula melaka. Memandangkan ada stok jagung tergolek-golek dalam peti ais, aku rebus dan aku campakkan ke dalam sagu. Alhamdulillah. Sedap.
Sedang aku mengemas bilik, kawan aku kat Melaka video call. Mulanya aku ingat dia tertekan ke apa. Aku biarkan sahaja. Lagi pun suami aku ada. Aku kalau sudah jumpa kawan lagi riuh daripada laki aku jumpa kawan dia. Hahaha.
Kawan aku telefon.
"Al, ko tak reti ke nak jawab vc aku?"
"Laki aku ada."
"Kejap je. Cepat pakai tudung. Aku ada seprais ni."
Aku dengar seprais menggeletis aku sarung tudung. Ingatkan dia nak vc dengan Remy Ishak ke Syafiq Kyle ke. Rupanya peminat Remy Ishak (gambarnya sebelah aku) balik Melaka. Dia kerja kat Sarawak. Apa lagi riuh kejapan rumah aku dek kerana aku bervideo call dengan dia orang.
Mana aci korang bertiga aje. Aku tak ada. Tunggu aku balik pula. Rindu nak gelak kuat-kuat dengan korang. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..