Assalamualaikum.
Selamat petang.
Menjelang waktu-waktu nak berbuka, aku nak kongsikan menu yang aku masak semalam untuk 4 Ramadan. Setakat ini, aku masih lagi bertahan walaupun sesekali terasa lemau sampai tahap macam nak merangkak saja memanjat tangga sampai ke tingkat empat.
Itu hanyalah imaginasi. Belum merangkak betul-betul. Kalau merangkak betul-betul memang lain jadinya. Hahaha. Seperti biasa, aku masak atas permintaan tekak isi rumah. Kalau masak bukan atas permintaan nanti aku syok sendiri.
Bulan-bulan puasa ini, menunya ringkas sahaja. Tak adalah beria pun menunya. Lagi pun masak lepas balik kerja apa sahaja yang dapat.
Ini menu semalam. Bubur lambuk itu suami dapat.
Asam pedas ikan pari.
Kerabu sotong atas permintaan suami.
Bila suami kata tak ada kuih makan terjadilah kek batik lepas solat tarawih.
Itulah serba-sedikit coretan aku berpuasa di perantauan. Semoga dapat bertahan dan diberikan kesihatan yang baik untuk menyediakan juadah untuk keluarga. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Sedapnya asam pedas pari tu...pekat likat. :)
ReplyDelete